TIPS PENJAGAAN KULIT WAJAH UNTUK 20AN, 30AN, 40AN, 50AN DAN 60AN

Masih tercari-cari apa yang baik untuk penjagaan wajah anda? Atau anda keliru dengan produk apakah yang bersesuaian dengan kulit dan umur anda? Maklum saja, terdapat lambakan produk di luar sana. Atau mungkin anda masih lagi menggunakan produk anti jerawat atau pencuci tanpa minyak sejak remaja? Takut mencuba produk baru kerana sangsi dengan keberkesanannya? Baiklah. Semuanya akan terjawab di sini. Ikuti pandangan dan tips dari pakar kulit di bawah.

PADA USIA 20AN

Keutamaan:
Menghindar (Prevention)

Masalah:
Menurut pakar kulit Dr Marina Peredo, profesor klinikal dari Jabatan Dermatologi di Hospital Mount Sinai New York, jerawat masih lagi menjadi faktor terbesar golongan ini. Adalah penting untuk mengikut habit yang baik di usia ini kerana ia akan memberi kesan langsung dikemudian hari.

Apa yang perlu:
Menurut Dr Maria, sunblock atau pelindung matahari adalah satu-satunya produk terpenting di usia 20an. Selain itu produk yang mengandungi antioksida juga penting. Gunakan pelembap yang mengandungi vitamin C dan E. Jika kulit anda dari jenis berminyak dan mudah berjerawat, pilihlah produk yang mengandungi asid salicylic.

Saranan regim penjagaan wajah:
Pencuci, serum (opsional), pelembap dengan antioksida, pelindung matahari

Kesalahan terbesar pada kulit:
Tidak menanggalkan solekan sebelum tidur!. Jika anda terlalu penat atau sibuk sekurang2nya gunakan makeup removing wipes atau pengesat penanggal solekan.

PADA USIA 30AN

Keutamaan:
Mencari produk yang sesuai

Masalah:
Tanda2 penuaan telah bermula di usia 30an. “Apa yang anda lakukan pada kulit di usia 20an samada baik mahupun buruk akan mula menunjukkan kesan. Garisan2 halus di mata, bintik hitam dan pigmentasi mula mendapat tempat” kata Dr Maria

Apa yang perlu:
Tambah retinol dalam rutin harian anda. Retinol ialah sejenis vitamin A yang membantu kulit menghasilkan kolagen, pengelupasan kulit dan sel kulit yang baru. Ia juga membantu meratakan rona kulit. Bertanyalah dengan dermatologis anda berkenaan dengan preskibsi retin-A atau OTC retinol. Selain itu bahan seperti asid hyaluronic (untuk mengisi) dan asid glycolic (untuk mencerah). Jika anda memilih untuk melakukan prosedur klinikal, mungkin masa ini telah sesuai kerana menurut Dr Maria, lebih mudah untuk selesaikan masalah kulit pada peringkat awal.

Saranan regim penjagaan wajah:
Pencuci, retinol, krim mata, pelembap dengan antioksida, pelindung matahari

Kesalahan terbesar pada kulit:
Dr Maria memberi amaran untuk tidak tertipu dengan produk2 mahal di pasaran. Produk mahal tidak semestinya lebih baik atau sesuai dengan anda. “Terlalu ramai wanita menggunakan produk yang salah. Mereka membeli produk yang mahal tanpa pengetahuan mengenainya. Anda harus mempunyai ilmu pengetahuan dan belajar tentang apa yang akan anda gunakan pada kulit”, katanya.

PADA USIA 40AN

Keutamaan:
Melembut dan Mengisi (Smoothing & Plumping)

Masalah:
Penjagaan kulit di usia 40an secara asasnya sama seperti di usia 30an tetapi dengan satu tambahan produk: Growth Factor atau Faktor pertumbuhan. Growth factor peptide adalah sejenis protein yang merangsang produksi kolagen. Kebanyakan produk di pasaran menggunakan nama2 lain dan tidak secara khusus menyenaraikan nya dalam produk mereka.
“Bertanyalah dengan dermatologis anda jika tidak tahu di mana hendak bermula”, katanya.

Apa yang perlu:
Dr Maria menyarankan pada klien beliau untuk selalu merujuk singkatan GRASS di usia 40an dan ke atas. GRASS: Growth Factor, Retinol, Antioksida, Sunblock (Pelindung Matahari) & Speciality Product (Produk khusus contoh seperti krim mata atau pencerah). Jika pigmentasi menjadi semakin jelas, prosedur klinikal seperti chemical peeling atau microdermabrasion boleh dilakukan. Jika gaya hidup di usia 20an anda banyak terdedah pada sinaran matahari kesannya pasti kelihatan sekarang. Prosedur laser yang ringan boleh dimulakan untuk memudarkan kesan pigmentasi dan kerosakan akibat pancaran matahari.

Saranan regim penjagaan wajah:
Pencuci, Retinol atau Retin-A, Growth-factor peptide, Produk Khusus ( contoh untuk mata atau pencerahan), Pelembap dengan antioksida, Pelindung Matahari

Kesalahan terbesar pada kulit:
Disebabkan kebanyakan tanda penuaan telah mula nampak pada usia ini, anda mungkin berlebih-lebih untuk menutup atau memudarkannya dengan prosedur dan produk. Ini biasanya berakhir dengan kesan yang lebih buruk – kulit anda akan menjadi lebih kering dan pedih. Jadi, jika tidak pasti sila dapatkan nasihat doktor anda.

PADA USIA 50AN

Keutamaan:
Memberi Nafas Baru (Rejuvenation)

Masalah:
Sebagai wanita di usia 50an, Dr Maria mengakui masalah utama ialah pada bahagian leher sekaligus mencadangkan apa sahaja produk yang digunakan pada wajah, gunakan juga pada leher anda. Kebanyakan wanita pada usia ini telah kehilangan collagen dan keanjalan kulit. Ramai di kalangan pesakit beliau telah mula memikirkan tentang Botox atau Filler di bahagian pipi, temples ( kawasan di sebelah luar mata iaitu di sisi tepi bahagian kepala), atau mana2 bahagian yang telah mula berkedut.

Berita baiknya ialah jika anda kerap menjaga kulit dengan baik, banyak lagi pilihan yang boleh dilakukan tanpa pembedahan. Chemical peel dapat mencerahkan dan mentransformasikan kulit. Anda juga boleh melakukannya sendiri di rumah menggunakan produk yang sesuai. Pelembap lain seperti masker helaian (sheet mask) daripada botani yang menghidrasi kulit anda agar kelihatan cerah (bright) dan berisi (plump)

Apa yang perlu:
Memandangkan kulit anda mudah mengering, Dr Maria mengatakan krim mata adalah keperluan utama dan mencadangkan pelembap menghidrat super (super-hydrating moisturizer) pada sebelah malam ditambah pada rutin GRASS anda.

Saranan regim penjagaan wajah:
Pencuci, Retinol atau Retin-A, Growth-factor peptide, krim mata, Pelembap dengan antioksida, Krim malam menghidrat, Pelindung Matahari

Kesalahan terbesar pada kulit:
Dr Maria mencadangkan anda mulakan prosedur klinikal pada usia ini tetapi jangan berlebih-lebihan. Anda ingin nampak anggun pada usia ini bukan untuk kelihatan 20an!.

PADA USIA 60AN

 

Keutamaan:
Mengekalkan regim penjagaan kulit

Masalah:
Sama seperti sewaktu 50an cuma kedutan semakin jelas kelihatan- fikirkan tentang kehilangan volume pada bibir dan pipi. Begitu juga garis2 kedutan yang lebih dalam.

Apa yang perlu:
Selain dari regimen GRASS, lihat pada produk yang mengandungi asid hyaluronic dan minyak asli untuk membantu menggantikan lembapan yang hilang dan mengisi garis2 kedutan. Prosedur klinikal yang dicadangkan oleh Dr Maria adalah suntikan, botox, laser ataupun rawatan tanpa jarum seperti Ultherapy untuk mengisi kedutan dan mencerahkan wajah anda.

Saranan regim penjagaan wajah:
Pencuci, Retinol atau Retin-A, Growth-factor peptide, krim mata, Pelembap dengan antioksida, Krim malam super menghidrat, Pelindung Matahari

Kesalahan terbesar pada kulit:
Menurut Dr Maria, beliau mempunyai klien yang menghabiskan wang yang banyak untuk rawatan laser dan filler tetapi tidak diikuti dengan regim penjagaan wajah yang baik di rumah. Ini, menurut beliau adalah kesalahan yang besar!.

Rujukan:

1. http://www.marinaperedomd.com

2. http://www.byrdie.com/skincare-for-age-2014

3. http://www.cs.stedwards.edu/chem/Chemistry/CHEM43/CHEM43/PGF/function.html

2 Comments on TIPS PENJAGAAN KULIT WAJAH UNTUK 20AN, 30AN, 40AN, 50AN DAN 60AN

  1. wildan
    June 3, 2015 at 5:53 pm (2 years ago)

    Tipsnya sangat komplit, terimakasih.

    Reply
    • Noor Faiza
      June 3, 2015 at 10:50 pm (2 years ago)

      Sama-sama☺

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge