Diet101: Green Juice Untuk Beginner

 

Salam 1 Ramadhan..

 

Ini adalah hidangan pertama jus hijau saya untuk Cabaran Green Juice Disepanjang Ramadhan. 

Green Juice Yang Pertama

Green Juice Yang Pertama

 

Tidak susah membuatnya. Untuk permulaan saya tidak meletakkan herba. Saya menggunakan daun hijau, timun, epal hijau dan jus grapefruit menggantikan jus lemon.

 

Sayur Dan Buah Yang Digunakan

Sayur Dan Buah Yang Digunakan

 

Kenapa guna grapefruit? Sebab itulah yang ada dalam peti sejuk sejak lebih seminggu. Buah tersebut terlalu masam untuk di makan begitu saja jadi saya fikir baik digunakan untuk green juice saya yang pertama ni.

 

Hasilnya? Sedap. Rasa segar dan kenyang sementara tiba waktu makan iaitu selepas solat Maghrib.

 

Untuk pengetahuan anda, saya kisarkan saja sayuran dengan blender. Saya tidak ada juicer. Jadi saya tak dapat nak bezakan rasa antara jus menggunakan blender dengan juicer.

 

Potong Sebelum Dikisar

Potong Sebelum Dikisar

 

Saya juga tidak tapis serat dari jus ini. Mungkin sebab itu saya rasa kenyang lebih lama.  Patutlah ramai pengamal jus hijau yang berjaya menurunkan berat badan selepas suatu jangkamasa. ☺

 

Bagi sesiapa yang nak cuba resepi ini, saya kongsikan di bawah. Cubalah untuk berbuka hari ini.

 

 

Green Juice Untuk Beginner

 

Bahan-bahannya:

 

Segenggam green coral lettuce

3 biji baby cucumber / timun kecil

2 biji epal hijau granny smith

Jus dari sebiji grapefruit

Air secukupnya

 

 

Cara Membuatnya:

 

Cuci bersih semua sayur dan buah. Buang biji epal. Potong kecil green coral lettuce, timun dan epal hijau. Kisarkan semuanya dengan air sejuk dari peti ais. Perahkan jus grapefruit. Kacau dan tuang ke dalam gelas. Siap untuk dihidang.

 

Inilah Green Juice Untuk Beginner

Inilah Green Juice Untuk Beginner

 

 

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat