KENALI KULIT ANDA

image

Sumber: flickr

Sama ada anda mempunyai kulit jenis berminyak, kering, sensitif, kombinasi, mudah berjerawat atau normal, apa yang penting adalah sentiasalah monitor perubahan kulit wajah. Lebih2 lagi jika anda baru sahaja bertukar produk penjagaan kulit.

Sebenarnya, bukan mudah juga nak kenalpasti jenis kulit kita ni.  Agak mengelirukan!. Maklumlah, kulit berubah selari dengan usia, stress level, cuaca, ubat ubatan yang diambil dan diet seharian. Itulah sebabnya kenapa kita harus sentiasa meneliti kulit wajah untuk lebih faham apa yang ia perlukan.

Untuk membantu anda dalam proses ini, di bawah saya senaraikan ciri ciri yang terdapat pada pelbagai jenis kulit. Untuk lebih memahami kulit jenis apakah yang sedang anda alami buat masa ini.

 

JENIS KULITCIRI-CIRI
NORMAL- Anda mempunyai liang roma yang kecil di sekitar hidung dan T Zon

- Anda jarang sekali mendapat jerawat

- Setelah seharian, ada sedikit kesan berminyak atau mungkin tiada langsung

- Anda jarang atau tiada mengalami reaksi pada sebarang produk.
BERMINYAK- Anda kerap mendapat jerawat.
- liang roma anda besar sehingga membawa ke garisan rambut
- Ada kilatan minyak sejak dari awal hari lagi
KERING- Anda hampir tiada liang roma yang jelas kelihatan. Begitu juga dengan blackhead
- Kulit anda agak kasar dan berkeping-keping
- Anda sentiasa rasa tegang dan ketat
- Anda tidak mengalami kesan kilatan minyak
- Jarang2 sekali anda mendapat jerawat
KOMBINASI - Liang roma anda jelas kelihatan di T Zon (hidung, dahi dan sebahagian pipi)
- Kulit anda berminyak di T Zon tetapi kering di bahagian lain
MUDAH BERJERAWAT- Anda sedang alami jerawat sekarang
- Anda juga sering ditumbuhi jerawat di dada dan belakang badan.
- Ahli keluarga anda juga mengalami masalah jerawat
- Masalah jerawat bermula sejak akil baligh
SENSITIF- Kulit anda memberi reaksi pada produk
- Kulit anda merah dan panas
- Kulit anda nipis
- Anda ada alergi, lelah atau telah di diagnos mempunyai ekszema.

 

Kesimpulannya, dengan sedikit ilmu dan penelitian terhadap kulit kita sendiri, ia menjadi lebih mudah untuk kita menangani tanda2 yang ada di kulit dan seterusnya mengambil tindakan yang betul dalam rutin seharian.

Begitu juga dengan pemilihan produk. Sebagai contoh, jika selama ini anda menggunakan sesuatu produk dan ia menyebabkan kulit anda kemerahan atau gatal2, maka jelas anda harus tinggalkan saja produk tersebut kerana ia tidak sesuai dengan anda. Anda juga berkemungknan berkulit sensitif.

Jadi, selidikilah dahulu produk yang akan anda gunakan samada bersesuaian dengan anda. Gunakan cara ini untuk penilaian dan juga sebagai langkah pro aktif  dalam penjagaan kulit wajah.