10 Tips Kecantikan Dengan Minyak Kelapa Dara

 

10 Tips Kecantikan Dengan Minyak Kelapa Dara

10 Tips Kecantikan Dengan Minyak Kelapa Dara

 

Sesungguhnya minyak yang satu ini sedang mendapat tempat istimewa dalam dunia kecantikan. Popularitinya semakin meningkat dari hari ke hari kerana keberkesanannya. Ramai yang telah mencuba dan amat yakin dengan minyak kelapa dara termasuk saya.

Sebelum ini saya telah kongsikan kegunaan Minyak Kelapa untuk kesihatan oral dengan kaedah oil pulling. Memang terbukti berkesan. Anda boleh rujuk di sini.

Bagi penggemar produk natural dalam merawat tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki, inilah yang anda perlukan. Minyak Kelapa Dara adalah mentah, 100% Organik, diekstrak sejuk (tanpa penggunaan haba), halal dan sihat.

Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan khasiat ini cukup lembut pada kulit yang sensitif, halus, ringan, cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit dengan penggunaan yang betul.

Baunya juga sangat harum seperti candy tetapi akan hilang bila ia telah di serap ke dalam kulit.

 

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk menguji minyak ini di sebahagian kecil kulit selama 24jam untuk mempastikan kesesuaiannya

 

Bagaimana Anda Boleh Menjadi Lebih Cantik Dengan Minyak Kelapa Dara?

 

1. Cleansing Oil /Minyak Pembersih Wajah

Syarat pertama untuk mendapat kulit yang sihat ialah dengan membersihkannya dengan cara yang betul. Minyak Kelapa Dara sangat sesuai untuk membersihkan wajah dengan kaedah double cleansing.

Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang anti bakteria, anti fungal dan anti viral`. Ia membersihkan kulit secara mendalam.  Mekap juga mudah ditanggalkan walaupun dari jenis kalis air.

Tip: Ratakan Minyak Kelapa Dara ke seluruh wajah dan urut secara perlahan lahan untuk menanggalkan kotoran berminyak. Bilas dengan air suam.

Untuk lebih jelas tentang kaedah double cleansing sila klik sini.

 

2. Body Scrub / Lulur

Lulur seluruh badan dengan campuran Minyak Kelapa Dara dan Garam Laut. Gosokkan perlahan2 untuk menanggalkan kulit mati. Ia juga berupaya untuk memudarkan parut dan merawat luka2 ringan.

Tip: Lakukan lulur dua minggu sekali sebelum mandi dengan air suam untuk kulit lebih cerah dan lembut.

 

3. Losyen Tangan Dan Badan

Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sering mengelupas dan merekah, Minyak Kelapa Dara boleh membantu. Tidak perlu penggunaan yang banyak. Satu sudu sudah cukup untuk seluruh badan.

Minyak ini membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadikannya lebih sihat dan lembap.

Tip: Sapukan diseluruh badan selepas mandi untuk melindungi lapisan kulit dari terhidrasi. Letakkan sebekas kecil minyak di sinki dapur dalam botol bermuncung kecil.

Gunakan setitik sebagai losyen tangan sebaik habis mencuci pinggan.

 

4. Rambut Yang Subur, Sihat Dan Mudah Diurus.

Selain membantu menyuburkan rambut, minyak kelapa boleh juga merawat kelimumur dan melambatkan uban. Ia juga membantu menghidratkan rambut yang lama dan rosak.

Tip: Gosokkan minyak kelapa di kulit kepala yang kering dan berkelimumur dan tutupkan dengan shower cap. Cuci rambut seperti biasa selepas sejam.

Titiskan minyak di tapak tangan, gosok dan ramaskan di hujung rambut untuk mengekalkan kesuburan dan mengelakkan rambut berbelah.

 

5. Pelembap Wajah / Moisturiser

Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.

Tip: Sedikit sudah memadai. Hanya satu atau dua titik akan membuatkan wajah anda lembap, bermaya dan bersinar. Jika terasa melekit selepas sapuan bermakna anda sudah terlebih pakai.

 

6. Merawat Jerawat.

Rawatan untuk jerawat ini mungkin ramai yang sangsi. Alasan paling biasa didengar ialah kulit berjerawat kerana sebum yang aktif mengeluarkan minyak. Maka tidak perlulah menambah lagi minyak.

Tapi ramai yang tidak tahu bahawa keadaan kering pada kulitlah yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum.

Minyak Kelapa Dara mengimbangi minyak pada kulit. Ia menghalang kelenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak.

Tambahan pula ia adalah agen anti bakteria. Ia sebenarnya dapat memulihkan jerawat. Vitamin E yang terkandung membantu merawat kesan jerawat yang ditinggalkan.

 

7. Mendapatkan Bentuk Badan Ideal

Minyak ini tiada kolestrol. Ia mengandungi asid emak yang dinamakan triglycerides MCT yang dapat meningkatkan metabolisma badan. Minyak ini amat sesuai untuk menurunkan berat badan.

Maknanya, pengambilan minyak ini dalam diet seharian mempercepatkan pembakaran kalori di samping meningkatkan stamina. Ia juga meningkatkan sistem immuniti badan.

 

8. Melawan Penuaan Pra Matang.

Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut.

Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.

Kajian terbaru juga menemukan keupayaan minyak kelapa untuk melawan sinar UV.

 

9. Mendapatkan Alis Mata Menawan.

Bulu kening yang lebat tersusun dan bulu mata yang panjang melentik adalah idaman wanita. Kini ia boleh dimiliki secara alami dengan Minyak Kelapa Dara.

Tip: Sebaiknya sediakan satu botol kecil yang khas untuk tujuan ini. Titiskan minyak pada  cotton bud dan oleskan pada bulu kening dan bulu mata setiap malam. Nantikan hasilnya.

 

10. Sebagai Highlight Dalam Solekan Untuk Menaikkan Seri Wajah.

Kontur wajah dengan solekan adalah trend yang sedang popular. Dengan Minyak Kelapa Dara, anda boleh memberikan sinar dan keserian pada wajah.

Tip: Sentuhkan sedikit minyak pada kedua tulang pipi wajah yang telah disolek dan ratakan.

 

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi kegunaan Minyak Kelapa Dara. Ia berupaya meredakan psiriosis dan eczema. Selain itu dengan amalan mengambil minyak ini dalam diet seharian mampu melambatkan kalau tidak mengelakkan Alzheimer. Ia juga mampu merawat migrain dan membantu menghindari sakit jantung.

Ia adalah makanan super. Setiap isi rumah patut menyimpan sebotol Minyak Kelapa Dara dan mengamalkan nya secara luaran dan dalaman.

 

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Sumber:  biogreen

 

Selamat Beramal. Semoga Bermanfaat

 

CARA MENCUCI MUKA DENGAN SEMPURNA ALA KOREA (VIDEO)

 

Ada sebab mengapa kebanyakan orang Korea baik lelaki atau wanita mempunyai kulit  yang sempurna.

Selain dari skincare regime mereka yang merangkumi pelbagai langkah demi langkah, cara applikasi setiap produk juga adalah perkara penting bagi mereka.

Kali ni saya nak kongsikan dengan anda cara orang Korea mencuci muka. Tutorial ini oleh Eunice dari WISHTrendTV. Saya tertarik dengan cara beliau ini kerana tekniknya yang sangat detail dan lembut.

Saya pun dah cuba cara ni. Memang kekok juga rasanya. Tapi kita patut treat our skin with respect. So be kind and gentle.

Dinasihatkan untuk sekurang2nya mencuba dalam 1 minggu untuk dapat melihat perbezaannya.

Kaedah ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya yang bermasalah seperti jerawat dan sensitif.

Jom belajar cara mereka sekarang!

 

1. Basahkan wajah anda.

2. Letakkan sejumlah pencuci muka anda di tapak tangan dan gosokkan antara dua tapak tangan sehingga mengeluarkan buih. 

3. Sapukan buih pencuci di wajah anda di dahi. hidung, dagu dan kedua belah pipi

4. Dengan hanya menggunakan hujung jari kelingking, buatkan putaran2 halus bermula dari kawasan T-Zon dan pastikan anda tidak menggunakan tekanan yang kuat. Sebenarnya anda memang tidak dapat mengenakan tekanan kerana jari kelingking memang agak lemah. 

5. Bilaskan wajah dengan cara splash air ke wajah anda.Tidak perlu menekan atau menggosok kulit anda. Hanya air yang sampai ke kulit. Jika anda gunakan air suam pastikan anda akhiri dengan air sejuk untuk menutup liang pori.

6. Tidak perlu lapkan wajah. Cukup sekadar merenjisan lebihan air di tangan dan menekan dengan lembut wajah anda agar air tadi meresap ke dalam kulit.

7. Dengan keadaan kulit yang masih lembap, teruskan dengan penggunaan toner atau apa2 langkah harian anda. Penting di sini untuk tidak menunggu sehingga kulit anda kering terlebih dahulu sebelum langkah seterusnya. 

Jadi itu lah cara yang sempurna untuk membersihkan wajah anda dengan foam cleanser. Cara ini cukup lembut walau untuk  kulit sensitif. Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Cuba anda lakukan cara ini dan lihat hasilnya nanti.

Atau anda ada cara yang lebih baik? Sila kongsikan di sini

Semoga bermanfaat dan terima kasih kerana sudi baca.

.

REVIEW: THE FACE SHOP RICE WATER BRIGHT CLEANSING MILK

Sebelum ini saya ada membincangkan kenapa kita harus mencuci muka dua kali atau  double cleanse. Kaedah pencucian yang menggunakan oil based product diikuti dengan foam cleanser.

 

Selain dari pembersih berasaskan minyak dan juga foam,  terdapat juga pencuci berasaskan air atau lotion atau dalam bentuk krim dan pelbagai lagi. Penggunaannya boleh dijadikan samada peringkat pertama atau kedua pencucian bergantung kepada jenis kulit.

Saya akan menceritakan pengalaman saya  menggunakan Rice Water Bright Cleansing Milk dari The Face Shop.   

 

TheFaceShop Rice Water Briight Cleansing Milk
TheFaceShop Rice Water Bright Cleansing Milk

Saya telah menggunakan produk ini selama 2 bulan.

Hakikatnya ini bukanlah apa yang saya cari pada mulanya. Saya ke The Face Shop dengan satu tujuan iaitu untuk mendapatkan Light Cleansing Oil tetapi hampa kerana menurut sales representative mereka produk itu telah discontinue.

Mungkin kerana cuaca di Malaysia yang panas dan lembap membuatkan cleansing oil kurang mendapat sambutan. Beliau lalu mencadangkan Cleansing Milk sebagai alternatif dan lepas mendapatkan sedikit info saya terus sahaja setuju.

 

Kenapa The Face Shop?

 

TheFaceShop
TheFaceShop

The Face shop adalah produk dari Korea yang amat mementingkan alam semulajadi dalam memberikan yang terbaik untuk kulit anda. Jadi tidak menghairankan sejak mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006, The Face Shop dapat diterima baik dan berkembang  pesat.

Sehingga kini, terdapat lebih dari 40 buah outlet mereka di seluruh Malaysia.  Selain dari produk mereka yang sangat fokus kepada setiap masalah kulit anda, ia juga menawarkan pilihan yang luas dan pengalaman yang unik agar kulit benar2 mendapat manfaat sepenuhnya dari apa yang ditawarkan oleh The Face Shop.

 

Apa itu Rice Water Bright Cleansing Milk?

 

Rice Water Bright Skincare Series
\\\\\\\ Rice Water Bright Series

Ia merupakan salah satu pembersih muka dari rangkaian Rice Water Bright dari The Face Shop. Sesuai dengan namanya, pembersih ini mempunyai tekstur seperti milky lotion. Ia secara lembut dapat menanggalkan solekan, toksik, minyak dan kekotoran lain akibat pencemaran yang melekat di wajah. Ia juga mencerahkan wajah selepas dicuci. Ekstrak dari Rice Bran menyembuhkan kulit yang rosak akibat dari stimulasi luaran

 

Apakah Kandungannya?

Air Beras

Air Beras kaya dengan vitamin, asid amino, asid hydrochloric dan nutrien lain.

Semua khasiat ini kekal di dalam air cucian beras.

Hasilnya, air beras menjadi satu produk perawatan wajah yang semulajadi di mana ia memberikan kesan pelembapan dan pencerahan pada kulit.

 

Minyak Moringa

Kestabilan mengoksida (oxidative stabilazation) yang luar biasa mensucikan kulit  juga dapat memberikan nafas baru pada kulit

Menyah toksik dan kekotoran pada kulit, menjadikan kulit terasa lembut, bersih dan segar

 

Soapwort

Surfactant yang lembut namun sangat berkuasa

Herba yang kaya dengan saponin membersihkan kulit dan melembutkan sel kulit mati

Melembapkan kulit dan mengelakkan kulit mengering.

 

Cara menggunakan Rice Water Bright Cleansing Milk

1. Tidak perlu basahkan muka

2. Tekan 2kali produk pada pump di tapak tangan

3. Ratakan di seluruh wajah dan mulakan putaran kecil dengan jari secara lembut dan mengarah ke atas.

4. Bilas dengan air suam kuku

 

Saya suka produk ini kerana

1. Saya menggunakan pembersih ini sebagai langkah pertama dalam rutin harian double cleansing. Sungguh mudah dan selamat dengan cara ini. Terus sahaja gunakannya tanpa perlu membasahkan wajah terlebih dahulu

2. Botol dengan pump yang digunakan juga sangat mesra pengguna dan lebih bersih. Saya hanya perlukan 2 kali pump untuk meratakan ke seluruh wajah.

3. Dengan gerakan memutar secara lembut saya dapat merasakan kulit mati merenggang dan tertanggal. Tidak perlu menekan kuat hanya dengan hujung jari.

4. Kulit mendapat manfaat dari nutrien2 dari rice water, moringa dan soapwort yang sangat baik untuk kulit. Jadi, produk ini bukan sahaja membersih kekotoran malah dari mula lagi sudah bertindak untuk menyihatkan kulit wajah.

5. Saya berpendapat, ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana sifatnya yang lembut

6. Paling penting, selepas cucian dengan Cleansing Milk ini, kulit terasa bersih, lembap dan segar. Tidak langsung terasa tegang dan kesat.

7. Dan setelah menggunakan cleansing Milk ini selama 2 bulan saya rasa kulit saya semakin cerah, sihat  dan bermaya

8.Harganya juga sangat berpatutan.

 

Apa yang saya tidak suka tentangnya

1. Kulit saya masih ditumbuhi jerawat walau kekerapannya agak rendah. Jerawat tetap tumbuh walau cuma satu sahaja pada satu masa.Pun begitu, tidak dapat dipastikan punca sebenar breakout kerana banyak lagi faktor2 lain harus di ambil kira.

2. Setelah beberapa minggu menggunakan produk ini sebagai pencucian pertama saya rasa lebih baik digunakan sebagai pencuci kedua menggantikan foam cleanser. Ia menjadi lebih berkesan pada yang memiliki kulit jenis kering dan aging seperti saya.

 
3. Saya berharap agar The Face Shop kembalikan Rice Water Bright Cleansing Light Oil dan Rice Water Bright Cleansing Rich Oil di outlet2 mereka di Malaysia. Ini kerana cleansing oil adalah lebih sesuai untuk sebagai pencuci pertama dalam kaedah double cleansing 

 

 

Jadi, begitulah ulasan saya untuk produk Rice Water Bright Cleansing Milk. Sebelum ini saya hanya menggunakan kapas muka untuk menarik keluar makeup dengan make up remover.

 

Cara ini tiada salahnya tapi penggunaan kapas muka yang rendah quality boleh mengakibatkan masalah lain pada kulit. Tambahan pula kecenderungan untuk mengesat secara kuat dan berkali2 boleh merosakkan kulit wajah.

Di mana nak dapatkan produk ini?

Ada lebih dari 40 outlet fizikal TheFaceShop di seluruh Malaysia. Saya dapatkan nya dari outlet di Festival City Mall. Dan berita baiknya baru2 ini TheFaceShop telah melancarkan Online Mall mereka. Jadi jika berminat boleh terus sahaja dengan pembelian secara online di http://www.thefaceshop.net.my. Harga RM39.90 sahaja.

Anda bagaimana? Produk apakah yang anda gunakan untuk membersihkan wajah? Kongsikan pengalaman anda di sini.

 

 

 

Penafian: Ulasan produk ini adalah hasil pengalaman unik dari penulis sendiri dan bukan tajaan dari TheFaceShop.

DOUBLE CLEANSING

Memang ramai yang tahu tentang kepentingan membersihkan wajah sebelum tidur.

Solekan beserta dengan minyak semulajadi yang terhasil dari kulit muka ditambah pula dengan pencemaran di luar sana akan membuatkan pori2 tersumbat. Akibatnya ialah masalah kulit seperti jerawat, wajah kusam dan mempercepatkan proses penuaan.

Tapi cukupkah cuci muka sekali sahaja dengan foam cleanser? Apakah cara yang betul untuk mempastikan wajah sudah benar2 bebas solekan dan kotoran?

Jawapannya ialah double cleansing!

image

Banila Co Clean It Zero

Apa itu double cleansing?
Double cleansing atau pencucian dua kali adalah satu rutin yang telah lama di amalkan oleh orang2 Jepun dan Korea. Ia adalah proses di mana wajah di cuci dua kali untuk memastikan kulit mereka benar2 bersih.

Cucian pertama adalah dengan menggunakan pencuci berasaskan minyak.Cucian kedua barulah dilakukan dengan foam cleanser.

Pasti ada yang tertanya2 kenapa membersih wajah dua kali? Bukankah foam cleanser sudah memadai.Toner akan menarik semua lebihan solekan yang masih tertinggal selepas dicuci kan? Tentu leceh dan mana ada masa nak cuci sampai 2 kali. Bukan pakai makeup tebal pun. Hanya sunblock. Takkan kena juga. Sudahlah muka ni pun jenis berminyak, bertambahlah jerawat nanti!

Macam2 alasan dan soalan bermain di fikiran bila kena extra routine kan…
image
Neutrogena Deep Clean Make Up Cleaning Oil

Kenapa harus double cleanse?
Sebenarnya, pencuci berasaskan minyak adalah untuk menanggalkan kotoran berminyak. Ingat asas sains air dengan minyak tidak boleh bersatu.

Jadi sebab itu penggunaan pencuci ini. Semua minyak yang melekat di wajah akan dilarutkan dengan penggunaan oil cleanser ini. Kemudian barulah dibilas dengan air suam kuku.

imported-the-face-shop-rice-water-bright-cleansing-light-oil-150ml-4999-279859-1-product

The Face Shop Cleansing Light Oil

Kepentingan cleansing oil menurut pakar kulit
1. Cleansing oil menggunakan ‘minyak baik’ untuk menyingkirkan ‘minyak tidak baik’ dikulit anda.

Ia adalah situasi menang-menang di mana cleansing oil menarik kekotoran yang menutup pori2 tanpa menghilangkan minyak semulajadi seperti kebanyakan pencuci lain.

Ia meninggalkan kulit dalam keadaan bersih, lembut dan seimbang tidak kering dan kesat.

Keadaan kering dan kesat akan membuatkan sebum menghasilkan lebih banyak minyak,  lebih banyak masalah.

2. Cleansing oil mengandungi bahan antioxidant dan anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan keadaan kulit anda.

Cleansing oil biasanya mengandungi bahan aktif dari minyak tumbuh2an (zaitun, bunga matahari, bijan, badam, kesumba (safflower), biji anggur), extraks (teh hijau, jasmine) dan/atau vitamins (E dan C).

Sebaiknya, pilihlah cleansing oil dengan amino asid botanikal bagi yang berkulit berminyak untuk mengimbangkan sebum.

Kulit kering boleh menggunakan kebanyakan jenis minyak kerana kulit anda memerlukan kelembapan yang tinggi.

Kulit kombinasi akan mendapat manfaat dari minyak kesumba (safflower) kerana ia mampu membersih sekaligus melembapkan kulit.

Akhir sekali, kulit sensitif harus menggunakan minyak zaitun kerana sifatnya yang lembut dan menenangkan sesuai untuk mengelakkan iritasi pada kulit.

Bolehkah menggunakan baby oil sebagai cleansing oil?

image
Johnson’s Baby Oil

Baby oil mampu menanggalkan makeup tetapi kurang berkesan sebagai cleansing oil.

Baby oil mengandungi minyak mineral, lanolin dan pewangi sedangkan cleansing oil mengandungi minyak botani, ekstraks dan vitamin.

Baby oil berupaya menanggalkan makeup dan melembapkan tetapi pada masa sama ia menghalang kulit dari bernafas dengan menyumbat pori2.

Ini lah sebab mengapa baby oil kurang berkesan sebagai pembersih.

Pakar2 kulit menyarankan penggunaan cleansing oil kerana ia menghilangkan kotoran sambil mengekalkan lembapan tanpa merosakkan lapisan kulit.

Anda sudah bersedia untuk kaedah pencucian dua kali atau double cleansing?

Kongsikan pengalaman anda di sini.