Diet101: Cabaran Green Juice Sepanjang Ramadhan

Cabaran Green Juice Disepanjang Ramadhan

Cabaran Green Juice Disepanjang Ramadhan

 

Saya kurang makan sayur segar terutamanya sayuran berdaun hijau. Bukan kerana saya tidak suka makan sayur tapi tak berkesempatan nak makan secara konsisten.

 

Stok sayuran di dapur samada tidak mencukupi kerana telah habis sebelum masa tiba masa membeli ataupun terpaksa dibuang kerana telah layu. Maklumlah, sayur berdaun hijau ni biasanya tak tahan lama. Beli lebih pun tak boleh beli kurang pula memerlukan saya kerap perlu ke pasar. Jadi memang dilema.

 

Begitu juga bila di masak, kadangkala tidak dapat dihabiskan. Banyaklah sebab kenapa tak habis adakalanya makan di luar, lupa nak makan, hidangan terlalu banyak dan sebagainya. 😂

 

Apabila tiba bulan Ramadhan, adalah agak mustahil untuk menghabiskan semua juadah yang terhidang di meja walau bagaimana berhemah pun saya menyediakan.

 

Pasar Ramadhan sudah menjadi kemestian. Daripada saja pergi mencuci mata di pasar Ramadhan, pasti ada juga beg2 plastik bakal dijinjing bila keluar dari sana.

 

Inilah sebabnya saya telah mendapat idea untuk mencabar diri sendiri meminum jus segar setiap hari di sepanjang Ramadhan ini.  Cabaran ini saya namakan Cabaran Green Juice.

 

Tujuan utama cabaran Green Juice ini adalah:

 

1.  Untuk mempastikan saya mendapat vitamin, mineral dan lain2 nutrisi yang sepatutnya dari sayur-sayuran dalam diet harian.

 

2. Mengelakkan pembaziran stok sayuran di dalam peti sejuk.

 

3. Mendapat variasi sayur-sayuran di dalam satu gelas jus. Biasanya dalan segelas jus akan ada beberapa jenis sayuran, sedikit buah dan kadangkala herba juga.

 

4. Mendapat khasiat dari sayuran segar. Sebagaimana yang kita tahu sayuran yang dimasak mengurangkan sesetengah kandungan Vitamin dan Mineral juga unsur kimia  aktif lain yang diperlukan oleh tubuh.

 

5. Mengurangkan risiko penambah perisa yang tidak baik untuk kesihatan. Bergantung dengan cara sayuran dimasak, biasanya sayuran yang digoreng lebih terdedah kepada pengoksidaan disamping penambahan perisa tambahan menjadikan ia kurang sihat.  Jadi adakalanya lebih elok jika dimakan mentah atau dibuat jus.

Banyak juga kan sebab untuk meminum jus hijau ni.😊

 

Jadi, apa Yang Dimaksudkan Dengan Green Juice?

 

Menurut Medical Dictionary , definisi Green Juice adalah minuman sayuran hijau yang dikisar bersama herba.

 

Dan menurut Ashley Dentito, seorang wellness educator di dalam blog beliau vixi.com, untuk membuat green juice yang lengkap adalah dengan mengikuti cara di bawah.

1.  Sediakan sayuran2 hijau seperti kale, bayam, swiss chard atau lettuce.

2. Kemudian  ditambah dengan sayuran tinggi kandungan air dan bersifat alkali seperti timun, brokoli atau celeri.

3. Untuk menambah rasa tambahkan pula buah epal hijau atau pear masak

4. Diikuti dengan herba seperti halia.

5. Dan akhiri dengan perahan jus lemon atau limau nipis.

 

InsyaAllah, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana saya melalui cabaran green jus di sepanjang Ramadhan ini. Adakah saya akan berjaya melaluinya? Mungkinkah saya akan berhenti diseparuh jalan? Semuanya bakal terjawab di sini.

 

Mungkin anda ada resepi tertentu yang boleh di sarankan kepada saya. Bolehlah kongsikan di sini. ☺

 

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge