Pelindung Matahari: Apa makna SPF dan PA+++ ?

 

Pernahkah anda perasan tahap SPF bersama dengan rating PA tertera pada produk pelindung matahari yang anda gunakan?

Ada yang tidak menghiraukannya dan ada pula yang keliru tentang maksudnya. Jika ada yang masih tidak tahu lagi apa SPF dan PA, maka teruskan membaca.

 

Peliindung Matahari: Apa Makna SPF & PA?

Peliindung Matahari: Apa Makna SPF & PA?

 

Ramai yang sudah tahu maksud SPF (Sun Protecting Factor). Saya pernah menulisnya di dalan entri Mengapa Pelindung Matahari Patut Jadi Teman Sejati Anda?. Secara ringkasnya, SPF adalah tahap perlindungan kulit dari sinar UVB yang mengakibatkan sunburn.

 

Apa pula makna PA?

PA bermaksud Protection Grade of UVA rays atau Gred Perlindungan dari sinar UVA.

Sinar UVA sememangnya bahaya kerana radiasinya yang panjang dan menembus ke bahagian dermis. Kerosakan yang terjadi akibat UVA bersifat kekal dan menunggu masa untuk kelihatan di mata kasar.

Anda boleh lihat kerosakan yang mula terjadi di bawah kulit apabila terdedah kepada sinar UV.

Krim Pelindung Matahari untuk pasaran Asia biasanya menggunakan sistem PA rating. Sistem pengiraan PA ini dimulakan oleh Jepun dan kini penggunaan nya kian meluas.

 

Bagaimana PA Dikira?

Tahap PA diukur berasaskan kepada reaksi PPD (Persistent Pigment Darkening ) atau Kegelapan Kulit akibat dari pendedahan berterusan kepada sinar matahari selama 2-4jam.

Nilai PA ini biasanya digredkan dengan simbol PA+, PA++, PA+++ di mana lebih banyak simbol + digunakan maka lebih tinggi nilai perlindungan dari sinar UVA.

Menurut Persatuan Industri Kosmetik Jepun, gred PA di kategorikan seperti di bawah:

1. PA+ bermaksud krim pelindung matahari tersebut mampu melindungi kulit dari radiasi tahap sederhana dengan faktor PPD antara 2 hingga 4.

2. PA++ pula bermakna krim pelindung matahari yang dapat melindungi kulit juga dari radiasi tahap sederhana tetapi dengan faktor PPD antara 2 hingga 8.

3. PA+++ pula direka untuk kulit yang normal dan terdedah kepada radiasi UV yang kuat. Ia melindungi kulit dengan faktor PPD melebihi 8. Ia merupakan pelindung matahari atau lebih tepat lagi, pelindung UVA yang paling tinggi gred setakat ini.

 

Pelindung Matahari Gred PA+++

Walaupun banyak produk di pasaran yang menggunakan label “broad-spectrum”, ia tidak semestinya pelindung UVA yang berkesan.

Perlindungan dari sinar UVA yang berkesan adalah yang mengandungi zink oksida.

 

Bagaimana Memilih Krim Pelindung Matahari?

Adalah sangat penting untuk memilih produk yang melindungi dari kedua-dua radiasi UVA dan UVB.

Untuk perlindungan maksimum, gunakan produk broad spectrum yang mengandungi zink oksida dan titanium oksida.

Selain itu, kandungan lain yang patut di pilih adalah yang mengandungi oxybenzone, avobenzone dan mexoryl.

 

Cara Terbaik Menggunakan Krim Pelindung Matahari

Jangan lupa untuk sapukan krim pelindung matahari anda sekurang-kurangnya 20minit sebelum keluar rumah.

Sentiasalah gunakan pelindung matahari di siang hari tanpa mengira cuaca samada panas atau hujan.

Kerap menyapu krim pelindung matahari setiap sekurang-kurangnya setiap 2 jam bergantung kepada jenis pelindung matahari yang digunakan dan aktiviti yang dilakukan.

Tidak keluar rumah atau pejabat tidak bermakna anda tidak terdedah kepada radiasi UVA dan UVB. Jadi sekiranya anda biasa duduk di tepi tingkap atau balkoni, pastikan kulit anda dilindungi.

 

Kesimpulan

Begitulah penerangan tentang produk pelindung matahari. Pilih pelindung matahari yang sesuai dengan aktiviti anda. Mulakan amalan yang baik ini sedari awal. Bak kata pepatah Inggeris,  its better safe than sorry.

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat