KHASIAT RUMPAI LAUT & TIPS KULIT SIHAT BERSERI

 

Rumpai Laut Violet

Rumpai Laut Violet

 

NFH baru berjinak-jinak dengan rumpai laut. Dah agak lama stok ni masa trip ke Sabah 4 bulan lepas. Tapi hanya berkesempatan untuk cubanya baru2 ini saja. Rasanya masih ok sebab simpan dalam peti ais dan vacuum sealed.

Pada asalnya saya hanya teringat nak jadikan menu kerabu/salad rumpai laut saja. Namun, hasil pencarian di google rupanya boleh dijadikan puding/jelly juga tapi kemungkinan nilai nutriennya menurun adalah tinggi apabila di masak. Sebaiknya ia di makan mentah.

Apapun, setelah mencuba sendiri selama 2 minggu secara mentah dan dimasak, NFH benar2 yakin dengan Khasiat Rumpai Laut Sabah.

 

RUMPAI LAUT DAN KHASIATNYA

 
Rumpai laut adalah sejenis algae. Terdapat lebih 10 ribu jenis rumpai laut terbahagi kepada 3 kumpulan warna iaitu hijau, merah dan coklat.

Secara am nya, Rumpai Laut atau Seaweed adalah makanan beralkali yang kaya dengan khasiat antaranya ialah:

1. Kandungan asid amino yang tinggi.
2. Mengandungi iodin yang diperlukan oleh kelenjar tyroid.
3. Anti radang, anti bakteria dan anti viral.
4. Mengandungi antioksida yang tinggi
5. Kandungan mineral yang pelbagai
6. Rendah lemak
7. Kalori rendah
8. Sumber tenaga
9. Tiada kolestrol
10. Mengandungi Vitamin A B dan C

 

PERINGATAN:

Sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika anda mempunyai allergik pada makanan laut atau sensitif terhadap pengambilan iodin berlebihan dan mempunyai masalah hyperthyroidism

 

 

RUMPAI LAUT JENIS MANA SATU NAK PILIH?

 

NFH menggunakan Rumpai Laut Violet dari jenis Eucheuma Cottoni. Ia adalah rumpai laut tempatan dari gred terbaik saya dapatkan di Borneo Frozen Seafood. Sebaiknya kita makan pelbagai jenis rumpai laut termasuk kelp, spirulina, laver, kombu, wakame, nori dan sebagainya kerana komponen nutrien yang berbeza. Sebagai contoh, laver mengandungi nilai vitamin A dan C paling tinggi dari jenis2 yang lain. Spirulina pula mengandungi Vitamin B6,  zat besi dan magnesium paling tinggi.

Borneo Frozen & Dried Seafood

Borneo Frozen & Dried Seafood

 

 

Kandungan rumpai laut dari jenis eucheuma cottoni seperti yang terdapat di perairan di Sabah adalah seperti berikut (setiap 100g): 

 

Eucheuma Cottoni

Eucheuma Cottoni

Sumber: seaweed-birdnest.com

 

 

MENGAPA KITA HARUS MAKAN RUMPAI LAUT?

 

 

 

Rakyat Jepun terutamanya penduduk Okinawa mempunyai purata jangka hayat 100 tahun. Rumpai laut adalah juadah harian mereka. Mereka juga mempunyai tahap toleransi yang tinggi terhadap iodin dengan purata konsumsi sebanyak 3500-13000 mcg sehari bergantung pada habit dan lokasi. Menurut Dr William Davis,  kebanyakan penduduk dunia tidak mendapat keperluan iodin yang cukup. Fenomena ini menjadikan kita terdedah pada penyakit2 yang berkaitan dengan kelenjar thyroid seperti hypothyroidism, kanser payudara, kecacatan kandungan dan lain2 lagi. Selain itu berat badan juga sukar turun malahan bertambah walau telah berusaha dengan pelbagai cara. Risiko penyakit jantung bertambah dan masalah gigi dan gusi juga meningkat.

Di Malaysia , Recommended Nutrient Intake (RNI) untuk iodin adalah sebanyak 124µg bagi lelaki dewasa dan 110µg bagi wanita, Manakala wanita mengandung dan menyusu adalah sebanyak 200µg sehari.

Jadi kita harus mencontohi rakyat Jepun yang menukar cara pemakanan mereka kepada yang lebih baik walau asalnya mereka makan rumpai laut disebabkan tanah mereka yang kurang subur tapi akhirnya semua memandang ke arah Jepun dan mencari jawapan atas keajaiban tahap kesihatan mereka hingga kini.

 

 

LAGI SEBAB KENAPA KITA HARUS MAKAN RUMPAI LAUT

 

1. BAIK UNTUK PENGHADAMAN

Sangat baik kerana kandungan fibre atau serat nye yang tinggi. Hasil kajian para Saintis di Newcastle Universiti mendapati kandungan alginat yang terdapat di dalam rumpai laut coklat dapat memperkuatkan bendalir usus yang berfungsi untuk melindungi dinding usus. Ia melambatkan penghadaman jadi kita merasa kenyang lebih lama dan memperlahankan penukaran makanan kepada tenaga (rendah-GI).
 

Satu kajian ke atas flora najis wanita2 Jepun mendapati pengambilan rumpai laut yang tinggi menambah bakteria baik di dalam usus. Ia menyempurnakan pencernaan dan seterusnya mengurangkan angin dalam badan.

 

2. TINGGI NUTRIEN DAN RENDAH KALORI 

Pakar Nutrisi dari Klinik Food Doktor, Ian Marber mengatakan ada nutrien yang kita mungkin tidak akan dapat dari sayuran yang di tanam di atas tanah yang tidak subur. Menurut laporan dari British Journal Of Nutrition, Arame dan Wakame adalah rumpai laut yang kaya dengan kalsium, iodin, folate dan magnesium manakala rumpai laut ungu sangat kaya dengan Vitamin B

 

3. DAPAT MENINGKATKAN KESIHATAN JANTUNG

Journal Of Nutrition juga melaporkan bahawa rumpai laut Wakame didapati telah menghindar tekanan darah tinggi pada haiwan.
Kajian dari Universiti Kyoto mendapati serat dari rumpai laut coklat merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko stroke pada haiwan yang mempunyai masalah kardiovaskular.

Bagaimana pula dengan manusia? Kajian selama 25tahun terhadap penduduk Okinawa yang mempunyai arteri yang sihat, kolestrol rendah dan homocysteine (bahan kimia yang merosakkan jantung) rendah mendapati rumpai laut adalah 7 dari 10 diet harian dari buah2an dan sayur2an mereka.

 

4. MEMPUNYAI KEMAMPUAN UNTUK DETOX BAHAN RADIOAKTIF

Kajian dari Universiti McGill di Canada menunjukkan rumpai laut sangat baik untuk menyingkirkan strontium, bahan kimia radioaktif.

Rumpai laut juga menyingkirkan toksik kadmium dan plumbum tidak hanya yang terdapat dalam asap rokok tetapi juga dari persekitaran yang tercemar akibat aktiviti industri dan pengangkutan, kata Dr Santillo, penyelidik sains kanan di Greenpeace.

 

5. MEMBANTU MENGIMBANGKAN HORMON

Rumpai laut tinggi kandungan Lignan iaitu bahan yang membentuk phytoestrogen dalam badan. Ia membantu menghalang kimia estrogen membentuk kanser payudara. Dr Jane Teas dari Universiti Harvard menerbitkan kertas kerja mengatakan pengambilan rumpai laut Kelp mungkin menjadi faktor yang menyebabkan tahap kanser payudara yang rendah di kalangan wanita Jepun.

 

6. TONIK SERBAGUNA

Menurut Greg Lampert, pengarah kursus herba di College Of Integrated Chinese Medicine, rumpai laut Kelp boleh mencairkan kahak, melawaskan pembuangan air kencing dan mengurangkan bengkak. Ia juga membantu meredakan mabuk. Sangat berkesan bagi mengembalikan kesihatan selepas pulih dari sakit.

 

7. SESUAI DI MAKAN BERSAMA MAKANAN SIHAT YANG LAIN.

Rakyat Jepun menambah rumpai laut di dalam diet seharian mereka. Rumpai laut digunakan  di dalam menu seperti sushi, sup miso, salad dan lain-lain.

Kemungkinan efek synergi makanan2 sihat ini lah yang memungkinkan wanita Jepun kekal slim dan orang Okinawa panjang umur. Di samping memberi mereka diet penuh microbiotik, rambut yang lebat dan kulit yang bersinar.

 

 

Nah, sudahkah anda yakin? Saya hanya mula mencari bukti2 di atas setelah merasa sendiri keberkesanan tumbuhan laut ini. NFH ingin tahu apa lagi yang bagusnya rumpai laut sehingga di gelar superfood. Banyak lagi rahsia rumpai laut yang masih belum dijumpai.

 

 

BAGAIMANA CARA NFH MENGGUNAKAN RUMPAI LAUT?

 

Rumpai Laut Kering / Setelah Direndam / Jeli

Rumpai Laut Kering / Setelah Direndam / Jeli

 

1. Mula2 rendamkan dahulu lebih kurang 50g Rumpai Laut Ungu Kering di dalam air setelah dicuci bersih.

2. Setelah kembang (tidak perlu semalaman) cuci dan buatkan kerabu atau salad dengan sayura2an lain dan perahkan asam limau atau lemon. Sangat sedap rasanya rangup dan ringan. Hidangan ini tidak menjemukan. Boleh dijadikan juadah harian.

3. Bakinya, saya rebuskan hingga larut (sekejap saja) dengan daun pandan. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

4. Puding ini adalah sarapan yang mengenyangkan. Hanya perlukan 2 sudu besar dicampurkan dengan Jus Oren Tropicana Twister. Sungguh menyegarkan

5. Selain sebagai sarapan, jeli ini juga saya ambil pada  waktu malam sebelum tidur.

6. Akhir sekali, jeli itu juga saya lumurkan pada wajah sebagai masker.

 

Kerabu Rumpai Laut

Kerabu Rumpai Laut

 

 

KESAN POSITIF SETELAH PENGAMBILAN SELAMA 2MINGGU  

 
1. Tidak mudah lapar. Rasa kenyang lebih lama. Tidak lagi perlu snack di antara waktu makan.

2. Rasa lawas setelah seminggu pengambilan rumpai laut. Sebenarnya saya memang tidak kerap membuang air besar. Walaupun tidak mendapat kesan segera tetapi setelah seminggu, segalanya berjalan lancar. Kini, membuang air besar adalah rutin harian.

3. Penggunaan masker menjadikan jerawat cepat kecut dan sembuh. Liang2 pori juga semakin mengecil. Tapi AWAS bagi yang berkulit kering. Jangan terlalu lama meggunakan masker ini. Cukup sekadar 10-15 minit.

4. Wajah juga semakin cerah kini kerana rumpai laut ini NFH makan bersama dengan Vitamin C untuk menggalakkan penghasilan collagen oleh tubuh.

Buat masa ini, itulah kesan positif yang dapat dirasai.

 

 

TIPS KULIT SIHAT BERSERI

 

1. NFH berpendapat, penggunaan masker rumpai laut ini sangat sesuai untuk perawatan kulit bermasalah seperti  berminyak dan berjerawat. Tambahkan lemon ke dalam masker rumpai laut untuk kesan pencerahan lebih cepat.

2. Pastikan penggunaan pelembap untuk mengimbangi semula kesan pengeringan selepas penggunaan masker ini.

3. Bagi yang berkulit kering dan kusam, campurkan masker rumpai laut ini dengan Gel Lidah Buaya atau Aloe Gel untuk kesan yang lebih baik.

Kesimpulannya, NFH akan teruskan pengambilan rumpai laut khazanah dari perairan Sabah ini. Memang terbaik.

Khasiat rumpai laut memang mengkagumkan. Ia adalah anugerah Allah untuk makhluknya di muka bumi.

 

 

 

 

 

Rujukan:

  1. http://www.theguardian.com/lifeandstyle/2006/apr/15/healthandwellbeing.features
  2. http://en.wikipedia.org/wiki/Eucheuma
  3. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3204293/
  4. http://thesecretmedicines.blogspot.com/2013/03/tiada-kolagen-dalam-rumpai-laut.html
  5. http://www.ryandrum.com/seaweeds.html
  6. http://www.livestrong.com/article/282896-the-seaweed-salad-diet/
  7. http://www.wheatbellyblog.com/2012/07/an-iodine-primer/
  8. http://www.nutriscene.org.my/editorial/Mohd%20Ismail%20et%20al%202005%20-%20RNI%20Malaysia.pdf

MITOS DETOX KECANTIKAN

 

# PRODUK DETOX

 

kim kanya gif

# TEH DETOX

 

stop it gif

 

 

# PAD KAKI DETOX

 

cat no

 

 

# KRIM DETOX

 

shinee gif

 

 

# MASKER DETOX

 

glee

 

 

# SHAMPOO DETOX

 

i cant gif

 

Perkataan “Detox” ini sudah terlebih glamor dalam dunia kecantikan masa kini. Semuanya detox. Biarlah hospital dan bidang perubatan sahaja yang menggunakan perkataan ni.

Mari kita tengok apa maksud Detox yang sebenarnya dari perspektif perubatan.

detoxification in Medicine

detoxification de·tox·i·fi·ca·tion (dē-tŏk’sə-fĭ-kā’shən)
n.

  1. The process of detoxifying.
  2. The state or condition of being detoxified.
  3. The metabolic process by which the toxic qualities of a poison or toxinare reduced by the body.
  4. A medically supervised treatment program for alcohol or drug addiction designed to purge the body of intoxicating or addictive substances and used as a first step in overcoming physiological or psychological addiction.

 

Percayalah, jika anda mempunyai “terlalu banyak toxin” dalam badan, sudah tentu sekarang anda sudah samada terlantar di hospital atau sudah arwah. Selagi anda mempunyai organ2 badan seperti hati, buah pinggang, usus besar dan kulit  yang masih berfungsi dengam baik, selagi itulah proses penyingkiran atau perkumuhan berlaku SETIAP MASA.

Jika anda maksudkan untuk mengekalkan CARA HIDUP SIHAT, maka berikut adalah yang sepatutnya anda amalkannya:-

    1. Minum banyak air
    2. Makan makanan seimbang
    3. Bersenam
    4. Tinggalkan makanan ringan
    5. Ubah cara hidup yang tidak sihat seperti berhenti merokok

 

Cukup-cukuplah meng hijack perkataan DETOX ini dalam produk kecantikan demi untuk melariskan jualan dan menjerat pengguna yang naif.

Di zaman ilmu di hujung jari ini, kita patut lebih berwaspada dengan too good to be true product claims. 

 

Rujukan:

  1. http://www.theguardian.com/lifeandstyle/2014/dec/05/detox-myth-health-diet-science-ignorance
  2. http://www.senseaboutscience.org/pages/debunking-detox.html
  3. http://en.wikipedia.org/wiki/Detoxification