REVIEW: THE FACE SHOP RICE WATER BRIGHT CLEANSING MILK

Sebelum ini saya ada membincangkan kenapa kita harus mencuci muka dua kali atau  double cleanse. Kaedah pencucian yang menggunakan oil based product diikuti dengan foam cleanser.

 

Selain dari pembersih berasaskan minyak dan juga foam,  terdapat juga pencuci berasaskan air atau lotion atau dalam bentuk krim dan pelbagai lagi. Penggunaannya boleh dijadikan samada peringkat pertama atau kedua pencucian bergantung kepada jenis kulit.

Saya akan menceritakan pengalaman saya  menggunakan Rice Water Bright Cleansing Milk dari The Face Shop.   

 

TheFaceShop Rice Water Briight Cleansing Milk
TheFaceShop Rice Water Bright Cleansing Milk

Saya telah menggunakan produk ini selama 2 bulan.

Hakikatnya ini bukanlah apa yang saya cari pada mulanya. Saya ke The Face Shop dengan satu tujuan iaitu untuk mendapatkan Light Cleansing Oil tetapi hampa kerana menurut sales representative mereka produk itu telah discontinue.

Mungkin kerana cuaca di Malaysia yang panas dan lembap membuatkan cleansing oil kurang mendapat sambutan. Beliau lalu mencadangkan Cleansing Milk sebagai alternatif dan lepas mendapatkan sedikit info saya terus sahaja setuju.

 

Kenapa The Face Shop?

 

TheFaceShop
TheFaceShop

The Face shop adalah produk dari Korea yang amat mementingkan alam semulajadi dalam memberikan yang terbaik untuk kulit anda. Jadi tidak menghairankan sejak mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006, The Face Shop dapat diterima baik dan berkembang  pesat.

Sehingga kini, terdapat lebih dari 40 buah outlet mereka di seluruh Malaysia.  Selain dari produk mereka yang sangat fokus kepada setiap masalah kulit anda, ia juga menawarkan pilihan yang luas dan pengalaman yang unik agar kulit benar2 mendapat manfaat sepenuhnya dari apa yang ditawarkan oleh The Face Shop.

 

Apa itu Rice Water Bright Cleansing Milk?

 

Rice Water Bright Skincare Series
\\\\\\\ Rice Water Bright Series

Ia merupakan salah satu pembersih muka dari rangkaian Rice Water Bright dari The Face Shop. Sesuai dengan namanya, pembersih ini mempunyai tekstur seperti milky lotion. Ia secara lembut dapat menanggalkan solekan, toksik, minyak dan kekotoran lain akibat pencemaran yang melekat di wajah. Ia juga mencerahkan wajah selepas dicuci. Ekstrak dari Rice Bran menyembuhkan kulit yang rosak akibat dari stimulasi luaran

 

Apakah Kandungannya?

Air Beras

Air Beras kaya dengan vitamin, asid amino, asid hydrochloric dan nutrien lain.

Semua khasiat ini kekal di dalam air cucian beras.

Hasilnya, air beras menjadi satu produk perawatan wajah yang semulajadi di mana ia memberikan kesan pelembapan dan pencerahan pada kulit.

 

Minyak Moringa

Kestabilan mengoksida (oxidative stabilazation) yang luar biasa mensucikan kulit  juga dapat memberikan nafas baru pada kulit

Menyah toksik dan kekotoran pada kulit, menjadikan kulit terasa lembut, bersih dan segar

 

Soapwort

Surfactant yang lembut namun sangat berkuasa

Herba yang kaya dengan saponin membersihkan kulit dan melembutkan sel kulit mati

Melembapkan kulit dan mengelakkan kulit mengering.

 

Cara menggunakan Rice Water Bright Cleansing Milk

1. Tidak perlu basahkan muka

2. Tekan 2kali produk pada pump di tapak tangan

3. Ratakan di seluruh wajah dan mulakan putaran kecil dengan jari secara lembut dan mengarah ke atas.

4. Bilas dengan air suam kuku

 

Saya suka produk ini kerana

1. Saya menggunakan pembersih ini sebagai langkah pertama dalam rutin harian double cleansing. Sungguh mudah dan selamat dengan cara ini. Terus sahaja gunakannya tanpa perlu membasahkan wajah terlebih dahulu

2. Botol dengan pump yang digunakan juga sangat mesra pengguna dan lebih bersih. Saya hanya perlukan 2 kali pump untuk meratakan ke seluruh wajah.

3. Dengan gerakan memutar secara lembut saya dapat merasakan kulit mati merenggang dan tertanggal. Tidak perlu menekan kuat hanya dengan hujung jari.

4. Kulit mendapat manfaat dari nutrien2 dari rice water, moringa dan soapwort yang sangat baik untuk kulit. Jadi, produk ini bukan sahaja membersih kekotoran malah dari mula lagi sudah bertindak untuk menyihatkan kulit wajah.

5. Saya berpendapat, ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana sifatnya yang lembut

6. Paling penting, selepas cucian dengan Cleansing Milk ini, kulit terasa bersih, lembap dan segar. Tidak langsung terasa tegang dan kesat.

7. Dan setelah menggunakan cleansing Milk ini selama 2 bulan saya rasa kulit saya semakin cerah, sihat  dan bermaya

8.Harganya juga sangat berpatutan.

 

Apa yang saya tidak suka tentangnya

1. Kulit saya masih ditumbuhi jerawat walau kekerapannya agak rendah. Jerawat tetap tumbuh walau cuma satu sahaja pada satu masa.Pun begitu, tidak dapat dipastikan punca sebenar breakout kerana banyak lagi faktor2 lain harus di ambil kira.

2. Setelah beberapa minggu menggunakan produk ini sebagai pencucian pertama saya rasa lebih baik digunakan sebagai pencuci kedua menggantikan foam cleanser. Ia menjadi lebih berkesan pada yang memiliki kulit jenis kering dan aging seperti saya.

 
3. Saya berharap agar The Face Shop kembalikan Rice Water Bright Cleansing Light Oil dan Rice Water Bright Cleansing Rich Oil di outlet2 mereka di Malaysia. Ini kerana cleansing oil adalah lebih sesuai untuk sebagai pencuci pertama dalam kaedah double cleansing 

 

 

Jadi, begitulah ulasan saya untuk produk Rice Water Bright Cleansing Milk. Sebelum ini saya hanya menggunakan kapas muka untuk menarik keluar makeup dengan make up remover.

 

Cara ini tiada salahnya tapi penggunaan kapas muka yang rendah quality boleh mengakibatkan masalah lain pada kulit. Tambahan pula kecenderungan untuk mengesat secara kuat dan berkali2 boleh merosakkan kulit wajah.

Di mana nak dapatkan produk ini?

Ada lebih dari 40 outlet fizikal TheFaceShop di seluruh Malaysia. Saya dapatkan nya dari outlet di Festival City Mall. Dan berita baiknya baru2 ini TheFaceShop telah melancarkan Online Mall mereka. Jadi jika berminat boleh terus sahaja dengan pembelian secara online di http://www.thefaceshop.net.my. Harga RM39.90 sahaja.

Anda bagaimana? Produk apakah yang anda gunakan untuk membersihkan wajah? Kongsikan pengalaman anda di sini.

 

 

 

Penafian: Ulasan produk ini adalah hasil pengalaman unik dari penulis sendiri dan bukan tajaan dari TheFaceShop.

Leave a Reply

CommentLuv badge