Kenapa Anda Harus Gunakan Air Beras Untuk Rambut Dan Kulit Yang Cantik

 

Kita makan nasi setiap hari. Oklah, tak lah semua orang kita makan nasi setiap hari. Maklumlah, masyarakat moden hari ini dihidangkan dengan pelbagai jenis pilihan.

Tetapi kenyataannya, kalau tak makan nasi beberapa hari sahaja sudah seperti ada yang tak kena rasanya. Memang nasi makanan ruji kita. Dan banyak pula khasiat yang boleh dimanfaatkan dari bijirin ini. Salah satunya dan yang akan kita kupas dalam artikel ini ialah Air Beras.

 

Petua Air Beras

Tahukah anda, air yang digunakan semasa memasak nasi atau air basuhan beras adalah sangat baik untuk kesihatan rambut dan kulit kita. Pasti ramai yang dah tau petua ni kan tetapi berapa kerat saja yang mengamalkannya.

Saya adalah salah sorang darinya. Dari kecil saya dah mencuba pelbagai petua tradisi tapi sukar untuk mengamalkannya. Biasanya saya mencuba petua tradisi untuk pengetahuan tetapi kemudiannya beralih ke produk lain yang ada dipasaran atau mencuba pula petua lain.

Memandangkan telah ramai yang beralih kepada produk di pasaran yang bersifat organik dan bebas kimia, saya rasa terpanggil pula untuk kembali kepada natural. Saya telah kembali mengamalkan air beras dalam rutin penjagaan diri. Hasilnya memang terbaik di mana rambut saya yang tak bermaya dan menipis telah kembali kukuh dan elastik serta keguguran rambut juga berkurangan. Hanya dalam beberapa minggu saja dah nampak hasilnya. Totally no side effects. Lagipun senang sangat nak mengamalkan petua ni. Teruskan membaca kalau nak tau cara nak dapatkan rambut dan kulit glowing dengan air beras.

 

Sejarah Penggunaan Air Beras.

Amalan mandi dengan air beras adalah petua tradisional masyarakat di Asia. Pun begitu ia telah juga dibuktikan secara saintifik sebagai bahan yang berkesan dalam memelihara rambut dan merawat masalah kulit

Ada sebuah kampung orang asli etnik Yao yang telah berusia 2000tahun yang dikenali  oleh masyarakat moden hari ini sebagai ‘The village of Rapunzels‘. Dalam masyarakat petani di perkampungan Huangluo China ini, kaum wanita mereka rata-ratanya memilki rambut yang panjang melebihi 3 kaki. Rambut mereka juga lambat beruban dan kekal hitam sehingga berusia lewat 80an. Rahsia mereka tak lain tak bukan, air beras.

 

Etnik Yao yang memiliki rambut panjang dan sihat hasil basuhan dengan air beras

 

Kaum wanita Yao berbangga dengan rambut mereka yang sihat

 

Apatah lagi dalam masyarakat Jepun yang memang terkenal sebagai masyarakat yang mempopularkan air beras dalam kecantikan. Dicatitkan dalam sejarah sejak 800AD, wanita nobel di zaman Hsein memiliki rambut yang panjang dan kulit yang halus. Ini adalah hasil dari amalan menggunakan air beras.

 

Khasiat Air Beras

Air beras mempunyai beberapa komponen yang sangat baik antaranya:

1. Inositol
Kajian membuktikan air beras mempunyai kandungan Inositol, sejenis karbohidrat yang membantu memperbaiki rambut yang rosak.
Inositol kekal dalam rambut walau setelah dibilas. Ia membentuk satu lapisan yang melindungi rambut dari kesan geseran. Rambut akan menjadi lebih kuat dan elastik.

 

2. Asid Amino
Asid amino pula memperkuatkan akar rambut, melebatkan, melembut serta mengilatkan rambut.

 

3. Pitera
Pitera adalah komponen yang terhasil dari penapaian air beras pada suhu bilik. Pitera kaya dengan vitamin, mineral, asid amino dan asid organik. Oleh kerana ia dihasilkan dari penapaian, maka bacaan PH nye sedikit berasid dan hampir sama dengan PH asal kulit dan rambut. Pitera mempromosi pertumbuhan sel dan mengoptimumkan kesihatan kulit dan rambut.

 

4. Vitamin B1, C dan E dan mineral
Kandungan vitamin dan mineral dalam air beras dapat mengecilkan pori, mencerah dan menegangkan kulit.

 

5. Antioksidan
Beras merupakan sumber yang tinggi kandungan asid linoleic dan squalene, dua sumber antiosidan yang menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit. Squalene melindungli dan mencegah kulit dari kedutan. Mencegah premature aging. Jadi anda boleh jadi awet muda. Air beras juga mengandungi pelembap semulajadi, sangat baik bagi mengimbangi kulit yang berminyak.

 

6. Asid Para-Aminobenzoic (PABA) dan Asid Ferulic
Ini merupakan bahan pelindung UV apabila dikombinasikan dengan vitamin. Cumanya ia hanya berfungsi dengan air basuhan beras yang pertama. Jadi mungkin tidak begitu poten pelindungan UV nya. Dengan kata lain, anda masih perlu pakai sunbock.  😉

 

 

Bagaimana Cara Membuat Air Beras

Air Beras siap untuk digunakan

 

Ada beberapa cara menyediakan air beras antaranya:

1 Air Didihan Beras
Bila anda masak nasi, lebihkan sukatan airnya. Tunggu sehingga mendidih. kemudian kaup air didihan lapisan atas sebanyak mana yang anda lebihkan tadi. Biarkan sejuk

2. Air Tapaian Rendaman Beras
Rendam beras yang telah dibasuh dalam air 15-30minit. Tapis air beras tersebut dan biarkan ia menapai pada suhu bilik selama 1-2hari. Pindahkan ke dalam petisejuk untuk hentikan penapaian. Air beras ini harus dicairkan lagi dengan air masa nak guna kerana ianya sangat pekat dan kuat.

3. Air Basuhan Beras
Rendam beras yang telah dibasuh dalam air selama 15-30minit. Asingkan air beras tadi dan sedia untuk digunakan.

 

Penggunaan Air Beras

1. Sebagai Mask – facial rejunevation
Gunakan 3 sudu air didihan beras. Tambah 1 sudu susu dan 1 sudu madu. Kacau dan jadikan kepekatan sesuai untuk mask. Gunakan mask ini sehingga agak kering di wajah. Cuci muka dengan lebihan air beras yang didihkan tadi.

 

2. Sebagai Conditioner
Gunakan air tapaian rendaman beras untuk mencantik dan menguatkan rambut. Basahkan seluruh rambut dengan air beras ini dan urut kulit kepala selama 5minit. Biarkan selama beberapa minit. JIka banyak masa boleh dibiarkan selama 20minit dan bilas.

 

3. Sebagai Toner
Basahkan kapas muka dengan air beras dan sapukan pada kulit wajah selepas mencuci muka untuk mengecilkan liang pori dan kulit yang lebih tegang. Toner yang natural ini akan meningkatkan pertumbuhan sel, stimulasikan perjalanan darah dan membantu kulit menjadi lebih lembut dan cerah.

 

4. Sebagai Pembersih Dari Pangkal Rambut Hingga Hujung Kaki.
Mandi dengan menggunakan air basuhan beras untuk mendapat faedah segala kebaikannya pada seluruh tubuh. Air beras dapat menghilangkan parut dan membantu mencerahkan kulit  dan meningkatkan perjalanan darah.

 

5. Meredakan Eczema
Gunakan air didihan beras dan sapukan pada kulit yang bermasalah 2-3 kali sehari. Pelembap semulajadi dan juga kandungan kanji pada air beras membantu meredakan kegatalan, kemerahan dan keradangan pada dry eczema 

 

Nah, sekarang anda dah tau betapa mudah dan murahnya untuk mendapatkan kulit dan rambut idaman. Air beras adalah jawapan bagi kebanyakan masalah anda. Lepas ni jangan lagi dibuang air basuhan beras anda.

Cuma dah nama pun amalan, makanya untuk dapat result haruslah bersabar dan consistent. Ini adalah cara paling natural dan chemical free yang boleh kita adaptasikan dalam ritual harian. Insyallah hasilnya amat memberangsangkan.

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.

5 Comments on Kenapa Anda Harus Gunakan Air Beras Untuk Rambut Dan Kulit Yang Cantik

  1. Fadzilla
    April 5, 2018 at 8:03 am (3 months ago)

    Tq info..Saya nak Cuba nanti..

    Reply
    • Noor Faiza
      April 5, 2018 at 7:29 pm (3 months ago)

      Salam Sis Fadzilla, silalah cuba dan amalkan dalam beberapa minggu dulu untuk rasai keberkesanannya. Terima kasih kerana sudi singgah.

      Reply
  2. Ordercustomessay
    April 6, 2018 at 10:54 am (3 months ago)

    Assalam.saya agak keliru fakta berkenaan hati aamemb.ap yg saya baca hati x elok utk dimakan.kacang soya klu x silap kicap,tempe je yg baik sbb dh lalui proses penapaian.selain pd tu soya x elok.kismis,kurma,madu confirm terbaik

    Reply
    • Noor Faiza
      April 29, 2018 at 10:28 pm (2 months ago)

      Sama2 Encik Hafiz…terima kasih kerana sudi singgah di sini. Saya akan ke tapak encikhafiz pula nanti.

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge