Mengapa Anda Perlu Kerap Tukar Berus Gigi?

Anda Perlu Kerap Tukar Berus Gigi

Anda Perlu Kerap Tukar Berus Gigi

Anda memberus gigi setiap pagi dan malam. Mungkin juga setiap kali lepas makan. Ia membuatkan anda lebih yakin. Anda rasa mulut anda sudah bersih dan nafas pun berbau wangi. Tetapi,  sudah berapa lama anda menggunakan berus gigi tersebut? Bilakah kali terakhir anda mengganti berus gigi?

Menurut satu kajian yang dijalankan di University of  Manchester di England, secara purata berus gigi mengandungi lebih dari 10juta bakteria termasuk E.Coli (bakteria yang hidup didalam usus dan boleh mengakibatkan diarrhea – atau muntah dan kekejangan yang serius  di bahagian abdomen) dan Staph (biasanya tidak merbahaya namun  boleh  berjangkit).

Fakta yang meloyakan, bukan?

Lagi pula, pada satu-satu masa, terdapat 100 ke 200 spesis bakteria yang hidup di dalam mulut anda – ia akhirnya akan berpindah ke berus gigi yang anda gunakan juga.

Dan ini lagi satu fakta yang mengerikan. Menurut profesor microbiolagi di University of Arizona, Charles Gerba, Ph.D, “sekiranya anda biasa menyimpan berus gigi dalam lingkungan tiga kaki dari toilet/jamban, air kumbahan yang terpercik ke atas sewaktu anda flush akan terawang-awang di ruang udara untuk suatu jangka masa sebelum ia kembali ke permukaan bilik air. Malah, ia juga akan berakhir di berus gigi anda!

Ada juga yang suka berkongsi berus gigi dengan pasangan. Kalau anda termasuk golongan ini, mungkin anda perlu tahu kuman yang anda dapat dari berus gigi ini berbeza dari jika anda bercium. Menurut doktor, memberus dan memfloss boleh menyebabkan luka kecil di dalam mulut. Ini membuatkan virus yang dibawa oleh darah seperti Hepatitis B boleh menular ke berus gigi dan seterusnya kepada pasangan anda yang menggunakan berus gigi yang sama.

Rasa cukup ngeri tak dengan fakta di atas?

Ikuti nasihat di bawah ini yang dibawakan khas untuk anda dari Persatuan Pakar-Pakar Pergigian:

1. Bersihkan Berus Gigi Anda SETIAP HARI.

Tujuan memberus gigi ialah untuk menyingkirkan bakteria dari mulut. Sudah tentu berus gigi tersebut mempunyai bakteria yang melekat padanya.  Jadi, cuci berus gigi dengan sempurna setiap kali lepas menggunakannya. 

2. Ganti Berus Gigi Selepas Anda Pulih Dari Sakit.

Tiada bukti yang mengatakan anda akan kembali sakit jika tidak mengganti berus gigi sebaik pulih. Namun lebih baik amalan begini untuk kesihatan dan kebersihan.

3. Ganti Berus Gigi Setiap TIGA Atau EMPAT Bulan

Malah, anda mungkin perlu lebih awal menukarnya jika berus tersebut sudah rosak atau lunyai. Itu tandanya berus gigi tersebut sudah tidak berkesan lagi untuk menanggalkan plak dari gigi dan gusi anda. (Kanak-kanak biasa mengunyah berus gigi mereka – berus gigi mereka harus ditukar lebih kerap)

4. Jangan letakkan Berus Gigi Anda Berdekatan  Dengan Jamban.

Sekiranya anda tiada pilihan, tutup dahulu lubang toilet sebelum anda flush dan jauhkan berus gigi anda dari sinki semasa anda membasuh tangan.

Saya sentiasa meletakkan berus gigi di luar bilik air.

5.  Juga, Jangan Simpan Berus Gigi Di Dalam Bekas Kedap Udara (Travel Case).

Atau mana-mana tempat yang lembap dan sempit.  Tempat sebegini adalah kondusif untuk pembiakan mikrorganisma.

Sebaiknya, berus gigi di tegakkan dan simpan di ruang yang luas cukup untuk mengeringkannya sebelum digunakan semula.

6. Jangan Berkongsi Berus Gigi

Pasangan yang berkongsi berus gigi menanggung risiko mendapat jangkitan. Setiap orang mempunyai jumlah bakteria yang berbeza. Jadi, jangan ambil risiko. Dalam kes ini,  not sharing is caring.

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat

Leave a Reply

CommentLuv badge