Bagaimana Sinar UV Merosakkan Kulit Anda? (Video)

 

Kesan kerosakan dari sinaran matahari adakalanya tidak kelhatan pada mata kasar awalnya. Biasanya pada umur 20an umpamanya, kulit masih tidak menunjukkan sebarang tanda.

Pendedahan berterusan sinaran UV dalam jangka masa panjang tanpa perlindung matahari mengakibatkan jeragat, mengurangkan elastik, pengubah tekstur kulit termasuk bertompok-tompok kuning dan coklat pada wajah.

Anda mungkin sudah biasa membaca berkenaan kesan negatif seperti di atas. Apa kata kali ini anda lihat sendiri kesan secara fizikal melalui video ini.

 

Video di atas oleh Thomas Leveritt berkisarkan permintaan beliau terhadap orangramai untuk melihat diri dan keadaan kulit mereka dibawah sinar UV. Gambaran yang dilihat adalah kerosakan akibat cahaya matahari yang telah terjadi di lapisan bawah kulit mereka.

Leveritt kemudiannya menawarkan sunscreen kepada mereka untuk melihat keberkesanan pelindung matahari tersebut.

 

Komen NFH

Beringat sebelum terlambat. Selalulah menggunakan pelindung matahari dari usia muda. Kajian yang dilakukan oleh L’Oreal Research and Innovation Center, Paris membuktikan bahawa 80% kerosakan kulit dan penuaan pra matang berpunca dari sinar UV.

Tidak kira jantina dan umur anda pelindung matahari adalah sangat penting dalam rutin harian. Elakkan dari kerosakan yang lebih buruk terutamanya kanser kulit dengan penggunaan pelindung matahari.

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat

 

TAHI LALAT ANDA MENGGANGGU?

 

Tahi lalat boleh tumbuh di mana2 saja pada kulit samada satu atau berkelompok. Ia biasanya muncul seawal kanak2 sehingga ke usia 30an. Adalah normal jika seorang dewasa mempunyai 10-40 biji tahi lalat.

Setelah bertahun2, tahi lalat biasanya akan membesar dan/atau berubah warna . Kadang kala ada bulu roma tumbuh di atasnya. Ada juga yang tidak berubah dan ada juga yang perlahan2 hilang dengan sendiri.

 

 

APA PUNCA TAHI LALAT?

Sel2 kulit sepatutnya tumbuh secara merata di seluruh tubuh. Apabila sel di dalam kulit membesar secara secara abnormal atau berkelompok, maka terjadilah Tahi Lalat. Sel2 yang dinamakan melanocytes ini memberi pigmen atau warna pada kulit. Apabila terdedah pada sinaran matahari, di masa remaja atau semasa hamil, tahi lalat boleh menjadi semakin gelap.

 

JENIS-JENIS TAHI LALAT

Congenital nevi adalah tahi lalat yang tumbuh sejak lahir. Ia bermungkinan besar menjadi melanoma iaitu sejenis kanser.

 

Dysplastic nevi pula adalah sejenis tahi lalat yang bersaiz lebih besar dari normal. Biasanya lebih besar dari pemadam di hujung pensil dan mempunyai bentuk yang lain dari tahi lalat biasa. Kerap kali tahi lalat ini bewarna tidak sekata di mana bahagian tengahnya lebih gelap. Tahi lalat ini juga berkemungkinan menjadi melanoma, kanser kulit yang merbahaya. Malah, orang yang mempunyai lebih dari 10 dysplastic nevi mempunyai 12 kali ganda risiko mendapat melanoma.

 

 

ADAKAH TAHI LALAT ANDA BERISIKO KANSER?

Berita baiknya ialah majoriti tahi lalat tidak berbahaya. Yang mungkin menjadi kanser adalah yang berupa pelik dan juga yang tumbuh selepas berumur 30tahun. Jadi jika anda perasan ada perubahan pada warna, bentuk dan saiz tahi lalat anda, jumpalah dematologis dengan segera. Lebih2 lagi jika ia berdarah, gatal, menjadi lembut atau pedih

 

 

BAGAIMANA MERAWAT TAHI LALAT?

Ada pelbagai cara untuk merawat tahi lalat. Apa pun, cara yang paling ampuh ialah dengan berjumpa pakar kulit. Doktor akan mempastikan samada ia kanser atau tidak. Seterusnya menawarkan rawatan yang sepatutnya.

 

 

 

ADAKAH TAHI LALAT ANDA MENGGANGGU?

Berbalik pada persoalan di atas, jawapannya terletak pada diri anda sendiri. Jika anda rasa tahi lalat anda tidak memudaratkan malahan ia menambah seri pada wajah umpamanya, biarkan sahaja. Jika sebaliknya, buangkan saja dengan cara yang betul. Tambahan pula tahi lalat bukanlah dari sel kulit yang normal. Berjumpalah dengan doktor anda sekarang

PENGALAMAN SAYA BAGAIMANA?

Saya sendiri sudah membuang 12 biji tahi lalat di wajah. Prosesnya mudah sahaja. Dan tentulah saya mendapat nasihat doktor kulit terlebih dahulu. Tapi itu cerita lain. Dan InsyaAllah akan saya kongsikan di posting yang lain.

Anda bagaimana? Pernah membuang tahi lalat? Atau anda masih sangsi dan takut nak jumpa doktor kerana masalah anda? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen