Diet 101: Kurangkan Pengambilan Gula. Ini Sebabnya..

Diet101: Kurangkan Pengambilan Gula

Diet101: Kurangkan Pengambilan Gula

Tidak kira bagaimana sekalipun rutin diet anda, mengurangkan pengambilan sesudu gula sehari dijamin akan meningkatkan kesihatan dan prestasi keseluruhan tubuh badan anda. Lakukan secara consistent sehingga anda tidak lagi perlu bergantung pada gula sepenuhnya.

Teruskan membaca untuk mengetahui mengapa anda perlu kurangkan gula dalam diet anda.

1. Gula Mengurangkan Vitamin Dan Mineral Penting Dalam Badan

Jumlah usaha yang dilakukan oleh tubuh badan kita untuk memproses gula dari penghadaman hingga perkumuhan mengakibatkan nutrisi dan tenaga ditumpukan di sini.

Magnesium dan Vitamin B khususnya sangat terjejas akibat pengambilan gula.

Gula yang diambil setiap hari menghilangkan simbiosis bakteria baik di dalam usus, seterusnya mengurangkan stok Vitamin B. Tidak cukup Vitamin B akan menjejaskan keupayaan anda untuk mengira dan mengingat.

Kebanyakan manusia, walaupun dengan diet yang seimbang masih lagi kekurangan mineral. Ketagihan coklat dikalangan wanita sering dikaitkan dengan kekurangan magnesium. Menambah magnesium sebagai supplement akan membantu untuk menyerap kalsium dan mengurangkan ketagihan.

2. Gula Penyebab Keradangan.

Secara keseluruhannya, gula merupakan satu-satunya bahan utama penyebab keradangan. Apabila sistem tubuh mengalami tindak balas keradangan yang berterusan, maka anda akan terdedah kepada penyakit dan penuaan pra matang.  Penyakit jantung, osteoporosis, gaot, kanser dan masalah penghadaman semuanya berkait dengan keradangan di dalam badan.

Lama kelamaan, gula berlebihan akhirnya akan memberi kesan kepada setiap organ badan.

Pada awal pengambilan, gula disimpan di dalam hati sebagai glukosa. Apabila hati tidak lagi mampu menyimpan glukosa, glykogen berlebihan akan kembali ke saluran darah dalam bentuk asid lemak. Asid lemak yang di bawa ke setiap bahagian tubuh ini akan disimpan sebagai lemak.

3. Ia Mengganggu Tahap Gula Darah Anda

Insulin ialah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Ia bertanggungjawab menyimpan dan memproses gula. Bila anda mengambil makanan yang tinggi kandungan gula, tubuh anda akan memerlukan lebih insulin.

Jika tahap insulin sentiasa tinggi, kepekaan tubuh terhadap hormon tersebut menjadi tepu. Maknanya insulin yang dihasilkan sudah tidak lagi berkesan mnyebabkan glukosa dalam darah akan meningkat.

Untuk mengekalkan badan dalam keseimbangan, tahap insulin harus kekal dalam zon yang selamat sepanjang hari. Bacaan gula dalam darah yang terlalu rendah menyebabkan penat melampau. Sebaliknya terlalu tinggi pula boleh merosakkan buah pinggang.

4. Gula Mengakibatkan Keasidan Tinggi Dalam Badan

Nilai pH badan yamg normal adalah di antara 7.35 hingga 7.45. Walau sedikit berbeza dari julat ini boleh membawa kesan sampingan.

Bila diambil setiap hari, gula menghasilkan keadaan berasid di dalam sistem badan. Maknanya semakin tinggi kandungan mineral diperlukan untuk mengimbangi semula keadaan itu.

Penyakit sukakan keadaan berasid. Kegemukan, kanser, heartburn malah tanda penuaan juga boleh dikaitkan dengan keasidan terkumpul dalam badan.

Diet asid yang kronik (dengan mengambil makanan ringan dipasaran yang mengandungi sirap jagung tinggi fruktosa) mengundang risiko penyakit serius dan memberi kesan pada semua fungsi selular, dari degupan jantung hingga ke sistem neural otak anda.

Diet beralkali-dari sumber sayuran yang  tinggi kandungan air, lemak yang sihat dan makanan penuh – akan menyah toksik badan dan memastikan anda rasa muda, ringan dan lebih kuat.

Rujuk SINI untuk senarai makanan beralkali-berasid

5. Otak Anda Akan Sentiasa Teringatkan Gula.-Ketagihan

Rasa sukar untuk meninggalkan gula? Walau ada kajian yang menegaskan gula adalah non-addictive, pengambilan gula meningkatkan tahap dopamine dalam otak, menjadikan anda rasa seperti ketagihan.

Berita baiknya ialah anda boleh mengawal keinginan itu. Tujuh hari tanpa gula akan memudahkan otak anda bersedia untuk hidup tanpanya.

6. Gula Adalah Makanan Sel Kanser. 

Sel kanser sangat mengalu-alukan gula. Kajian menunjukkan bukan sahaja sel kanser sedia ada menjadikan gula sebagai makanan malah ia adalah punca utama oncogenesis – permulaan ciri2 sel berkanser pada sel yang sihat.

Diet tinggi gula adalah sangat berkait dengan kanser pankreas. Tambahan pula, pertalian di antara diet tinggi gula dengan pengumpulan asid dalam badan, kegemukan dan diabetes meningkatkan risiko beberapa jenis kanser.

Jadi, berapa banyak gula yang dikatakan banyak?

World Health Organisation mencadangkan tidak lebih dari 10% dari jumlah kalori sehari seharusnya datang dari gula.

WHO menimbangkan pengurangan kepada 5% untuk orang dewasa (25g).  Sebagai perbandingan satu tin soda mengandungi 39g gula.

Sememangnya dos gula yang tinggi adalah racun. Apatah lagi jika ia ditambah pada setiap hidangan anda.

Secara ringkasnya, jika anda inginkan tubuh yang sihat, tidak mudah penat, kulit yang cantik, awet muda, jerawat cepat sembuh dan paling penting, dapat menghambat sel kanser dari terus aktif, maka mulakan diet sihat tanpa gula bermula dari sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN – Diet101:Makanan Kultur Baik Untuk Kesihatan

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat