Bagaimana Sunspot Terjadi Dan Cara Menghilangkannya Secara Alami?

 

Sunspots / Tompokan Gelap Pada Kulit

Sunspots / Tompokan Gelap Pada Kulit

 

Sunspot ialah kesan tompokan pada kulit biasanya lebih gelap dari warna kulit sebenar. Ia juga dikenali dengan nama Solar Lentigines

Sunpots terjadi akibat pendedahan yang berterusan pada sinaran matahari. Ia lebih kerap berlaku pada yang berkulit cerah berbanding kulit gelap.

Pun begitu, sunspots tidak mengenal warna kulit atau umur. Semua orang berpotensi untuk mendapatnya.

Walaupun ia boleh menjadi gatal, sensitif dan agak kasar namun biasanya ia tidak merbahaya. Pun begitu, adalah dinasihatkan agar anda mendapatkan diagnosis dari pakar kulit sebelum membuat kesimpulan mengenainya.

Ini untuk mempastikan tompokan yang ada itu bukanlah melanoma iaitu kanser kulit. Kadangkala biopsy diperlukan dalam kes tertentu. Jadi demi untuk kepastian dan untuk rawatan yang berkesan, maka harus kita tahu apakah benar ianya sunspots dari doktor.

 

Cara Merawat Sunspots Secara Alami

 

Terdapat banyak cara semulajadi untuk memudarkan tompokan dari sinar UV ini. Dari penggunaan bawang merah, bawang putih, cuka epal, buttermilk, susu, tomato, lidah buaya dan pelbagai lagi.

Tapi yang paling popular adalah dengan menggunakan lemon.

 

Merawat Sunspots Dengan Lemn

Merawat Sunspots Dengan Lemn

Lemon adalah buah citrus yang mempunyai asid citric. Ia mempunyai bahan kimia semulajadi yang dinamakan polyphenols.

Polyphenols bersifat reaktif pada proses pengoksidaan. Secara tradisi, polyphenols merupakan agen peluntur.

Penggunaan lemon dalam merawat sunspots bukan sahaja akan memudarkannya, malah lemon juga bertindak sebagai exfoliator untuk menanggalkan sel kulit mati.

 

Caranya juga mudah:

 

1. Perahkan jus lemon pada bebola kapas.

2. Sapukan pada sunspots.

3. Biarkan selama 20 minit.

4. Bilas

Anda boleh lakukan langkah di atas 2-3 kali sehari. Sunspots akan menjadi pudar secara perlahan-lahan dalam beberapa minggu. Ia mungkin memakan masa selama 6 minggu.

 

Langkah berjaga-jaga:

 

1. Lemon yang bersifat asid akan menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif apabila terdedah pada sinaran matahari. Pastikan kulit anda dilindungi dengan sunscreen yang berSPF dan PA rating yg baik di waktu siang.

2. Kulit anda juga mungkin akan menjadi lebih kering semasa rawatan ini. Anda haruslah sentiasa memakai pelembap yang bersesuaian.

3. Pada tempoh awal rawatan lemon, kulit anda mungkin akan menjadi pedih dan merah terutama jika anda berkulit sensitif. Maka, anda dinasihatkan untuk mencairkan jus lemon dengan air atau air mawar terlebih dahulu.

4. Elakkan dari menyapu jus lemon pada kawasan kulit yang cedera atau luka kerana ia akan menyakitkan luka tersebut.

 

Selamat mencuba.