10 KEGUNAAN GEL LIDAH BUAYA – ALOE FRESH 99% SOOTHING MOISTURE GEL DARI THE FACE SHOP

Sebelum ini, saya telah membincangkan perihal Lidah Buaya. Tumbuhan ini banyak manfaatnya untuk merawat kulit yang bermasalah. Tetapi ia juga membawa keburukan jika kita kurang pengetahuan mengenainya terutama bagi tujuan rawatan penyakit2 yang serius. Anda boleh pelajarinya sebelum menggunakan Lidah Buaya untuk merawat penyakit anda.

Perkara paling utama yang perlu diketahui ialah Aloe dari species Barbadensis sahaja yang dibuktikan mengandungi medicinal properties. Buat masa ini terdapat lebih dari 400 species Aloe telah dikenalpasti.

Jika tidak pasti samada tumbuhan yang anda gunakan adalah dari species Barbadensis, apa kata terus sahaja ke farmasi atau kedai kosmetik untuk mandapatkan Aloe Gel..

Saya memilih Aloe Fresh 99% Soothing  Moisture Gel dari The Face Shop.

u9

Saya kumpulkan 10 kegunaan Aloe Gel ini beserta dengan DIY resepi bagi merawat diri saya dan anda di rumah. Cuba dahulu di kawasan bawah dagu untuk mempastikan tiada kesan negatif pada kulit anda sebelum guna sepenuhnya di wajah atau di kawasan yang bermasalah.

 

1. SEBAGAI MAKEUP REMOVER BAGI KULIT SENSITIF

Kebanyakan makeup remover di pasaran mengandungi bahan kimia yang mengeringkan kulit dan memedihkan mata. Sebagai alternatif, gunakan Aloe Gel ini untuk menghilangkan sisa alat solek dengan menggunakan kapas muka. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya berkesan untuk alat solek yang bukan kalis air (non waterproof)

 

2. SEBAGAI SHAVING CREAM

Sifat Aloe Vera sebagai anti bakteria sangat sesuai digunakan untuk tujuan bercukur. Tambahan pula gel ini licin dan melembapkan kulit. Boleh digunakan terus atau gunakan resepi ini untuk lebih manfaat

1/3 cawan aloe gel
1/4 cawan sabun castile
1 sb minyak vitamin E
5 titik minyak kayu putih
Campurkan bahan2 di atas di dalam botol. Simpan dalam peti sejuk. Tahan sehingga 6 bulan.

 

3. UNTUK MELEGAKAN KULIT YANG CEDERA

Aloe Gel amat baik untuk melegakan kulit yang rosak akibat terdedah pada sinaran matahari berlebihan, terbakar yang ringan, gigitan serangga, poison ivy dan psoriasis. Simpan di dalam peti ais dan gunakan sejuk untuk kesan yang optimal.

 

4. SEBAGAI PENCUCI MUKA

Caranya ialah campurkan 1sb Aloe Gel dengan 1sk susu badam dan 1sk jus lemon. Sapu pada wajah dan biarkan beberapa minit sebelum cuci. Sekali lagi ia sesuai untuk yang berkulit sensitif, berjerawat dan rosacea (adult acne) kerana sifatnya yang anti bakteria

 

5. SEBAGAI ANTI AGING BOOSTER (ANTI PENUAAN)

Jika nak awet muda boleh guna cara ni. Campurkan 1sb Aloe Gel dengan 1sk minyak kelapa dara. Tuang dia tapak tangan dan urutkan dengan lembut ke wajah beberapa minit. Cuci muka seperti biasa dan bilas dengan air suam kuku.

 

6. SEBAGAI AGEN PENGELUPASAN (EXFOLIATOR)

Tidak perlu kerap melakukannya tapi kulit akan menjadi lebih bermaya dan segar dengan kaedah ini.
Jadikan Aloe Gel sebagai asas DIY untuk scrub kerana ia membantu melembutkan wajah, menyalurkan oksigen ke dalam sel dan menguatkan tisu untuk kulit sihat.
Caranya ialah campurkan 1/2 cawan Aloe Gel dengan gula perang ATAU baking soda untuk mendapatkan konsistensi yang dikehendaki. Scrub pada siku, lengan atau pada bahagian2 yang kasar semasa mandi.

 

7. SEBAGAI MASKER

Ini ada beberapa resepi mask dari dari Aloe Gel. Gunakan selama 15minit di wajah sebelum menanggalkannya dengan air suam diikuti dengan air sejuk.

Mencerahkan wajah – Aloe Gel dan jus lemon

Menghidrat kulit – Aloe Gel dengan kisaran timun dan putih telur.

Mengatasi Kulit berminyak – Aloe Gel dengan madu
Mengatasi Kulit Kering – Aloe Gel dengan Minyak Zaitun dan shea butter
Bagi kulit sensitif – Aloe Gel dicampur dengan kisaran timun, yougurt dan minyak essential pilihan anda.
Menghilangkan noda dan cela – Aloe Gel dan air mawar.

 

8. SEBAGAI PENYUBUR BULU KENING

Sapukan Aloe Gel pada bulu kening untuk menyuburkannya. Jika anda ingin melebatkan bulu kening, tambahkan satu bahagian minyak castor dgn satu bahagian Aloe Gel dan sapukan pada kening setiap malam dan pasti bulu kening anda akan tumbuh lebih lebat selepas beberapa minggu.

 

9. UNTUK KULIT KAKI YANG KERING DAN BERKERAK

Campurkan 1/2 cawan oatmeal, 1/2 cawan corn meal, 4sb Aloe Gel dan 1/2 cawan body lotion. Gosokkan pada kaki anda yang kepenatan hingga kulit mati mengelupas

 

10. SEBAGAI ANTI KELIMUMUR UNTUK RAWATAN RAMBUT

Sifat Aloe Gel yang anti fungal dapat menghilangkan kelimumur. Enzim yang terdapat di dalamnya bertindak dengan mengangkat sel2 mati. Ia menjadikan rambut anda lembut dan bermaya. Ia juga mengimbangi PH di kulit kepala untuk mencegah kelimumur dari kembali menyerang.
Urutkan kulit kepala dengan Aloe Gel dan biarkan selama 10minit sebelum mencuci dengan shampoo.
Atau untuk kesan yang lebih lembut campurkan dengan santan dan minyak wheat-germ, perap seketika pada kulit kepala dan cuci seperti biasa.

SELAMAT MENCUBA

BENARKAH LIDAH BUAYA BAIK UNTUK ANDA?

APA ITU LIDAH BUAYA?

 

Lidah Buaya atau Aloe Vera adalah sejenis tumbuhan herba. Sehingga kini terdapat lebih dari 400 spesis Aloe di seluruh dunia. Di kebanyakan tempat di Afrika ia merupakan tumbuhan semulajadi. Setelah diperkenalkan di negara tropika, ia didapati mudah untuk hidup dan tumbuh meliar. Di negara Mediterranean juga tumbuhan ini dapat berkembang dengan baik. Selain digunakan secara tradisional sejak ribuan tahun dahulu, Lidah Buaya juga digunakan secara meluas dalam bidang kosmetik dan kesihatan.

Lidah Buaya mempunyai akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah gel dan latex. Latex ialah lapisan kuning yang menyelaputi gel betul2 terleta di bawah kulit daun tersebut.

KANDUNGAN LIDAH BUAYA

96% kandungan daun Lidah Buaya adalah air manakala selebihnya adalah karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan enzim yang dikatakan sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Selain itu, Lidah Buaya bermanfaat sebagai anti inflamasi, anti fungal, anti bakteria dan membantu proses regenerasi sel. Di samping membantu menurunkan kadar gula dalam darah bagi penghidap diabetes, ia juga membantu mengawal tekanan darah dan menstimulasi kekebalan tubuh terhadap serangan penyakit.

Salah satu zat yang terkandung dalam Lidah Buaya adalah aloe emodin yang berguna untuk mengurangi ratio gula dalam darah.

Tumbuhan ini mengandungi semua jenis vitamin kecuali vitamin D, mineral yang diperlukan untuk fungsi enzim, saponin yang berfungsi sebagai anti mikrob dan 20 dari 22 jenis asid amino. Dalam penggunaannya untuk perawatan kulit, Lidah Buaya dapat menghilangkan jerawat, melembabkan kulit, membantu detoksifikasi kulit, menghapuskan bekas luka dan tanda, mengurangi peradangan serta membantu peremajaan kulit dan penyuburan rambut.

MANFAAT LIDAH BUAYA

Sejarah tumbuhan ini dalam perawatan telah merentasi zaman dan memakan ribuan tahun. Terlalu banyak penggunaan dalam merawat pelbagai penyakit sehingga digelar “penyembuh senyap” oleh orang India dan “ramuan harmonik” oleh tabib Cina.

  • SECARA TRADISIONAL

Lidah Buaya digunakan secara tradisi dalam perawatan penyakit sembelit, ekszema, psoriasis, kulit terbakar, kesakitan atau kepedihan, kebengkakan, luka, dyspepsia
(ketidakhadaman makanan), batuk, asma, penyakit saraf, leukemia, kanser paru-paru, buasir dan sakit perut.

Ianya juga digunakan sebagai antibiotik, antiseptik (bahan pembasmi kuman), ejen katartis
(melegakan emosi) dan purgatif (ubat pencuci perut yang kuat). Pun begitu, tiada bukti saintifik yang konklusif untuk membuktikan kebanyakan yang dikatakan di atas. Kajian masih lagi dijalankan terhadap tumbuhan ini.

  • SECARA SAINTIFIK

Pada tahun 2009, kajian klinikal mendapati,

” terdapat penemuan awal yang menyokong pengambilan Lidah Buaya secara oral mungkin berkesan untuk mengurangkan glukos dalam darah pada pesakit kencing manis dan mengurangkan lipid dalam darah pada pesakit hyperlipidaemia. Walau bagaimana pun, penggunaan secara topikal tidak berkesan untuk mengelak dari kerosakan kulit akibat terdedah kepada matahari. Bukti berkenaan dengan penyembuhan juga tampak bercanggah. Kajian harus terus di jalankan untuk mengenal pasti keberkesanannya”

Ini bermakna, kajian mendapati Lidah Buaya TIDAK DAPAT MELINDUNGI kulit dari sunburn, suntan, atau kerosakan kulit berpunca dari terdedah pada matahari.

Pada tahun 2007, penggunaan Lidah Buaya pada kesan terbakar menyimpulkan,

” terdapat bukti untuk menyokong keberkesanan Lidah Buaya yang digunakan untuk merawat kesan luka terbakar tahap satu dan tahap dua. Penggunaan secara topikal Lidah Buaya juga berkesan untuk merawat penyakit herpes dan psoriasis.”

Pada tahun 2002 FDA telah menarik balik kebenaran penggunaan latex untuk mengubati sembelit kerana kajian menunjukkan pengambilan latex yang berlebihan boleh mengakibatkan kanser. Tambahan pula untuk memberikan kesan, dos perlu sentiasa ditambah setiap kali.

Kajian untuk mengubati luka juga bercanggah apabila di dalam beberapa kes mendapati sapuan gel pada luka yang dalam telah menghalang luka dari sembuh.

Selain itu, ibu2 yang mengandung ditegah dari pengambilan Lidah Buaya kerana dikhuatiri berisiko untuk kandungan.

Buat masa ini, FDA hanya meluluskan penggunaan latex untuk perasa makanan.

PENGGUNAAN LIDAH BUAYA OLEH SYARIKAT KOSMETIK DAN FARMASEUTIKAL

Memandangkan tumbuhan ini sangat popular, syarikat kosmetik dan farmaseutikal sering menggunakan sap Lidah Buaya dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk melembapkan kulit yang kering. merawat ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang sensitive. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

KESIMPULAN

Nampaknya kebanyakan perkara yang disogokkan berkenaan dengan Lidah Buaya ni agak berlebih2an jika dibandingkan dengan bukti klinikal hasil kajian para saintis. Banyak syarikat kosmetik yang mempromosikan gel lidah buaya sebagai pelindung matahari. Ia tidak benar. Tetapi ia adalah baik untuk meredakan kesan terbakar dan banyak perkara2 lain lagi.

Begitu juga dalam bidang farmasi, banyak syarikat mengatakan produk Sari Lidah Buaya mereka anti kanser dan sebagainya. Kita sebagai pengguna haruslah peka dan buatlah sedikit kajian mengenai apa yang akan kita gunakan. Kita harus tahu kemungkinan mendapat komplikasi yang serius jika menggunakannya tanpa pengetahuan yang cukup. Berhati-hatilah!

Rujukan
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Lidah_Buaya
2. http://www.forestry.gov.my/herba/aloevera.pdf
3. http://id.wikipedia.org/wiki/Lidah_Buaya
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Aloe_vera
5. http://www.ehow.com/info_8350527_aloe-veras-scientific-name-uses.html
6. http://www.todayifoundout.com/index.php/2013/01/is-aloe-vera-really-good-for-your-skin/