REVIEW: THEFACESHOP Rice Water Bright Cleansing Cream

 

THEFACESHOP Rice Water Bright Cleansing Cream

THEFACESHOP Rice Water Bright Cleansing Cream

 

Hari ni saya nak review produk pembersih wajah dari TheFaceShop iaitu Rice Water Bright Cleansing Cream.

Produk ini tidak banyak bezanya dengan pembersih yang saya gunakan sebelum ini. Sebelum ini saya gunakan cleansing milk dari rangkaian yang sama. Boleh lihat review yang saya buat d sini

Ini pula adalah pembersih wajah dalam bentuk krim. Ia sangat sesuai digunakan bagi yang berkulit kering dan matang. Boleh digunakan sebagai pencuci peringkat pertama atau kedua dalam kaedah double cleansing.

Makna kata, pembersih ini cukup kuat untuk menanggalkan kotoran berminyak mahupun solekan kalis air.

Pada masa yang sama ia sangat lembut pada kulit sehingga kita akan rasa seperti menggunakan pelembap dan bukannya pembersih.

Anda boleh menggunakan pembersih ini dahulu untuk cucian pertama untuk menanggalkan mekap dan kotoran berminyak dan diikuti dengan foam cleanser untuk cucian kedua untuk membersihkan kulit secara total.

 

Tanggalkan pelekat dalam bahasa korea untuk membaca kandungannya.

Tanggalkan pelekat dalam bahasa korea untuk membaca kandungannya.

 

Milk Cleanser vs Cream Cleanser

 

Perbezaan yang jelas antara kedua pembersih ini adalah kepekatannya.  Tentu sekali krim lebih pekat dari milk cleanser yang seakan losyen. Selain itu bekas nya juga berbeza di mana milk cleanser lebih hygenik disimpan di dalam botol berpump manakala cream di dalam tub tanpa sudu kecil disertakan bersama.

 

Krim Pembersih RIce Wter Bright

Krim Pembersih RIce Wter Bright

 

Dari segi jumlahnya, kedua dua cream dan milk ini sama kuanitinya iaitu 200ml setiap satu. Harga juga sama iaitu RM 39.90.

 

Cara NFH:

1. Oleh kerana kulit saya yang extra kering dan agak sensitif, saya gunakan minyak kelapa dara untuk membuang solekan dan kotoran berminyak di wajah terlebih dahulu.

2. Setelah itu, baru saya gunakan krim pembersih yang berasaskan air beras, minyak moringa dan soapwort ini. Urutkan perlahan2 krim dalam seminit dan bilas dengan air suam.

3. Cara ini juga bermakna saya tidak lagi perlu menggunakan foam cleanser. Penggunaan foam cleanser membuatkan kulit saya menjadi kering dan kesat selepas dicuci.

4. Dengan menggunakan Krim pembersih Rice Water Bright menjadikan kulit saya sentiasa lembap walaupun setelah dicuci.

 

Krim Pembersih RIce Wter Bright

Krim Pembersih RIce Wter Bright

 

Memang terasa bersih, lembap dan segar selepas menggunakan pembersih ini. Kulit jadi lembut dan cerah.

Kulit pun mudah menyerap toner dan produk2 lain selepas dicuci dengan krim pembersih Rice Water Bright Cream Cleanser.

 

Kesimpulan

Rice Water Bright Cleansing Cream tidak banyak bezanya dengan Cleansing Milk dari rangkaian yang sama. Hanya tekstur dan bekas nya yang berbeza. Dari segi tekstur, krim lebih pekat dan mengambil masa sedikit untuk menanggalkan solekan berbanding milk cleanser.

Jadi ini adalah pilihan individu. Secara peribadi saya berpendapat cleansing milk bertindak dengan lebih cepat melarutkan kotoran berminyak.

Apapun, krim ini lebih melembapkan kulit semasa dan selepas dicuci. Mengambil masa lebih sedikit untuk membersihkan wajah dengan kesan yang diingini memang berbaloi.

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga membantu anda membuat pilihan.

 

Penafian: Ulasan produk ini adalah hasil pengalaman unik dari penulis sendiri dan bukan tajaan dari TheFaceShop.