Tips Mencegah Dan Merawat Jerawat Dari Pakar Kulit

 

Tips Merawat Jerawat

Tips Merawat Jerawat



 

Dr Whitney Bowe, dermatologis di New York menjelaskan semua yang perlu kita tahu tentang dan bagaimana merawat dan mencegah jerawat. Beliau juga mencadangkan produk2 yang sesuai. Ikutinya di bawah.

 

Punca-Punca Jerawat

Diet boleh mempengaruhi kulit. Bukti terbaru mencadangkan sesetengah makanan dan minuman boleh membuatkan jerawat menjadi lebih teruk.
Contohnya karbohidrat yang diproses seperti roti putih dan kentang putih. Ia sama seperti produk tenusu tertentu biasanya susu tanpa lemak boleh memburukkan jerawat.

Tekanan juga membuatkan jerawat makin bertambah. Otak dan kulit sentiasa berkait. Jadi stress sudah tentu menjejaskan kulit.

Bersukan juga boleh menjadi punca. Geseran yg terjadi pada alatan sukan atau sport bra menjadikan jerawat tumbuh pada sepanjang garis rambut dan bahagian belakang badan.

Genetik juga menjadi faktor seseorang berisiko mendapat jerawat.

 

Produk Pembersih Wajah Yang Sesuai

Terdapat dua bahan penting dalam produk pembersih wajah berjerawat iaitu asid salisilik dan benzoyl peroksida.

Pilih pencuci muka harian yang lembut mengandungi asid salisilik.

Gunakan exfoliator (pengelupas) yang mengandungi benzoyl peroksida dua kali seminggu sebagai tambahan.

ADVANTAGE 3-in-1 Exfoliating Cleanser

ADVANTAGE 3-in-1 Exfoliating Cleanser

 

Bolehkah Menggunakan Pelembap Tanpa Menyumbat Pori

Tentu sekali. Hanya cari pelembap berlabel “non comedogenic” yang bermaksud “tidak menyumbat pori2”. Pastikan anda memakai pelembap yang ber SPF untuk aktiviti luar.

 

Tabiat Yang Perlu Dibuang Untuk Merawat Jerawat.

Jika ada yang lebih buruk dari jerawat, ia adalah tompokan merah atau coklat yang ditinggalkan. Jadi, BERHENTI menyentuh dan memicit jerawat anda. Tabiat ini akan melambatkan bekas jerawat untuk hilang dan lebih buruk lagi ia akan meninggalkan parut.

Sapukan spot treatment yang mengandungi benzoyl peroksida sebaik jerawat baru menjelma.

Untuk bekas jerawat yang degil, cuba spot treatment dengan asid glycolic. Ia membantu mencerahkan bekas jerawat dan meratakan rona dan tekstur kulit.

Clean & Clear Advantage Mark Treatment

Clean & Clear Advantage Mark Treatment 

 

Bagaimana Jika Sudah Berparut?

Parut jerawat terbahagi kepada beberapa jenis. Ada yang dalam, tidak dalam dan timbul.
Kebanyakan parut boleh dirawat secara berkesan dengan laser dinamakan Fraxel.

Diikuti dengan suntikan asid hyaluronic contohnya Juvaderm, Restylane dan Belotero Balance.

Ada parut yang boleh dirawat dengan pembedahan. Dan parut yang tebal boleh disuntik dengan cortisone untuk meratakannya kembali.

 

Berapa Kerap Kita Harus Mencuci Muka?

Dua kali sehari. Melainkan jika anda bersenam atau bersukan yang memerlukan anda mencuci kali ketiga selepas aktiviti.

 

Tips Mencuci Wajah Berjerawat.

Gunakan air suam untuk membuka liang roma. Dengan menggunakan hujung jari, urutkan pencuci diwajah dengan lembut. Bilas dan lap dengan tuala yang bersih.

Dua kali seminggu, anda boleh mengelupaskan (exfoliate) wajah dengan produk yang sesuai.

Olay Pro-X Advanced Cleansing System.

Olay Pro-X Advanced Cleansing System.

 

Adakah Berus Pembersih Baik? Ada Yang Berpendapat Ia Boleh Memerangkap Kotoran Dan Meninggalkannya Di Wajah Lalu Menyumbat Pori.

Berus pencuci seperti clarisonic boleh digunakan sekali atau dua kali seminggu. Kotoran bukanlah penyebab jerawat jadi alasan tersebut penyebab pori2 tersumbat adalah lemah.

Wbgpun, berus tersebut harus sentiasa dibersihkan mengikut peraturan untuk mengelakkan pengumpulan bakteria pada berus.

 

Bagaimana Untuk Memudarkan Jerawat Yang Kemerahan?

 

Gunakan spot treatment dengan kandungan benzoyl peroksida. Diikuti dengan concealer yang bewarna hijau (green-tinted). Bahan seperti teh hijau juga boleh meredakan jerawat yang merah dan bengkak.

 

Bolehkah Memicit Jerawat Di Rumah?

TIDAK! Ia akan meninggalkan bekas dan parut. Gunakan spot treatment dan jumpalah dermatologis anda untuk mendapat suntikan cortisone. Ia mampu menghilangkan jerawat dalam sehari.

 

Apakah Rawatan Terbaik Untuk Noda Hitam?

Mulakan dengan asid salicylic. Jika tidak berkesan cari produk yang mengandungi retinol. Dermatologis boleh mengeluarkan noda hitam dengan lebih berkesan.

ROC Retinol Correxion Deep Wrinkle Serum

ROC Retinol Correxion Deep Wrinkle Serum T

 

Apakah Rawatan Terbaik Untuk Jerawat Bersista (Cystic Acne)?

Antibiotik atau rawatan hormon contohnya pil perancang keluarga atau spironolactone biasanya berkesan tetapi memakan masa. Jika anda ingin kesan yang cepat, dapatkan suntikan cortisone dari doktor anda.

 

Produk Yang Patut Dielakkan

Toner yang mengandungi alkohol tidak boleh digunakan. Ia mengeringkan kulit, menggalakkan jerawat dan mengakibatkan irritasi pada wajah.

 

30 Comments on Tips Mencegah Dan Merawat Jerawat Dari Pakar Kulit

    • Noor Faiza
      March 26, 2015 at 3:38 pm (4 years ago)

      Betul tu..jerawat datang senang je. Tapi nak hilangkan bekas nye tu yang payah. Tengok faktor umur juga. Lagi berumur maam saya lagi susah nak hilang.

      Reply
    • Noor Faiza
      March 27, 2015 at 1:27 pm (4 years ago)

      Jerawat oh jerawat. Kalau dah lama tak datang pun kita akan heran jugak kan.

      Reply
  1. wildan
    June 3, 2015 at 4:55 pm (3 years ago)

    Kulit berminyak memang biasanya akan muncul jerawat di wajah, jadi harus rajin membersihkan wajah.

    Reply
    • Noor Faiza
      June 3, 2015 at 10:54 pm (3 years ago)

      Ye betul tu. Harus dibersihkan dengan rapi setiap hari.

      Reply
  2. lin
    July 28, 2015 at 6:47 am (3 years ago)

    saya sblm ni ade cystic acne dan nodule dan ambil ubat isotretretinoin dalam 6 bulan.produk ape yang sesuai saya ambil skrg?

    Reply
    • Noor Faiza
      July 28, 2015 at 6:29 pm (3 years ago)

      Salam Lin,

      Isotretinoin adalah retinoid. Ia berfungsi untuk mengurangkan minyak, dan mempercepatkan penghasilan kulit baru. Jadi saya fikir setelah 6 bulan menggunakan isotretinoin, masalah acne Lin sudah menunjukkan penyembuhan.

      Memandangkan isotretinoin adalah ubat preskribsi dari doktor, elok Lin tanyakan doktor apakah rawatan seterusnya. Lebih2 lagi jika Lin bercadang untuk hamil, pengambilannya harus dihentikan.

      Nasihat saya, teruskan dengan penjagaan kulit harian yang baik. Begitu juga diet yang seimbang agar masalah acne tidak berulang.

      Reply
      • wan
        September 3, 2016 at 4:35 pm (2 years ago)

        salam..sye ade ambik produk isotretinoin..da hampir sebulan sye ambil..selepas sye ambil masuk minggu ke 2..jerawat tumbuh dgn byk..malah makin teruk terutama di bahagia dahi..sye ade bertanya kepada penjual..dia ckp itu normal..adakah betul??ni dah dkt sebulan..jerwat still tumbuh..jerawat lama pun blum sembuh

        Reply
        • Noor Faiza
          April 5, 2018 at 1:49 am (7 months ago)

          Isotretinoin ni hanya doktor yang boleh prescribed. Minta wan refer dengan doktor sebab ubat ni banyak side effectnya. Terima kasih. Maaf lambat jawab

          Reply
  3. Dr Muhammad Akbar bin Abdullah
    October 7, 2015 at 5:16 pm (3 years ago)


    Info yang menarik. Bagi mencegah pembentukan jerawat, kita digalakkan untuk kerap mencuci muka dengan sabun pencuci muka yang berkualiti, kurangkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari terik, sentiasa melakukan senaman rutin dan amalkan diet yang mengandungi sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

    Reply
    • Noor Faiza
      April 5, 2018 at 6:39 pm (7 months ago)

      Terima kasih Dr Muhammad Akbar. Pembaca blog ini tentu menghargai nasihat doktor. Nampak simple tapi ramai yang mengeluh sebab bukan senang nak mengamalkannya. Kadang kala tersalah pula memilih produk. Apa pun terima kasih kerana singgah di blog ni.

      Reply
  4. Azura
    April 22, 2016 at 2:40 am (3 years ago)

    Muke saya bnyk sngt jerawat . Jrawat tu kjup ad kjup hilang . Mksd saya . Bile saya try pkai produk ap apa lah kan kdg2 jerawat hilang and bile dh stop pkai jerawat mucul blik . Haihh saya pun tk faham lah , ke cara saya salah saya pun tkthu heheh . Bkn jerawat aje ad . Bintik2 hitam pun ada? takthu nk buat apa dah . Apa y hrus dilakukan???

    Reply
    • Noor Faiza
      April 5, 2018 at 4:30 pm (7 months ago)

      Salam sis Azura. Terima kasih kerana sudi singgah sini. Nasihat saya, kalau sis rajin, cubalah buat journal berkenaan dengan produk yang sis gunakan dan catitkan sebarang reaction pada kulit. Catitkan juga makanan yang menyebabkan jerawat timbul. Bila dah ada rujukan maka bolehlah sis elakkan produk atau makanan yang tak sesuai tadi dan yang sesuai boleh teruskan. Apa kata sis?

      Reply
  5. Caca
    June 30, 2016 at 2:32 am (2 years ago)

    Hai tumpang tanya, tahu tak apa tu isopropyl myristate? Tu sejenis minyak ke ? Adakah orang yang ada oil seed boleh guna produk yg mengandungi isopropyl myristate ? Harap sangt dapat tahu pasal ni.

    Reply
    • Noor Faiza
      April 5, 2018 at 3:54 pm (7 months ago)

      Hai Caca, isopropyl myristate ni bahan pemekat atau thickening agent dalam banyak produk2 kecantikan. Secara amnya ia tidaklah memudaratkan. Biasanya ia digunakan untuk menambah kepekatan pada texure produk2 kosmetik dan menampakkan produk tu lebih mewah. Ada yang mengatakan isopropyl myristate menyumbat pori. Jadi pada mereka yang bermasalah jerawat atau berkulit sensitive harus berhati-hati.

      Berkenaan dengan oil seed pula, ia terjadi akibat dari keratin yang terkumpul di bawah kulit yang nampak berbiji2 biasanya di bawah mata. Nasihat saya berhati2 lah dalam memilih produk. Elakkan produk2 yang berkepekatan tinggi supaya tak membebankan lagi kulit. Harap membantu ye sis.

      Reply
    • Noor Faiza
      April 5, 2018 at 1:02 am (7 months ago)

      Waalaikumussalam. Maksud En Afif jerawat akibat resdung betulkan? Resdung akibat allergik pada habuk dan antibodi yang lemah. Saya sarankan ambillah vitamic C setiap pagi dan banyakkan diet sayuran. Jerawat tu jangan dipicit dan disentuh selalu. Bawang putih juga baik untuk kuatkan antibodi. Take care

      Reply
  6. Carol
    April 10, 2017 at 2:27 am (2 years ago)

    Hai. Apakah yg harus sy lakukan utk hlangkan jerawat nodule? Sy ada satu jerawat nodule di pipi, sy dah google, rata2 ckap plu jumpa dermatologist dan Berapa kah kos rawatan utk buang jerawat nodule tersebut. Sy jga nak tau, adakah alternatif lain selain dari jumpa dermatologist.

    Reply
    • Noor Faiza
      April 4, 2018 at 11:12 pm (7 months ago)

      Cystic acne ni memang sakit sebab dia jerawat yang didalam kulit. Jika ada satu memang terbaik pergi jumpa doktor untuk ambil suntikan. Sebabnya jerawat ni memang lambat baik jika dibiarkan. Mungkin juga akan meninggalkan pigmentation. So, jangan risau dan jangan sentuh jerawat tu.

      Reply
  7. nana
    July 31, 2017 at 12:08 pm (1 year ago)

    Salam puan..saya ad masalah jerawat akan timbul bila sy dtg priod..jerawat timbul byk dn besar wrna merah dan lama2 akan keluar nanah…sy dh cba plbagai jnis produk xbrhasil… Apa cadangan puan ya?

    Reply
    • Noor Faiza
      April 4, 2018 at 11:01 pm (7 months ago)

      Nampaknya Cik Nana ni bermasalah hormonal acne. Kalau masih remaja lagi perkara ni memang biasa. Tapi cara Nana mengendalikan jerawat ni akan tinggalkan kesan samada positif atau negative. Contohnya kalau Nana suka picit2 atau garu jerawat ni maka ceritanya takkan habis kat situ je. Jerawat akan jadi makin banyak dan bekas dia lagi susah nak nanti nak hilang. So, perkara pertama pilih pencuci yang sesuai utk jerawat mengandungi asid salicylic. Pelembap malam yang sesuai yang ada bahan retinol. Jangan biarkan muka kering sebab nanti lebh banyak minyak akan terhasil. Makan makanan seimbang dan tenang selalu. Biarkan jerawat tu beransur pulih sendiri. Insyallah, jerawat hilang bekas pun tak ada. Jangan lupa pakai sunblock setiap hari.

      Reply
  8. cik Jaja
    September 18, 2017 at 12:11 pm (1 year ago)

    Saya dulu pernah beli produk Avon yang untuk jerawat tu..yang ada asid salisilik tu.. tapi kulit tak tahan pula, jadi kering dan jerawat taknak kecut pun.

    sekarang condition jerawat dah okey dah, alhamdulillah 🙂 Saya minum air putih banyak, pastu jaga makan dan emosi, makan natural suplemen juga.. memang puas hati dan happy!

    Reply
    • Noor Faiza
      April 4, 2018 at 9:33 pm (7 months ago)

      ALhamdulillah Cik Jaja ni faham kulitnya sendiri. Ye betul tu, kita kena trial n error gak dalam pemakanan dan aktiviti harian. Sebab apa yang trigger kulit kita berjerawat memang tak sama. Ada orang makan kacang sikit dah jerawat. Orang lain tak boleh kena habuk. So buatlah macam Cik Jaja ni. Perhatikan apa yang kita sensitif. Tq sis

      Reply
  9. norra
    October 9, 2017 at 4:34 pm (1 year ago)

    sayuran hijau dah buah tu penting, jgak bertindak sbagai agen detok

    Reply
  10. safiah adibah
    November 9, 2017 at 11:26 pm (1 year ago)

    Setuju dengan apa yg lin tulis. Tapi selain tu, untuk mereka yang rajin pakai mekap, pastikan alat solek kerap dicuci dan ditukar kerana ia juga punca jerawat tumbuh dan sukar hilang.

    Reply
  11. safiah adibah
    November 9, 2017 at 11:27 pm (1 year ago)

    Setuju dengan apa yang lin tulis.

    Reply
  12. Fatihah
    December 15, 2017 at 1:45 am (11 months ago)

    Boleh tak nak guna hydrocortisonw utk hilangkan parut? Parut berlubang? Parut merah?

    Reply
  13. Fthh
    December 15, 2017 at 1:47 am (11 months ago)

    Boleh tak nak guna hydrocortisonw utk hilangkan parut? Parut berlubang? Parut merah? Leh takkk

    Reply
    • Noor Faiza
      April 4, 2018 at 9:05 pm (7 months ago)

      Lebih baik jangan sis. Sebabnya hydrocortisone ni steroid. Kalau guna jangka masa panjang dia akan menipiskan kulit. Ia boleh bantu mengurangkan alergik reaction macam kegatalan dan kemerahan. Parut tu kesan sampingan kena guna produk lain pulak. Sorry lambat jawab ni tau.

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge