Review: Le Marche The Therapy Deluxe Kit

 

The Teraphy Deluxe Kit

The Therapy Deluxe Kit

 

Sedang saya mencari-cari Toner yang lebih bersesuaian dengan kulit yang kering dan kusam, akhirnya saya telah bertemu dengan Le Marche The Therapy dari TheFaceShop. 

Sewaktu mencuba Toner The Therapy di outlet TheFaceShop tempohari, terus saya rasa sangat teruja dan tak sabar-sabar lagi nak mencubanya. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca.

 

Mengapa The Therapy?

 

The Therapy

The Therapy

 

Menurut TheFaceShop;

The Therapy ialah rangkaian kosmetik anti-penuaan yang menggunakan kaedah pengadunan asli Eropah sejak 200 tahun lalu.

Kaedah pembuatan tangan ini mula diperkenalkan sejak kurun ke19 oleh seorang pengkaji ubat-ubatan. Formula yang menggunakan bahan botani seperti marigold, zaitun, daun salam dan lain-lain lagi ini diperakui oleh pakar botani, Dr Pablo dari Universiti Marches. .

Marches terletak di timur Italy. Disebabkan kedudukan georafinya (cuaca laut Mediterranean, angin, bukit bukau, dan gunung-ganang 2000 meter dari paras laut) pelbagai tumbuhan bernilai untuk perubatan tumbuh dengan melata secara semulajadi. Tambahan pula, tempat tersebut tidak dicemari oleh dunia moden, maka amat sesuai untuk mengumpul bahan untuk ramuan kosmetik.

Tumbuh-tumbuhan asal di The Marche Academy of Native Plant itu dipetik sendiri. Kemudian bahan-bahan tadi dimasak dan diekstrak untuk jangka masa yang panjang menggunakan suhu rendah, semuanya secara manual.

 

Begitulah secara ringkasnya sejarah dan latar belakang produk The Therapy dari TheFaceShop ini.

Berbalik pada pencarian toner yang bersesuaian tadi. Tonernya dinamakan Essential Tonic Treatment. Ia bertindak sebagai toner dan booster dalam satu formula. Ini juga bermakna ia lebih berkesan dan mampu bekerja lebih berbanding dengan toner biasa.

Memandangkan The Therapy ada menawarkan set percubaan, saya rasa lebih baik cuba set ini dahulu. Lagipun produknya adalah organik maka dengan botol kecil saya fikir tentu tak sempat nak expired. Maklumlah, produk organik biasanya tidak tahan lama.

Set percubaan ini dinamakan The Therapy Deluxe Kit. Setiap pek mengandungi:

1. The Therapy Essential Tonic Treatment 32ml
2. The Therapy Formula Emulsion 32ml
3. The Therapy Secret-Made Anti-Aging Cream 10ml

 

The Therapy Deluxe Kit

The Therapy Deluxe Kit

 

Terdapat satu lagi produk dalam rangkaian The Therapy iaitu Oil-Drop Anti-Agng Serum seperti gambar kedua di atas tetapi tidak termasuk dalam Deluxe Kit ini.

 

Ulasan NFH:

Jika anda sedang mencari produk untuk merawat kulit yang kering atau super kering, kulit yang berusia, kulit yang kasar, kulit yang mudah mengelupas dan merekah (flaky), maka The Therapy memang untuk anda.

Essential Tonic Treatment nya sangat bagus. Teksturnya seakan gel. Ia adalah toner yang juga booster dalam satu botol.

Jika anda tidak suka memakai pelembap terutamanya di waktu siang kerana cuaca yang panas dan lembap menyebabkan anda kurang selesa, maka memadailah dengan Essential Tonic Treatment dari The Therapy ini. Tekstur nya yang lebih pekat dari toner biasa tetapi ringan membuatkan kulit anda terasa segar, lembap dan licin bak sutera. Memang nampak  bersinar dan bermaya.

Saya sangat-sangat menyarankan The Therapy terutamanya Essential Tonic Treatment. Produk ini saya bagi 5☆

 

Bagaimana Pula Dengan Dua Lagi Produk Di Dalam Set Deluxe Ini?

Bagi saya, Formula Emulsion yang juga merupakan krim siang dan Secret-Made Anti-Aging Cream yang merupakan krim malam adalah satu bonus. Kedua-dua produk ini sangat sesuai digunakan bersama tetapi ia tidaklah special sangat berbanding dengan Essential Tonic Treatment nya. Malah, ada lagi krim seumpamanya yang lebih menarik.

Pun begitu, yang pasti anda akan berasa selamat dengan rangkaian produk The Therapy kerana anda tahu produk ini adalah organik, semulajadi, kualiti premium dan hasil buatan tangan yang berhati-hati dan teliti. Cukup untuk membuatkan anda setia dengannya untuk suatu jangka masa yang lama. 😍

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat

 

Penafian: Ulasan produk ini adalah hasil pengalaman unik dari penulis sendiri dan bukan tajaan dari TheFaceShop.

 

 

3 Comments on Review: Le Marche The Therapy Deluxe Kit

  1. sshidas
    October 4, 2015 at 3:33 pm (2 years ago)

    nak tanya la…oil tonic ni mengelupas tak..? n sesuai ke untuk kulit muka yg nipis n rosak akibat salah guna produk?

    Reply
  2. shida
    October 4, 2015 at 3:36 pm (2 years ago)

    nak tanya…tonic treatment tu mengelupas ke….sesuai ke untuk kulit muka yang sensitif / blemish akibat penyalahgunaan skincare i.e pipi merah2x
    reply pls…tq

    Reply
  3. shida
    October 4, 2015 at 3:36 pm (2 years ago)

    nak tanya…tonic treatment tu mengelupas ke….sesuai ke untuk kulit muka yang sensitif / blemish akibat penyalahgunaan skincare i.e pipi merah2
    ur reply is much appreciate…tq

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge