Diet101: Kembalikan Tenaga Yang Hilang Dengan Green Juice.

Energizing Green Juice

Energizing Green Juice

 

Green juice bukan sahaja sihat malah sedap dan segar. Segelas green juice padat dengan vitamin dan mineral  yang baik untuk tubuh badan.

 

Setelah seharian berpuasa, tentu badan kita kehilangan banyak tenaga. Inilah jus yang dapat memulihkan badan yang lemah dalam sekelip mata.

 

Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dengan green juice macam saya, pasti anda hendak tau lebih lagi tentang minuman sihat ini.

PicsArt_1434794326563

 

Perkara yang perlu anda tahu, secara amnya, nisbah sayur:buah yang biasa digunakan ialah 70:30. Nisbah ini adalah untuk mengimbangi kadar gula dalam darah. Ini penting kerana kandungan gula didalam buah adalah tinggi.

 

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, kandungan gula yang tinggi dalam buah ini boleh menggagalkan usaha anda. Jadi harus berpada-pada ok.

 

Namun, bagi kita yang berpuasa, panduan nisbah sayur:buah ini boleh diubah kepada 50:50. Setelah seharian menahan diri dari makan dan minum, tidak mengapalah mendapatkan semula tenaga yang hilang dengan nisbah ini.

 

Hari ni kita teruskan dengan resepi Green Juice yang lain pula. Resepi dinamakan Energizing Green Juice atau dalam bahasa melayu Jus Hijau Yang Memberi Tenaga.

 

Saya menggunakan sayur yaw mak tam hari ini. Bagi yang tidak mengenali sayur ini, saya letakkan gambar di bawah sebagai rujukan.

Yaw Mak Tam

Yaw Mak Tam

 

Green juice ini cukup untuk 4 hidangan. Sekiranya anda seorang saja yang minum, maka tidak perlu lah menyediakannya setiap hari. Ia boleh disimpan dalam peti sejuk untuk beberapa hari.

 

Energizing Green Juice

 

Bahan-bahannya:

2 pokok Yaw Mak Tam lettuce

3 biji baby cucumber /timun kecil

1 batang celery

2 biji epal hijau

Sepotong nenas Sarawak (sejuk beku)

Air secukupnya

Jus lemon

 

Cara Membuatnya:

Cuci bersih semua sayur dan buah. Buang biji epal. Potong kecil yaw mak tam, celery, timun dan epal hijau. Kisarkan semuanya dengan air sejuk. Perahkan jus lemon. Kacau dan tuang ke dalam gelas. Siap untuk dihidang.

Green Juice Untuk 3Ramadhan

Green Juice Untuk 3Ramadhan

 

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat

 

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge