DOUBLE CLEANSING

Memang ramai yang tahu tentang kepentingan membersihkan wajah sebelum tidur.

Solekan beserta dengan minyak semulajadi yang terhasil dari kulit muka ditambah pula dengan pencemaran di luar sana akan membuatkan pori2 tersumbat. Akibatnya ialah masalah kulit seperti jerawat, wajah kusam dan mempercepatkan proses penuaan.

Tapi cukupkah cuci muka sekali sahaja dengan foam cleanser? Apakah cara yang betul untuk mempastikan wajah sudah benar2 bebas solekan dan kotoran?

Jawapannya ialah double cleansing!

image

Banila Co Clean It Zero

Apa itu double cleansing?
Double cleansing atau pencucian dua kali adalah satu rutin yang telah lama di amalkan oleh orang2 Jepun dan Korea. Ia adalah proses di mana wajah di cuci dua kali untuk memastikan kulit mereka benar2 bersih.

Cucian pertama adalah dengan menggunakan pencuci berasaskan minyak.Cucian kedua barulah dilakukan dengan foam cleanser.

Pasti ada yang tertanya2 kenapa membersih wajah dua kali? Bukankah foam cleanser sudah memadai.Toner akan menarik semua lebihan solekan yang masih tertinggal selepas dicuci kan? Tentu leceh dan mana ada masa nak cuci sampai 2 kali. Bukan pakai makeup tebal pun. Hanya sunblock. Takkan kena juga. Sudahlah muka ni pun jenis berminyak, bertambahlah jerawat nanti!

Macam2 alasan dan soalan bermain di fikiran bila kena extra routine kan…
image
Neutrogena Deep Clean Make Up Cleaning Oil

Kenapa harus double cleanse?
Sebenarnya, pencuci berasaskan minyak adalah untuk menanggalkan kotoran berminyak. Ingat asas sains air dengan minyak tidak boleh bersatu.

Jadi sebab itu penggunaan pencuci ini. Semua minyak yang melekat di wajah akan dilarutkan dengan penggunaan oil cleanser ini. Kemudian barulah dibilas dengan air suam kuku.

imported-the-face-shop-rice-water-bright-cleansing-light-oil-150ml-4999-279859-1-product

The Face Shop Cleansing Light Oil

Kepentingan cleansing oil menurut pakar kulit
1. Cleansing oil menggunakan ‘minyak baik’ untuk menyingkirkan ‘minyak tidak baik’ dikulit anda.

Ia adalah situasi menang-menang di mana cleansing oil menarik kekotoran yang menutup pori2 tanpa menghilangkan minyak semulajadi seperti kebanyakan pencuci lain.

Ia meninggalkan kulit dalam keadaan bersih, lembut dan seimbang tidak kering dan kesat.

Keadaan kering dan kesat akan membuatkan sebum menghasilkan lebih banyak minyak,  lebih banyak masalah.

2. Cleansing oil mengandungi bahan antioxidant dan anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan keadaan kulit anda.

Cleansing oil biasanya mengandungi bahan aktif dari minyak tumbuh2an (zaitun, bunga matahari, bijan, badam, kesumba (safflower), biji anggur), extraks (teh hijau, jasmine) dan/atau vitamins (E dan C).

Sebaiknya, pilihlah cleansing oil dengan amino asid botanikal bagi yang berkulit berminyak untuk mengimbangkan sebum.

Kulit kering boleh menggunakan kebanyakan jenis minyak kerana kulit anda memerlukan kelembapan yang tinggi.

Kulit kombinasi akan mendapat manfaat dari minyak kesumba (safflower) kerana ia mampu membersih sekaligus melembapkan kulit.

Akhir sekali, kulit sensitif harus menggunakan minyak zaitun kerana sifatnya yang lembut dan menenangkan sesuai untuk mengelakkan iritasi pada kulit.

Bolehkah menggunakan baby oil sebagai cleansing oil?

image
Johnson’s Baby Oil

Baby oil mampu menanggalkan makeup tetapi kurang berkesan sebagai cleansing oil.

Baby oil mengandungi minyak mineral, lanolin dan pewangi sedangkan cleansing oil mengandungi minyak botani, ekstraks dan vitamin.

Baby oil berupaya menanggalkan makeup dan melembapkan tetapi pada masa sama ia menghalang kulit dari bernafas dengan menyumbat pori2.

Ini lah sebab mengapa baby oil kurang berkesan sebagai pembersih.

Pakar2 kulit menyarankan penggunaan cleansing oil kerana ia menghilangkan kotoran sambil mengekalkan lembapan tanpa merosakkan lapisan kulit.

Anda sudah bersedia untuk kaedah pencucian dua kali atau double cleansing?

Kongsikan pengalaman anda di sini.

Leave a Reply

CommentLuv badge