Dapatkan Kulit Glowing Dengan Betik Dan Nenas.

Masker Betik Dan Nenas

Masker Betik Dan Nenas

Betik dan nenas? Senangnye nak dapatkan dua buah ni kat Malaysia. Buah-buahan tempatan je pun kan. Namun seperti biasa, ada yang suka makan buah ni dan ada yang tidak.
Pasal makan kita jangan fikir dulu. Sekarang ni saya nak cerita kelebihan buah tropika ni untuk kulit.

Inilah buah yang paling popular dan paling dicari oleh skicare specialist dan facialist di seluruh dunia kerana kandungan enzimya dapat membuatkan kulit glowing. Dalam bahasa kita kulit akan jadi cantik bercahaya. Sekali lagi, tak perlu produk mahal-mahal pun.

Enzimnya yang dinamakan papain dan bromelain dapat melarutkan protein. Apabila disapu pada kulit, enzim2 ini bekerja untuk melarutkan dan mengangkat kulit kering dan bersisik yang bertimbun di permukaan kulit kita.

Sebenarnya himpunan kulit mati di bahagian epidermis inilah yang membuatkan wajah kelihatan kusam. Apabila ia dibersihkan, pori-pori yang tersumbat akan kelihatan mengecil dan ternampaklah kulit yang wajah yang berseri dan bercahaya secara semulajadi.😊

Jadi, tunggu apa lagi. Segera dapatkan buah betik dan nenas untuk cara mudah, murah dan berkesan merawat wajah kusam dan tidak bermaya.

 

DIY Masker Betik Dan Nenas

1/4 cawan betik yang telah masak

1 sk jus nenas

Garfu

Mangkuk kecil

 

Cara Buat:

Dalam mangkuk kecil, hancurkan betik dengan menggunakan garfu. Kemudian tambah jus nenas. Gaulkan bersama dan jadikan pes.

 

Cara Guna:

Bersihkan wajah seperti biasa. Sapukan pes ke seluruh muka dan leher. Baring dengan beralaskan tuala selama 10-15 minit. Biarkan masker bertindak membersihkan liang pori. Bilas dengan air suam dan akhiri dengan memakai pelembap.

 

*Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit yang terbakar, kegatalan dan/atau kepedihan.

 

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat

6 CARA TERBAIK MERAWAT KULIT DARI BAHAYA CUACA PANAS MELAMPAU

 

6 Cara Terbaik Merawat Kulit Dari Cuaca Panas Melampau

6 Cara Terbaik Merawat Kulit Dari Cuaca Panas Melampau

 

Sekarang pun dah terasa bahang panas. Syukur petang tadi hujan sekejap. Sangat tak selesa dan kalau boleh memang tak nak keluar rumah.

 

Sudah banyak amaran bahaya strok haba dan risiko-risiko lain dikeluarkan pihak kerajaan.

 

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail, fenomena fasa akhir musim tengkujuh diramal berlaku sehingga akhir bulan Mac. Rujuk sini

“Kini penghujung Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang, sekali gus menjurus kepada berlakunya cuaca panas dan kering,” katanya

 

Kulit adalah organ paling besar pada tubuh kita. Tentulah ia yang paling dulu mendapat kesan dari fenomena extreme ini.

 

Tapi jangan risau.. di bawah ni ada cara mudah dan berkesan NFH kongsikan.

 

Mari kita lihat 6 cara terbaik untuk melindungi dan merawat kulit dari cuaca panas dan kering melampau:

 

1. Sunblock Sunblock Sunblock

 

Sinaran UVA dan UVB dari matahari adalah musuh utama kulit kita.

Terdedah pada sinaran UVA yang berpanjangan menjadikan kulit kita kelihatan tua sebelum waktunya.

Sinar UVB pula adalah penyebab sunburn dan punca utama berlakunya kanser kulit.

Gunakan Sunblock yang melindungi kulit dari sinar UVA/UVB dengan SPF15 atau lebih.

 

Sunblock, bukan sahaja harus diguna sebelum keluar rumah walaupun sekejap tetapi harus gunakan berkali2 juga.

 

Cara terbaik gunakan sunblock setiap 2-3jam sekali dengan sapuan yang tebal jika terpaksa bekerja di luar.

 

2. Sentiasa Minum Air Untuk Menggantikan Yang Terhidrasi Dari Tubuh

 

Menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, kurangkan kaffein di musim panas. Rujuk Sini

Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan,” katanya

Jus buah2an juga membekalkan vitamin C secara alami untuk kulit yang yang cantik. Jadi selain mendapat air yang cukup, kulit juga akan menjadi lebih segar. 

 

3. Gunakan Losyen Badan/ Body Lotion.

 

Sebaik lepas mandi dengan keadaan kulit yang masih lembap sapukan losyen badan diseluruh tubuh anda.

Gunakan losyen yang sesuai iaitu yang tidak melekit agar anda selesa sepanjang hari.

Losyen bertindak sebagai lapisan yang menghalang dehidrasi kulit.

 

4. Gunakan Aloe Gel Untuk Melegakan Kulit  Yang Rosak Akibat Sunburn.

 

Aloe Gel dapat meredakan kesan terbakar (sunburn). Gel ini sebaiknya di simpan di dalam peti sejuk untuk rasa nyaman.

Saya pernah ceritakan tentang Aloe Vera dan kebaikannya untuk meredakan kesan terbakar atau sunburn  di posting “Benarkah Lidah Buaya Baik Untuk Anda?”

Pasti kulit anda akan kembali lega dan kembali segar apabila dirawat dengan Aloe Gel. Untuk lebih berkesan boleh rujuk “10 Kegunaan Gel Lidah Buaya”  dan ketahui produk kegemaran NFH.

 

5. Jangan Gunakan Krim Pengelupasan Kulit.

 

Melainkan anda tidak akan keluar rumah pada waktu siang sehingga musim panas berakhir, elakkan penggunaan krim pengelupasan kulit.

Banyak produk pemutih wajah juga mempunyai  kesan pengelupasan kulit. Jadi berhati-hati terutama bagi yang berkulit Sensitif. Jika tidak pasti jenis kulit anda boleh “Kenali Kulit Anda” dahulu.  

Kulit yang mengelupas mempunyai lebih risiko untuk gejala lain di kemudian hari seperti jeragat, noda hitam  dan kanser.

 

6. Gunakan Facial Spray Untuk Melembapkan Kulit

 

Ada pelbagai jenama di luar sana. Saya suka Evian Facial Spray kerana selain melembapkan ia juga mempunyai nilah PH yang seimbang dan pelbagai mineral dari mata air pergunungan Alps yang sangat bermanfaat untuk kulit.

Evian Face Spray

Evian Face Spray

Sentiasa semburkan facial spray kegemaran anda untuk menghidrat semula kulit yang sentiasa hauskan lembapan.

 

Anda ada petua lain untuk dikongsi tak? Sila kongsikan dengan NFH

Terima kasih kerana sudi baca.