9 Makanan Terbaik Untuk Mencegah Kerosakan Kulit Akibat Sinaran UV.

 

Sinar UV atau Ultra Lembayung adalah merbahaya kepada kulit. Selain dari sunburn, sinar UV juga mempercepatkan kedutan, tompok hitam, jeragat malah juga kanser kulit.

Sememangnya krim pelindung matahari adalah teman sejati kita untuk melawan sinar UV dari luar.

Apa pula yang dapat kita lakukan dari dalam? Atau dengan katà lain, apakah makanan yang membantu mengelakkan kerosakan kulit dan badan akibat sinaran UV?

Saya ingin kongsikan dengan anda 9 jenis makanan terbaik untuk melawan kerosakan dari sinaran UV sekaligus memulihkan sistem sambil mengekalkan diet sihat anda.

Pastikan anda senaraikan makanan2 ini dalam senarai membeli belah anda selepas ini. Jangan risau, semua makanan ini bukan sahaja sihat malah sedap juga.

 

1. Tomato  

 

Tomato

Tomato

Tomato adalah pelindung matahari semulajadi. Dari kajian yang dilakukan ke atas 20 wanita lingkungan 21 hingga 47 tahun yang sihat, ternyata tomato sangat berkesan sebagai pelindung radiasi UV dari dalam.

Kajian dari pengambilan 4 sudu besar tomato di dalam minyak zaitun setiap hari selama 3 bulan itu menunjukkan kesan ketara dalam kemampuan melawan sinar UV berbanding yang mengambil minyak zaitun sahaja.

Lycopene di dalam tomato adalah sumber paling ampuh yang dibuktikan melindungi kulit dari radiasi UV untuk jangka masa yang panjang.

 

2. Coklat.

 

Coklat

Para penggemar coklat pasti teruja. Flavonoids, bahan aktif di dalam coklat berupaya mengukuhkan pertahanan kulit menentang beberapa kerosakan kulit termasuk dari sinar UV seperti sunburn.

Pilih coklat yang tinggi kandungan koko biasanya lebih dari 65% untuk mendapat manfaat penuh flavanoid. Pengambilan jangka panjang coklat dapat memperbaiki kondisi kulit terutama bagi kaum wanita.

 

3. Ikan Merah

 

Ikan Merah

Ikan Merah

Ikan merah mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi. Omega-3 membantu mengurangkan risiko kanser kulit dengan cara memperkuatkan sistem imunisasi badan melawan radiasi sinar UV.

Ikan juga mengandungi selenium yang mampu mengurangkan risiko sunburn selain meratakan rona kulit.

 

4. Teh Hijau

 

Teh Hijau

Teh Hijau

Teh hijau bukan sahaja mampu melawan kanser malah ia juga menenangkan fikiran dan merehatkan minda.

Kandungan EGCG, bahan kimia semulajadi dalam teh hijau bertindak melawan radikal bebas, meredakan keradangan dan dikatakan mampu melawan kanser kulit.

Polyphenols dalam teh hijau membantu menghadkan bekalan darah kepada sel kanser. Selain itu, teh hijau juga dapat menghalang ketumbuhan bukan kanser dengan menggalakkan pemulihan DNA.

Pastikan anda memilih teh hijau yang decaf untuk mengelakkan kulit mengering akibat kaffien.

 

5. Kuaci Biji Labu Dan Kuaci Bunga Matahari

 

Biji Labu Dan Biji Bunga Matahari

Biji Labu Dan Biji Bunga Matahari

Tambahkan kuaci ini di dalam salad atau jadikan snek di antara waktu makan. Biji labu dan biji bunga matahari mengandungi kandungan Vitamin E yang tinggi. Seperti kekacang, ia adalah makanan antioksida yang melindungi kulit dari kerosakan sinar UV.

Vitamin E telah terbukti melambatkan penuaan sel kulit dan membantu menghilangkan parut.

 

6. Avocado

 

Avocado

Avocado

 

Sebagaimana kekacang dan ikan, avocado juga sangat baik untuk kulit. Bahan aktifnya glutathione adalah sangat baik untuk melawan penuaan, melambatkan penularan kanser juga mencegah jerawat.

Satu kajian ke atas ekstrak avocado mendapati ia berupaya mengurangkan kerosakan akibat sinar UVB dan dapat meredakan keradangan kulit. Avocado melindungi kulit dari sinar UV dan menambah keupayaan sel serta membantu memperbaiki DNA.

Rawatan ekstrak avocado ke atas kulit manusia mendapati pengurangan ketara kerosakan sel akibat sinar UV.

 

7. Lobak Merah

 

Lobak Merah

Lobak Merah

 

Lobak merah bukan sahaja baik untuk mencegah tetapi ia dikatakan dapat memulihkan kulit yang rosak akibat sinar UV juga.

Kajian ke atas 30 wanita Korea yang dibekalkan dengan 30mg beta-carotena (lebih kurang 6biji lobak merah) setiap hari untuk 3 bulan menunjukkan kandungan antioksidanya bukan sahaja melindungi bahkan memperbaiki sel dari penuaan pra matang (photoaging)

 

8. Madu

 

Madu

Madu

Walaupun secara teknikal madu ialah gula, tetapi madu tidak menyebabkan keradangan   sebagaimana gula biasa. Sifatnya yang antioksida dan anti viral sangat baik untuk kulit.

Dalam mencegah kerosakan kulit akibat radiasi sinaran UV, madu asli menghalang pengoksidaan sel kulit dan meremajakan kulit wajah.

Selain mengkonsumsi nya secara terus dalam diet anda, madu juga baik dijadikan masker wajah.

 

9. Tembikai

 

Tembikai

Tembikai

Tahukah anda, mengkonsumsi makanan berwarna merah mencegah kulit anda dari bertukar merah (sunburn). Sama seperti tomato, lycopene dalam tembikai juga mengurangkan peluang kulit bertukar kemerahan akibat sinaran mentari.

Apa kata anda cuba salad tembikai dengan keju, herba berdaun hijau seperti daun salam, pudina atau ketumbar dan minyak zaitun. Satukan semuanya dan perasakan dengan garam dan lada hitam.

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.