Mar
2015
Tingkatkan Kesihatan Oral Anda Dengan Oil Pulling
Pernahkah anda dengar tentang oil pulling? Oil pulling adalah satu cara kuno orang India untuk membersihkan mulut. Sejarah nya memang panjang iaitu sejak 3000 tahun lalu. Ianya adalah terapi perubatan Ayurveda. Sehingga kini oil pulling masih lagi diamalkan dan semakin popular dalam dunia moden.
Oil pulling atau dinamakan kavala atau gundusha dalam perubatan ayurveda adalah kaedah di mana minyak digunakan untuk meningkatkan kesihatan oral dan badan keseluruhannya.
Cara-Cara
Minyak bijan, bunga matahari atau kelapa biasanya digunakan untuk oil pulling. Caranya ialah kumur-kumur dengan satu sudu besar minyak secara perlahan lahan dengan gerakan tarik (sedut) dan tolak menerusi setiap gigi. Lakukan selama 20minit kemudian buang. Jangan di telan. Sebaiknya dilakukan di waktu pagi semasa perut kosong.
Manfaat
Banyak kebaikan diperolehi dengan kaedah ini yang dilaporkan antaranya:
- Merawat halitosis (mulut berbau)
- mengelakkan cavity dan gingivitis,
- menguatkan gusi,
- memutihkan gigi,
- merawat sinus,
- meneutralkan PH mulut,
- mengurangkan bakteria dan microorganisma lain seperti streptococcus mutans
- mengurangkan plak,
- meredakan bengkak gusi,
- merawat gusi berdarah,
- melegakan sakit tekak,
- melembapkan bibir yang kering dan merekah,
- menyembuhkan ulcer mulut
Konsep Yang Sama Dengan Double Cleansing
Anda tahu kaedah double cleansing di mana wajah dicuci dengan minyak untuk cucian pertama. Tujuannya adalah menarik keluar kotoran berminyak di wajah. Minyak melarutkan minyak. Konsep yang sama digunakan dalam kaedah oil pulling.
DI dalam mulut kita terdapat berjuta kalau tidak berbilion sel microorganisma yang diselaputi lipid atau membran yang berlemak bertindak sebagai kulit sel. Jadi unuk mengangkat sel yang diselaputi lemak ini, minyak digunakan
Tips NFH
1. Gunakan minyak kelapa dara. Walau minyak-minyak lain juga mampu melawan bakteria tetapi minyak kelapa dara mempunyai manfaat tambahan iaitu asid laurik dan monolaurin yang sememangnya terbukti agen anti microb dan anti fungal
.2. Minyak kelapa juga dibuktikan secara saintifik dapat mengelakkan kerosakan gigi selain dari zat A, D, E dan K yang baik untuk sistem pertahanan badan.Vitamin E mempunyai tahap antioxidant yang tinggi, Vitamin D membantu membina tulang dan gigi yang sihat. Vitamin K baik untuk pembekuan darah.
3.Dan sekiranya anda rasa tidak mampu untuk bertahan 20minit, mulakan dengan perlahan lahan. Mungkin 10minit dengan 1sudu teh dahulu. Dan kemudian tambah dos dan masa pada hari2 seterusnya.
4. Jangan telan minyak selepas digunakan. Minyak tersebut mempunyai toxin. Bakteria, kemungkinan darah, sisa makanan dan pelbagai lagi. Buangkannya di dalam tong sampah.
5.Teruskan dengan memberus gigi. Oil pulling adalah terapi tambahan bukan untuk menggantikan apa yang anda amalkan selama ini.
Kesimpulan
Walau apa pun, kita masih lagi perlu melakukan rutin harian memberus gigi dua kali sehari, floss dan cucian mulut (mouth wash) serta berjumpa doktor gigi setiap enam bulan.
Namun tidak salah mencubanya. Perlu diingatkan oil pulling harus diamalkan untuk mendapat kesan yang diingini dan bukan dengan hanya sekali atau seminggu sahaja.
Yang pasti kita cuba dulu. Anggaplah ia sebagai terapi untuk menambah baik kesihatan oral kita. Mana tahu cara ini dapat menghilangkan phobia anda untuk berjumpa doktor gigi kerana anda yakin gigi dan gusi anda semakin sihat dengan oil pulling.
Selamat Mencuba. Semoga bermanfaat
islam di dadaku
March 25, 2015 at 1:40 pm (5 years ago)gigi bila dah rosak tak ada recover lagi jadi mesti take care sejak masa budak lagi
Noor Faiza
March 25, 2015 at 2:20 pm (5 years ago)Betul tu Uztaz Abdullah. Sama2lah kita menjaga kurniaan Allah ini selagi terdaya.
Walaupun teknologin sekarang semakin maju dalam bidang pergigian tapi gigi gantian (palsu/crown/veneer) takkan sama dengan yang asli.
Terima kasih
myliferia
March 26, 2015 at 3:02 am (5 years ago)Apa-apa pun, yang semulajadi juga adalah yang terbaik 🙂
myliferia recently posted…Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online
Noor Faiza
March 26, 2015 at 3:34 pm (5 years ago)Saya setuju dengan Puan Naimah.
SuperNifz
March 26, 2015 at 11:54 pm (5 years ago)Ohh.. gitu kah yang di namakan oil pulling. okok tq dah taw dah…
SuperNifz recently posted…Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online
Noor Faiza
March 27, 2015 at 1:23 am (5 years ago)Sama sama. 🙂
Abu Hassan
July 28, 2015 at 4:14 am (4 years ago)Bagus artikel nya
Nur
November 19, 2017 at 4:38 pm (2 years ago)Tapi klau bau minyak bijan tu pulak yang menggangu bau mulut Kita lepas kumur macmmana tu?ada apa2 tips Tak supaya Tak melekat bau minyak tu?
Noor Faiza
April 5, 2018 at 11:23 pm (2 years ago)Gunakan minyak kelapa dara Sis Nur. Bau dia sedap je. Lepas tu vco ni anti bakteria.
Lovi
February 16, 2016 at 3:34 pm (4 years ago)Hi. Boleh suggest x kat mane leh beli minyak tuk oil pulling?
Noor Faiza
April 5, 2018 at 4:39 pm (2 years ago)Hi sis Lovi, minyak ni banyak di jual di supermarket dah sekarang. Cuba cari di bahagian organik. Tq
Nur
November 19, 2017 at 4:37 pm (2 years ago)Tapi klau bau minyak bijan tu pulak yang menggangu bau mulut Kita lepas kumur macmmana tu?ada apa2 tips Tak supaya Tak melekat bau minyak tu?