Contest Petua Dan Herba KongsiBersamaNora

 

Contest Petua Dan Herba Kongsibersamanora

Contest Petua Dan Herba Kongsibersamanora

 

Pada pendapat saya, Puan Nora sebagai penganjur contest  adalan seorang yang prihatin terhadap penyembuhan KANSER dan sentiasa mencari cari penawar penyakit yang berbahaya ini. Buktinya, kunjungi saja blog beliau dan anda akan faham apa yang saya maksudkan.

Atas sebab itu, saya mengalu-alukan penganjuran contest petua dan herba kongsibersamanora. Diharap lebih ramai yang menyertai contest yang penuh bemakna ini. Perkongsian kita mungkin boleh menyelamatkan NYAWA orang lain.

“Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER”

Sejak saya membaca entri tentang khasiat dan kebaikan kunyit di blog kongsibersamanora saya terus jatuh cinta dengan tumbuhan ini.

Manakan tidak, rempah yang juga dinamakan kunyit serbuk ini memang sentiasa ada di dapur rumah saya. Boleh dikatakan setiap hari saya makan kunyit. Ikan goreng, ayam goreng, rendang, kari, asam pedas, masak lemak cili padi, pulut kuning dan bermacam jenis kuih muih melayu menggunakan kunyit. Kuih kegemaran saya ialah pulut panggang juga menggunakan kunyit.

Cumanya, saya tidak tahu khasiat kunyit yang luar biasa sehingga boleh menyembuh penyakit kronik dengan izinNya.

 

Atas rasa kagum dengan khasiat kunyit dalam penyembuhan KANSER yang dikongsikan oleh Puan Nora, saya rasa terpanggil untuk menggali lagi manfaat tumbuhan anugerah Ilahi ini.

Maka, saya memilih Kunyit sebagai herba pilihan untuk entri contest petua dan herba kongsibersamanora.

 

PENGENALAN

 

Herba Pilihan - Kunyit

Herba Pilihan – Kunyit

 

Kunyit atau dalam bahasa saintifiknya, Curcuma Longa adalah sejenis tumbuhan renek dari keluarga halia, Zingiberaceae.  Daun, bunga dan rizom nya boleh digunakan dan berkhasiat. Dimanfaatkan sebagai bahan makanan, ubatan dan juga aroma dan warna.

Kunyit berasal dari Asia Tenggara. Ia telah menjadi tanaman untuk perdagangan di India, China, Indochina dan Indonesia.

Pokok kunyit mudah ditanam. Biasa dijadikan pokok hiasan di halaman rumah. Boleh juga ditanam di dalam pasu. Pokoknya boleh mencecah sehingga 1Meter tinggi. Cuaca di Malaysia dengan suhu dan kekerapan hujan yang tinggi amat sesuai untuk penanaman kunyit.

Kunyit membiak secara aseksual iaitu melalui keratan rizom. Ia boleh tumbuh subur dengan jangka hayat yang panjang di kawasan teduh dan mendapat cahaya matahari yang banyak.

 

KHASIAT KUNYIT

Bahan aktif pada kunyit dinamakan Curcumin, yang mempunyai bau yang kuat seakan mustard, sedikit pahit dan pedas. Kandungan curcumin di dalam serbuk kunyit yang organik ialah sebanyak 3.14%. Curcumin mempunyai kelebihan dalam bidang perubatan kerana sifatnya yang anti tumor dan antioksida. Curcumin  juga;

1. Melindungi saraf, mengurangi risiko radang otak dan mengembalikan homeostasis energi pada sistem otak yang terganggu akibat terluka atau trauma.

2. Menghambat dan mengurangi penumpukan plak amiloid-beta pada penderita Alzheimer.

3. Melindungi hati, antara lain dari hemangioendoteliomahepatokarsinoma, dan Hepatitis B

4. Melindungi pankreas dari akibat ratio sitokina yang berlebihan, bahkan setelah transplant serta menurunkan resistan terhadap insulin dan leptin.

5. Melindungi sel Leydig dari pengaruh alkohol

6. Menurunkan peradangan pada jaringan adiposa

7. Menghambat pertumbuhan sel kanser seperti kanser payudara dan sel prostat

8. Mengurangkan risiko leukimia

 

Selain itu kunyit juga kaya dengan nutrisi seperti yang tertera di bawah:

Kandungan Nutrisi Kunyit

Kandungan Nutrisi Kunyit

 

Kunyit kaya dengan Vitamin C dan B-6. Juga tinggi kandungan Potasium dan mineral seperti zat besi, kalsium dan magnesium. Disamping zat2 lain yang boleh dirujuk di atas.

Tumbuhan yang ajaib ini digunakan untuk rawatan anti radang, anti malaria, anti bakteria, anti fungal, anti protozoa, anti viral dan perangsang tubuh yang lemah.

Juga untuk rawatan terseliuh, cacing pita, kudis buta, psoriasis, acne dan radang kulit

Baik untuk pesakit neuralgia iaitu sakit saraf terutama di bahagian muka dan kepala dan untuk pesakit reumatik iaitu sakit dibahagian sendi.

Dalam sejarah perubatan India, kunyit dianggap sebagai antibiotik semulajadi terbaik, Pada masa yang sama ia digunakan untuk memudahkan proses penghadaman dan memperbaiki perjalanan usus.

Dengan faedah kesihatan yang sangat bernilai ini, fahamlah kita mengapa nenek moyang kita sentiasa menambah kunyit dalam makanan harian. Kita sebagai generasi sekarang harus mengkaji secara ilmiah dan memperbaiki penggunaan kunyit untuk kebaikan generasi akan datang.

 

PENGGUNAAN KUNYIT

Pada asalnya kunyit digunakan sebagai agen pewarna. Penggunaannya diperluaskan mengikut kesesuaian dan kelebihan yang ada padanya antara lain:

 

1. Masakan

Hampir seluruh dunia mempunyai masakan yang menggunakan kunyit. Di Malaysia, kunyit adalah staple. Di setiap dapur hampir pasti ada serbuk kunyit bukan? Ikan, ayam, makanan laut, daging malah sayur-sayuran pun boleh dimasak bersama kunyit. Kegunaan meluas di negara kita menjadikan kunyit segar mudah didapati dan harganya juga murah sahaja.

Daun kunyit pula boleh menambah aroma dalam masakan. Selain itu, seringkali ia dijadikan pembungkus makanan sebelum dibakar di atas bara api. Aromanya yang eksotik memang membangkitkan selera. Pucuk dan bunganya boleh dijadikan kerabu. Malah kunyit juga boleh dijadikan ulam.

Tapi anda mungkin tak perasan bahawa kebanyakan masakan menggunakan kunyit sebagai bahan sampingan sahaja. Sedangkan nilai terapiutik nya sangat tinggi.

Saya ingin kongsikan resepi yang mudah dan berkhasiat menggunakan kunyit sebagai bahan utama. Ia boleh dimakan bersama nasi panas sekaligus baik untuk merawat pelbagai penyakit.

Resepi Jeruk Kunyit

Jeruk Kunyit

Jeruk Kunyit

Kunyit dihiris nipis. Perisakan dengan garam kasar dan air perahan limau nipis. Perapkan sejam dibekas tertutup sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Untuk resepi penuh sila rujuk di sini

 

2. Minuman

Bab minuman ini agak janggal sedikit melainkan pada yang mengamalkan minum jamu untuk kesihatan. Kunyit pasti ada didalam ramuan jamu selain herba2 lain juga.

Terdapat berbagai resepi teh kunyit tetapi saya sukakan yang ini. Kunyit dan Teh Hijau dikatakan dapat merawat B-Chronic Lymphocytic Leukemia. Sumber di sini

Resepi Teh Kunyit
  1. Rendamkan seuncang teh hijau di dalam air yang baru dididihkan.
  2. Tambahkan satu sudu teh serbuk kunyit dan kacau.
  3. Perisakan dengan madu atau hirisan lemon.

 

 

3. Kecantikan

Dalam dunia kecantikan, kunyit amat popular untuk tujuan pelangsingan badan, penyembuh jerawat dan banyak lagi. Ia digunakan dalam rawatan di spa2 dan rawatan ayurvedik juga.

 

Video di atas menerangkan petua untuk mendapatkan kulit yang mulus dan bebas cela. Tidak perlu membeli produk-produk yang mahal di pasaran. Cukup sekadar DIY.

DIY Masker Kunyit:

1. Campurkan satu sudu yogurt bersama satu sudu serbuk kunyit.
2. Gunakan berus untuk meratakan masker diseluruh wajah
3. Biarkan 20minit sebelum dibilas dengan air suam.

 

Kunyit juga boleh dicampurkan dengan minyak untuk menghaluskan kulit yang kering dan kasar.

 

 

4. Rawatan Tradisional

Dalam perubatan tradisional, penggunaan kunyit memang tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu terutamanya semasa dalam tempoh berpantang. Sifatnya yang anti radang mempercepatkan pengecutan rahim.

Kunyit yang dilumatkan dan dijadikan demahan boleh merawat dan mempercepatkan pengeluaran susu bagi wanita menyusu.

Selain itu, campuran kunyit dan  limau boleh meredakan bengkak dan terseliuh serta luka

Air rebusan kunyit boleh digunakan untuk menyejukkan mata

Minum kunyit yang dipanaskan bersama susu dan gula untuk memanaskan badan yang sejuk.

Kunyit juga digunakan untuk menghalau serangga.

Di China, kunyit digunakan untuk merawat depression atau kemurungan.

Seterusnya kunyit digunakan juga sebagai rawatan untuk kulit melepuh, eczema, chicken pox dan merawat alahan

Juga digunakan sejak turun temurun dalam perawatan resdung.

 

5. Rawatan Moden

Dalam rawatan moden, kajian demi kajian tidak henti-henti dijalankan bagi mencari penyembuh kepada penyakit kronik.

Setakat Bulan Disember 2013, kajian klinikal mendapati potensi kunyit melawan penyakit buah pinggang, jantung, arthritis, beberapa jenis kanser dan pundi kencing. Kajian terhadap rawatan Alzheimer, kencing manis dan lain-lain masih lagi diteruskan.

Bahan aktif dalam kunyit iaitu curcumin dapat meningkatkan kesan dadah Paclitaxel semasa proses kemoterapi disamping mengurangkan kesan sampingan pada tubuh pesakit

Curcumin yang juga antioksida, dapat meneutralkan radiasi bebas yang merupakan punca berlakunya kanser.

Kunyit juga mengandungi polifenol, satu lagi bahan aktif yang sedia diserap untuk kegunaan tubuh bagi membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.

Professor Bharat Aggarwal dari Pusat Kanser Anderson Amerika Syarikat telah menjalankan banyak ujikaji terhadap sekumpulan besar pesakit kanser hati yang tidak menjalani proses kemoterapi. Beliau mendapati saiz tumor atau ketumbuhan mengecil dengan sendirinya. Beliau menerangkan bahawa curcumin berkesan untuk melawan beberapa jenis penyakit barah.

Kebiasaannya, sel kanser akan imun dengan tindakan bahan anti-kanser apabila ia diserang dari satu arah sahaja. Keadaan ini tidak berlaku kepada curcumin kerana ia mampu menyerang sel-sel kanser dari pelbagai arah, menyebabkan sel-sel kanser mudah dihapuskan dan mencegahnya daripada merebak.

Satu kajian lain pula mendapati curcumin dapat menyekat molekul NF-kB iaitu sejenis molekul yang menyebabkan keradangan dari bergerak ke dalam sel-sel nukleus sel untuk mengaktifkan keradangan sel.

Curcumin merupakan pemacu utama proses Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) yang merupakan sejenis hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk kekuatan otak. Banyak gangguan dan kelemahan otak dikaitkan dengan tahap penurunan hormon BDNF ini. Ini seterusnya meningkatkan penambahan bilangan sel-sel otak dan mengurangkan risiko mendapat nyanyuk.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati curcumin membantu memperbaiki fungsi endothelium iaitu lapisan saluran darah. Adalah diketahui umum bahawa kerosakan endothelial adalah sebab utama serangan sakit jantung. Ia melibatkan ketidakupayaan endothelium untuk mengawal tekanan darah pembekuan darah dan pelbagai faktor-faktor lain.

 

6. Sebagai Tonik

Untuk mempastikan kesihatan dan kecergasan anda sentiasa berada ditahap yang optimum, mungkin anda boleh cuba amalkan tonik dari kunyit ini.

Tonik ini menggunakan minyak bijan, kunyit dan madu yang dicampurkan bersama.

Ambillah sesudu tonik ini setiap hari sebagai suppliment.

Ia membantu mempercepatkan penggantian sel-sel yang rosak, meningkatkan metabolisma badan dan membantu mengimbangkan hormon.

Ia juga membantu menguatkan sistem imunisasi atau pertahanan badan dari serangan penyakit.

 

KESIMPULAN

Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford, Profesor Gerard Bodeker,

Kunyit merupakan bahan penyembuh terbaik dalam dunia perubatan tradisional dan moden.

Terdapat lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan ke atas kunyit dan kesemuanya membuktikan bahawa kunyit adalah herba yang mempunyai kesan penyembuhan yang menakjubkan.

Mari jadikan kunyit sebagai makanan tambahan kita. Tidak perlu berbelanja banyak untuk sihat. Lebih afdal, tanamkan pokok kunyit di halaman rumah atau di dalam pasu untuk menjamin bekalan yang berterusan.

Memetik kata-kata Puan Nora sendiri,

KESIHATAN YANG BAIK. KELUARGA YANG SIHAT

 

TIGA ENTRI PILIHAN KONGSIBERSAMANORA

1. Contest Petua Dan Herba Kongsibersamanora. Ini adalah entri yang memperkenalkan saya dengan blog kongsibersamanora sekaligus menjadi entri kegemaran saya. Dari nama blog dan entri ini saya faham Puan Nora memang sukakan ilmu dan suka berkongsi.

2. Khasiat Dan Kebaikan Kunyit. Seperti yang saya nyatakan di perenggan pertama di atas, perkongsian Puan Nora berkenaan kunyit yang mampu merawat kanser telah menarik perhatian saya. Maka selayaknya ia menjadi entri pilihan.

3. Doa Nabi Yunus Penawar Segala Musibah. Inilah yang menariknya blog kongsibersamanora ini. Bukan setakat petua malah doa2 juga banyak dikongsikan. Usaha dengan petua2 diikuti dengan doa dan akhirnya tawakal pada Allah yang Maha Kuasa. Jangan sesekali menyerah kalah dengan musibah yang melanda.

Bukan ini sahaja, hampir kesemua entri di blog ini bermanfaat dan boleh dijadikan panduan setidak-tidaknya pembuka mata untuk sesiapa yang inginkan info. Saya pun telah menjadi subscriber blog ini.

 

PENUTUP

Terima kasih penganjur kerana memberi peluang pada saya untuk menyertai contest ini. Segala yang dikongsikan di atas diharap dapat memberi manfaat kepada pembaca. Bukan sekadar penyertaan tetapi diharap dapat dapat menambah ilmu dan kecintaan kita semua kepada herba dan rempah ratus tradisi kita sejak berkurun lamanya.

Terima kasih juga pada para penaja yang sudi menaja dan memeriahkan contest ini.

Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan olehKongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficialByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppeNadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz

 

8 Comments on Contest Petua Dan Herba KongsiBersamaNora

    • Noor Faiza
      March 28, 2015 at 1:04 pm (3 years ago)

      ooo ye ke Mek Ila

      Berkesan juga ye utk redakan selsema. Terima kasih dapat info baru

      Reply
    • Noor Faiza
      March 29, 2015 at 11:38 pm (3 years ago)

      Kalau buat ulam memang terbaik sangat lah Azeni. Masih intact lagi khasiat nya tak terjejas kerana diproses.

      Reply
    • Noor Faiza
      April 13, 2015 at 2:29 pm (3 years ago)

      Terima kasih. Semoga awak pun berjaya.

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge