Jun
2015
Diet101: Green Juice Untuk Beginner
Salam 1 Ramadhan..
Ini adalah hidangan pertama jus hijau saya untuk Cabaran Green Juice Disepanjang Ramadhan.
Tidak susah membuatnya. Untuk permulaan saya tidak meletakkan herba. Saya menggunakan daun hijau, timun, epal hijau dan jus grapefruit menggantikan jus lemon.
Kenapa guna grapefruit? Sebab itulah yang ada dalam peti sejuk sejak lebih seminggu. Buah tersebut terlalu masam untuk di makan begitu saja jadi saya fikir baik digunakan untuk green juice saya yang pertama ni.
Hasilnya? Sedap. Rasa segar dan kenyang sementara tiba waktu makan iaitu selepas solat Maghrib.
Untuk pengetahuan anda, saya kisarkan saja sayuran dengan blender. Saya tidak ada juicer. Jadi saya tak dapat nak bezakan rasa antara jus menggunakan blender dengan juicer.
Saya juga tidak tapis serat dari jus ini. Mungkin sebab itu saya rasa kenyang lebih lama. Patutlah ramai pengamal jus hijau yang berjaya menurunkan berat badan selepas suatu jangkamasa. ☺
Bagi sesiapa yang nak cuba resepi ini, saya kongsikan di bawah. Cubalah untuk berbuka hari ini.
Green Juice Untuk Beginner
Bahan-bahannya:
Segenggam green coral lettuce
3 biji baby cucumber / timun kecil
2 biji epal hijau granny smith
Jus dari sebiji grapefruit
Air secukupnya
Cara Membuatnya:
Cuci bersih semua sayur dan buah. Buang biji epal. Potong kecil green coral lettuce, timun dan epal hijau. Kisarkan semuanya dengan air sejuk dari peti ais. Perahkan jus grapefruit. Kacau dan tuang ke dalam gelas. Siap untuk dihidang.
Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat
Huda Maisa
June 19, 2015 at 11:26 am (4 years ago)macam sedap. boleh try nii
Noor Faiza
June 19, 2015 at 12:37 pm (4 years ago)InsyaAllah sedap. Silakan cuba ☺