Facial Mask: Tips Dan Tutorials

 

Facial Mask: Tips Dan Tutorials

Facial Mask: Tips Dan Tutorials

 

Masker atau lebih dikenali dengan nama Facial Mask adalah salah satu kaedah yang paling mudah dan cepat untuk memanjakan wajah anda. Bergantung pada jenis yang anda pilih, facial mask boleh menghidrat, menenang, mendetox dan menambah nutrisi pada kulit.

Di bawah adalah panduan langkah demi langkah di mana dan bila anda patut menambah penggunaan facial mask dalam rutin perawatan wajah harian atau mingguan anda:

 

Langkah Pertama – Double Cleanse

Seperti yang NFH terangkan sebelum ini, double cleansing sememangnya cara yang efektif untuk membersihkan wajah dengan sempurna.

Mulakan dengan membersihkan wajah dengan cleansing oil. Ratakan pencuci dan buatkan putaran kecil yang lembut bermula dari leher hingga ke dahi. Bilas dengan air suam kuku.

Ulang prosedur yang sama dengan menggunakan pencuci pilihan anda samada foam atau balm atau milk atau cream dan lain-lain diakhiri dengan bilasan dengan air sejuk.

 

Langkah Kedua – Gunakan Toner

Fungsi Toner atau juga dipanggil Refresher atau Penyegar adalah menyediakan kulit anda yang telah bersih tadi untuk mudah menerima kebaikan bahan-bahan lain yang bakal anda gunakan selepas ini.

Toner akan membantu kulit untuk mengimbangkan semula nilai PH dengan lebih cepat selepas dicuci.

Letakkan toner pada kapas muka dan sapukan pada keseluruhan wajah dengan lembut atau;

Cara yang saya biasa lakukan ialah terus sahaja sapukan pada wajah dan tepukkan dengan hujung jari. Tujuannya ialah untuk melancarkan pergerakan darah dan memudahkan penyerapan toner.

 

Langkah Ketiga -Exfoliate

Exfoliation atau Pengelupasan adalah proses menanggalkan sel kulit mati dipermukaan atas kulit. Biasanya kita menggunakan scrubs untuk tujuan ini.

Ambil sejumlah exfoliator dan ratakan ke seluruh wajah anda. Urutkan dengan perlahan-lahan dengan putaran yang kecil. Mulakan dari leher dan berakhir di dahi. Jauhi sekitar mata. Bilas.

 

Langkah Keempat – Gunakan Toner

Ulang Langkah Kedua

 

Langkah Kelima – Gunakan Facial Mask

Facial mask juga sangat banyak pilihan di pasaran sekarang. Ada jenis gel, clay, paper dan banyak lagi. Setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza.

Gunakan masker yang bersesuaian dengan jenis kulit dan masalah, dan matlamat anda. Ikuti aturan penggunaan yang disediakan. Bilas jika perlu.

 

Langkah Keenam – Gunakan Toner

ulang Langkah Kedua

 

Langkah Ketujuh – Sapukan Serum dan Pelembap

Sapukan serum sebelum menggunakan krim mata (jika anda gunakan) dan pelembap. Tepuk-tepukkan dengan hujung jari anda untuk penyerapan penuh kedalam kulit.

 

Nota: Perhatikan langkah di atas memerlukan anda menggunakan toner beberapa kali. Perlu dinyatakan di sini langkah tersebut hanya diperlukan jika anda harus membilas wajah selepas penggunaan exfoliator dan facial mask yang anda gunakan.

Dengan menggunakan toner selepas penggunaan exfoliator dan mask (biasanya yang DIY), wajah anda akan benar-benar bersih dari kesan produk tersebut, nilai PH kembali optimum dan bersedia untuk menerima produk seterusnya.

Sekiranya exfoliator dan facial mask yang anda gunakan tidak memerlukan anda membilas wajah selepas penggunaanya, maka bolehlah anda skipĀ langkah tersebut.

 

 

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.