Bagaimana Sinar UV Merosakkan Kulit Anda? (Video)

 

Kesan kerosakan dari sinaran matahari adakalanya tidak kelhatan pada mata kasar awalnya. Biasanya pada umur 20an umpamanya, kulit masih tidak menunjukkan sebarang tanda.

Pendedahan berterusan sinaran UV dalam jangka masa panjang tanpa perlindung matahari mengakibatkan jeragat, mengurangkan elastik, pengubah tekstur kulit termasuk bertompok-tompok kuning dan coklat pada wajah.

Anda mungkin sudah biasa membaca berkenaan kesan negatif seperti di atas. Apa kata kali ini anda lihat sendiri kesan secara fizikal melalui video ini.

 

Video di atas oleh Thomas Leveritt berkisarkan permintaan beliau terhadap orangramai untuk melihat diri dan keadaan kulit mereka dibawah sinar UV. Gambaran yang dilihat adalah kerosakan akibat cahaya matahari yang telah terjadi di lapisan bawah kulit mereka.

Leveritt kemudiannya menawarkan sunscreen kepada mereka untuk melihat keberkesanan pelindung matahari tersebut.

 

Komen NFH

Beringat sebelum terlambat. Selalulah menggunakan pelindung matahari dari usia muda. Kajian yang dilakukan oleh L’Oreal Research and Innovation Center, Paris membuktikan bahawa 80% kerosakan kulit dan penuaan pra matang berpunca dari sinar UV.

Tidak kira jantina dan umur anda pelindung matahari adalah sangat penting dalam rutin harian. Elakkan dari kerosakan yang lebih buruk terutamanya kanser kulit dengan penggunaan pelindung matahari.

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat

 

Mengapa Pelindung Matahari Patut Jadi Teman Sejati Anda?

 

Ramai juga orang kita baik lelaki mahupun wanita yang masih tidak faham kepentingan sunblock atau sunscreen atau dalam bahasa melayunya pelindung matahari atau tabir suria.

Saya adalah contoh orang yang selalu mengabaikan penggunaan pelindung matahari hinggalah baru-baru ini, jeragat telah mula kelihatan. Sebenarnya dah agak lama juga.

Lebih teruk lagi, saya hanya perasan ianya jeragat selepas ditegur oleh seseorang. Bayangkan betapa saya langsung tak ambil berat tentang penjagaan kulit hingga dah rosak pun masih tak tahu.

Setelah bertahun-tahun keluar dari rumah dengan hanya mengguna pelindung matahari jika teringat atau jika sempat maka saya telah terima akibatnya.

Kerosakan akibat sinaran matahari termasuklah penuaan pra matang, jeragat, agespot, brownspot, hyperpigmentation, kedutan dan kanser kulit

Sememangnya sangat sukar untuk memulihkan kulit yang sudah rosak. Walaupun tidak mustahil tapi ia memerlukan belanja yang banyak, cuba produk itu dan ini dan juga memakan masa.

Apatah lagi tidak semua produk sesuai dengan kulit kita. Jika tersilap masalah lain akan tiba dan kemungkinan jeragat akan bertambah teruk.

Pernahkah anda alami masalah sebegini?

Itulah sebabnya mengapa “Mencegah Lebih Baik Dari Mengubat”. Bahkan, kos untuk mencegah juga jauh lebih murah dari merawat.

 

Bahaya Sinar UVA Dan UVB

Walaupun masalah kulit juga berpunca dari diet, stress dan hormon, punca yang paling besar adalah sinaran UV.

Sinar UV terbahagi kepada UVA, UVB dan UVC.

Sinaran UVA adalah punca kepada penuaan pra matang malah kanser kulit. Ia boleh menyerap jauh ke dalam dan merosakkan kulit.

sinar UVB mengakibatkan sunburn atau kesan terbakar pada kulit.

Sinar UVC pula tidak sampai kepada kita kerana telah diserap oleh atmosfera bumi.

 

Kepentingan Melindungi Kulit Dari Sinar UV

Untuk memberi kesedaran kepada pembaca blog saya, biarlah saya kongsikan kepada anda kes seorang pemandu lori di Canada.

 

Kerosakan Kulit Akibat Sinar UV

Kerosakan Kulit Akibat Sinar UV

sumber: huffpost 

 

Bill McElligott merupakan seorang pemandu lori selama 28tahun. Pada tahun 2012 diagnosis ke atas kulit beliau telah mengejutkan para dermatologis. Kes ini menunjukkan kesan kerosakan akibat terdedah kepada sinar UVA melalui cermin lori yang tidak digelapkan.

Akibatnya, sebelah kiri wajah beliau telah rosak teruk dan kelihatan 20tahun lebih tua dari sebelah kanan.

Inilah kesan sinar UVA dan ia juga membuktikan bahawa sinaran matahari yang berlebihan adalah sangat merbahaya kepada kulit.

Dengan itu, haruslah kita sentiasa beringat untuk menggunakan pelindung matahari.

 

Bagaimana Pelindung Matahari Membantu Mencegah Kerosakan Kulit Akibat Sinaran UV?

Pelindung matahari mengandungi SPF. SPF adalah singkatan kepada Sun Protection Factor atau Faktor Pelindung Matahari. Fungsi SPF adalah menggandakan peluang anda untuk bertahan di luar sebelum anda mula mendapat kerosakan kulit atau sunburn.

Sebagai contoh, jika berjemur di luar selama 15minit akan mengakibatkan anda mendapat sunburn, maka penggunaan SPF10 menggandakan peluang anda untuk bertahan iaitu sebanyak 15×10=150minit.

Oleh kerana sunburn adalah disebabkan oleh sinar UVB maka SPF juga merujuk kepada kemampuan pelindung matahari untuk menghalang sinar UVB dan bukan UVA.

Biasanya pengguna akan fikir SPF30 adalah dua kali lebih baik dari SPF15 dan seterusnya. Tapi bukan begitu maksudnya yang sebenar.

Menurut pakar kulit dari Florida, Dr Spenser, MD pelindung matahari berSPF 15 melindung 94% dari sinar UVB; SPF 30 menahan 97% dari sinar UVB dan SPF45 sehingga 98% sinaran.

Ini bermakna, pelindung matahari dengan SPF yang lebih tinggi menghalang hanya lebih sedikit sinar UVB dari SPF yang lebih rendah tetapi tiada yang menawarkan 100% perlindungan.

 

Bagaimana Nak Pilih Produk Pelindung Matahari?

Apa sahaja produk pilihan anda, pakar kulit menasihat agar kita memilih pelindung matahari yang kalis air. Gunakan setengah jam sebelum keluar rumah. Dan gunakan setiap 2jam atau selepas berenang atau berpeluh.

Menurut Dr Spencer lagi, ” cara terbaik untuk melindungi kulit adalah dengan KERAP menggunakan pelindung matahari. Anda tidak boleh hanya mengggunanya sekali di waktu pagi dan terus lupa tentangnya. Saya tidak peduli samada ianya SPF800 atau produk pelindung UVA terbaik, selepas beberapa jam ia akan hilang”, katanya.

 

Kesimpulan

Begitulah pentingnya produk pelindung matahari dalam kehidupan kita sehari2. Tidak perlu solekan yang tebal jika untuk kelur rumah. Tapi sunblock atau sunscreen berSPF adalah perkara utama.

Jika anda seperti saya sebelum ini yang selalu mengabaikan penggunaan pelindung matahari, sekarang anda sudah faham.

Sunblock bukan pilihan tapi satu kewajipan. Mulakan dari sekarang untuk mengelak kesan yang lebih buruk di masa akan datang.

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.