Dapatkan Kulit Glowing Dengan Betik Dan Nenas.

Masker Betik Dan Nenas

Masker Betik Dan Nenas

Betik dan nenas? Senangnye nak dapatkan dua buah ni kat Malaysia. Buah-buahan tempatan je pun kan. Namun seperti biasa, ada yang suka makan buah ni dan ada yang tidak.
Pasal makan kita jangan fikir dulu. Sekarang ni saya nak cerita kelebihan buah tropika ni untuk kulit.

Inilah buah yang paling popular dan paling dicari oleh skicare specialist dan facialist di seluruh dunia kerana kandungan enzimya dapat membuatkan kulit glowing. Dalam bahasa kita kulit akan jadi cantik bercahaya. Sekali lagi, tak perlu produk mahal-mahal pun.

Enzimnya yang dinamakan papain dan bromelain dapat melarutkan protein. Apabila disapu pada kulit, enzim2 ini bekerja untuk melarutkan dan mengangkat kulit kering dan bersisik yang bertimbun di permukaan kulit kita.

Sebenarnya himpunan kulit mati di bahagian epidermis inilah yang membuatkan wajah kelihatan kusam. Apabila ia dibersihkan, pori-pori yang tersumbat akan kelihatan mengecil dan ternampaklah kulit yang wajah yang berseri dan bercahaya secara semulajadi.😊

Jadi, tunggu apa lagi. Segera dapatkan buah betik dan nenas untuk cara mudah, murah dan berkesan merawat wajah kusam dan tidak bermaya.

 

DIY Masker Betik Dan Nenas

1/4 cawan betik yang telah masak

1 sk jus nenas

Garfu

Mangkuk kecil

 

Cara Buat:

Dalam mangkuk kecil, hancurkan betik dengan menggunakan garfu. Kemudian tambah jus nenas. Gaulkan bersama dan jadikan pes.

 

Cara Guna:

Bersihkan wajah seperti biasa. Sapukan pes ke seluruh muka dan leher. Baring dengan beralaskan tuala selama 10-15 minit. Biarkan masker bertindak membersihkan liang pori. Bilas dengan air suam dan akhiri dengan memakai pelembap.

 

*Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit yang terbakar, kegatalan dan/atau kepedihan.

 

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat

Facial Mask: Tips Dan Tutorials

 

Facial Mask: Tips Dan Tutorials

Facial Mask: Tips Dan Tutorials

 

Masker atau lebih dikenali dengan nama Facial Mask adalah salah satu kaedah yang paling mudah dan cepat untuk memanjakan wajah anda. Bergantung pada jenis yang anda pilih, facial mask boleh menghidrat, menenang, mendetox dan menambah nutrisi pada kulit.

Di bawah adalah panduan langkah demi langkah di mana dan bila anda patut menambah penggunaan facial mask dalam rutin perawatan wajah harian atau mingguan anda:

 

Langkah Pertama – Double Cleanse

Seperti yang NFH terangkan sebelum ini, double cleansing sememangnya cara yang efektif untuk membersihkan wajah dengan sempurna.

Mulakan dengan membersihkan wajah dengan cleansing oil. Ratakan pencuci dan buatkan putaran kecil yang lembut bermula dari leher hingga ke dahi. Bilas dengan air suam kuku.

Ulang prosedur yang sama dengan menggunakan pencuci pilihan anda samada foam atau balm atau milk atau cream dan lain-lain diakhiri dengan bilasan dengan air sejuk.

 

Langkah Kedua – Gunakan Toner

Fungsi Toner atau juga dipanggil Refresher atau Penyegar adalah menyediakan kulit anda yang telah bersih tadi untuk mudah menerima kebaikan bahan-bahan lain yang bakal anda gunakan selepas ini.

Toner akan membantu kulit untuk mengimbangkan semula nilai PH dengan lebih cepat selepas dicuci.

Letakkan toner pada kapas muka dan sapukan pada keseluruhan wajah dengan lembut atau;

Cara yang saya biasa lakukan ialah terus sahaja sapukan pada wajah dan tepukkan dengan hujung jari. Tujuannya ialah untuk melancarkan pergerakan darah dan memudahkan penyerapan toner.

 

Langkah Ketiga -Exfoliate

Exfoliation atau Pengelupasan adalah proses menanggalkan sel kulit mati dipermukaan atas kulit. Biasanya kita menggunakan scrubs untuk tujuan ini.

Ambil sejumlah exfoliator dan ratakan ke seluruh wajah anda. Urutkan dengan perlahan-lahan dengan putaran yang kecil. Mulakan dari leher dan berakhir di dahi. Jauhi sekitar mata. Bilas.

 

Langkah Keempat – Gunakan Toner

Ulang Langkah Kedua

 

Langkah Kelima – Gunakan Facial Mask

Facial mask juga sangat banyak pilihan di pasaran sekarang. Ada jenis gel, clay, paper dan banyak lagi. Setiap jenis mempunyai fungsi yang berbeza.

Gunakan masker yang bersesuaian dengan jenis kulit dan masalah, dan matlamat anda. Ikuti aturan penggunaan yang disediakan. Bilas jika perlu.

 

Langkah Keenam – Gunakan Toner

ulang Langkah Kedua

 

Langkah Ketujuh – Sapukan Serum dan Pelembap

Sapukan serum sebelum menggunakan krim mata (jika anda gunakan) dan pelembap. Tepuk-tepukkan dengan hujung jari anda untuk penyerapan penuh kedalam kulit.

 

Nota: Perhatikan langkah di atas memerlukan anda menggunakan toner beberapa kali. Perlu dinyatakan di sini langkah tersebut hanya diperlukan jika anda harus membilas wajah selepas penggunaan exfoliator dan facial mask yang anda gunakan.

Dengan menggunakan toner selepas penggunaan exfoliator dan mask (biasanya yang DIY), wajah anda akan benar-benar bersih dari kesan produk tersebut, nilai PH kembali optimum dan bersedia untuk menerima produk seterusnya.

Sekiranya exfoliator dan facial mask yang anda gunakan tidak memerlukan anda membilas wajah selepas penggunaanya, maka bolehlah anda skip langkah tersebut.

 

 

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.

 

8 Makanan Yang Membuat Anda Cepat Tua

 

PicsArt_1429448326033

 

Anda hampir pasti pancaran matahari dan stress punca kepada kedutan di wajah yang telah mula kelihatan. Anda sedang mencari-cari cara lain untuk melambatkan atau memanjangkan tempoh penuaan tersebut.

Jadi anda mungkin sudah berkira kira untuk memulakan prosedur di klinik bagi membantu memudarkan kesan kedutan di wajah.

Atau anda telah diperkenalkan dengan rangkaian produk anti penuaan dengan kandungan yang tidak pernah anda dengar sebelum ini. Lantas anda menjadi obses untuk mencubanya walau harganya mencecah ribuan ringgit.

Nanti dulu !

Apa kata anda cuba dulu cara di bawah ini. Bak kata orang bijak pandai, ilmu itu kan penawar.

Kajian terkini telah menunjukkan beberapa jenis makanan berpotensi mempercepatkan kulit berkedut dan penuaan pra matang.

Pakar Terapi dan Nutrisi, Petronella Ravenshear berkongsi 8 makanan yang harus di ELAK kan untuk mendapatkan kulit yang hebat dan awet muda. Ikutinya di bawah.

 

1. GULA

Gula mengungguli senarai teratas dalam makanan yang mempercepatkan proses penuaan.

Bahkan, gula juga menggemukkan. Juga membuat kulit berkedut, hilang elastik dan mengeringkan kerana sifatnya yang bercanggah dengan pembentukan collagen. Berhenti mengambil gula untuk melawan penuaan sebelum waktunya.

 

2. NASI DAN KENTANG

Kentang dan bijirin terutamanya nasi akan ditukar kepada gula di dalam badan. Semasa proses metabolisma, mineral seperti zink yang sangat penting untuk kulit juga akan digunakan. Selain dari membekalkan kalori, hampir tiada lagi kebaikan dari pengambilan nasi dan kentang oleh badan. Jadi kurangkan makanan ini.

 

3. ALKOHOL

Syukur, orang Islam memang dilarang meminum alkohol. Tetapi AWAS bagi yang bukan Islam, alkohol adalah sumber utama yang mengeringkan kulit. Selain itu ia juga meggunakan vitamin A, B dan C dari tubuh. Alkohol yang berlebihan juga menghabiskan mineral yang penting seperti zink dan magnesium begitu juga asid lemak. Ini menjadikan anda tampak lebih tua dari usia sebenar.

 

4. LEMAK TRANS / LEMAK HIDROGINASI

Ini adalah lemak yang tidak baik datangnya dari makanan yang mempunyai jangka hayat yang panjang seperti biskut, makanan bergoreng dan makanan segera. Ia mengurangkan sel yang sihat, membebankan hati dan juga mengakibatkan keradangan. Semua ini mempercepatkan penuaan.

 

5. DAGING YANG DIPROSES

Jumlah garam yang digunakan dalam daging yang diproses menyebabkan bengkak dan keradangan. Selain itu daging proses juga merompak Vitamin C, yang sepatutnya digunakan untuk pembentukan kolagen.

6. PEMANIS TIRUAN

Ini adalah racun bagi hati. Hati kita sepatutnya kekal sihat untuk bekerja dengan lebih effisien melambatkan proses penuaan. Jangan bebankan hati dengan pemanis tiruan.

 

7. KAFIEN

Kebanyakan kita memang suka minum kopi. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan jika diambil dengan jumlah yang sederhana. Cuma biasakan minum segelas air kosong bagi setiap cawan kopi yang diminum untuk mengimbangi kesan pengeringan dari kafien pada tubuh. Kulit yang kering mengundang kedutan.

 

8. SUSU DAN KEJU

Sesetengah orang sangat sensitif pada protein susu yang dinamakan kasein. Ia boleh menyumbat sistem pencernaan dan mengakibatkan sembelit. Ia juga punca jerawat dan ekszema. Kasein mencetuskan keradangan – lendir dan/atau sakit kedua-duanya adalah simptom keradangan. Dengan ini proses penuaan pra matang akan menjadi lebih ketara.

 

Demikianlah 8 makanan yang harus diELAKkan untuk melambatkan proses penuaan.

Sesungguhnya untuk mendapatkan kulit yang sihat dan segar memerlukan pendekatan yang holistik.

Oleh kerana kita adalah apa yang kita makan dan punca penyakit adalah dari makanan, maka elok kita tengok semula diet harian kerana di situlah punca masalah yang dihadapi.

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.

 

9 Makanan Terbaik Untuk Mencegah Kerosakan Kulit Akibat Sinaran UV.

 

Sinar UV atau Ultra Lembayung adalah merbahaya kepada kulit. Selain dari sunburn, sinar UV juga mempercepatkan kedutan, tompok hitam, jeragat malah juga kanser kulit.

Sememangnya krim pelindung matahari adalah teman sejati kita untuk melawan sinar UV dari luar.

Apa pula yang dapat kita lakukan dari dalam? Atau dengan katà lain, apakah makanan yang membantu mengelakkan kerosakan kulit dan badan akibat sinaran UV?

Saya ingin kongsikan dengan anda 9 jenis makanan terbaik untuk melawan kerosakan dari sinaran UV sekaligus memulihkan sistem sambil mengekalkan diet sihat anda.

Pastikan anda senaraikan makanan2 ini dalam senarai membeli belah anda selepas ini. Jangan risau, semua makanan ini bukan sahaja sihat malah sedap juga.

 

1. Tomato  

 

Tomato

Tomato

Tomato adalah pelindung matahari semulajadi. Dari kajian yang dilakukan ke atas 20 wanita lingkungan 21 hingga 47 tahun yang sihat, ternyata tomato sangat berkesan sebagai pelindung radiasi UV dari dalam.

Kajian dari pengambilan 4 sudu besar tomato di dalam minyak zaitun setiap hari selama 3 bulan itu menunjukkan kesan ketara dalam kemampuan melawan sinar UV berbanding yang mengambil minyak zaitun sahaja.

Lycopene di dalam tomato adalah sumber paling ampuh yang dibuktikan melindungi kulit dari radiasi UV untuk jangka masa yang panjang.

 

2. Coklat.

 

Coklat

Para penggemar coklat pasti teruja. Flavonoids, bahan aktif di dalam coklat berupaya mengukuhkan pertahanan kulit menentang beberapa kerosakan kulit termasuk dari sinar UV seperti sunburn.

Pilih coklat yang tinggi kandungan koko biasanya lebih dari 65% untuk mendapat manfaat penuh flavanoid. Pengambilan jangka panjang coklat dapat memperbaiki kondisi kulit terutama bagi kaum wanita.

 

3. Ikan Merah

 

Ikan Merah

Ikan Merah

Ikan merah mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi. Omega-3 membantu mengurangkan risiko kanser kulit dengan cara memperkuatkan sistem imunisasi badan melawan radiasi sinar UV.

Ikan juga mengandungi selenium yang mampu mengurangkan risiko sunburn selain meratakan rona kulit.

 

4. Teh Hijau

 

Teh Hijau

Teh Hijau

Teh hijau bukan sahaja mampu melawan kanser malah ia juga menenangkan fikiran dan merehatkan minda.

Kandungan EGCG, bahan kimia semulajadi dalam teh hijau bertindak melawan radikal bebas, meredakan keradangan dan dikatakan mampu melawan kanser kulit.

Polyphenols dalam teh hijau membantu menghadkan bekalan darah kepada sel kanser. Selain itu, teh hijau juga dapat menghalang ketumbuhan bukan kanser dengan menggalakkan pemulihan DNA.

Pastikan anda memilih teh hijau yang decaf untuk mengelakkan kulit mengering akibat kaffien.

 

5. Kuaci Biji Labu Dan Kuaci Bunga Matahari

 

Biji Labu Dan Biji Bunga Matahari

Biji Labu Dan Biji Bunga Matahari

Tambahkan kuaci ini di dalam salad atau jadikan snek di antara waktu makan. Biji labu dan biji bunga matahari mengandungi kandungan Vitamin E yang tinggi. Seperti kekacang, ia adalah makanan antioksida yang melindungi kulit dari kerosakan sinar UV.

Vitamin E telah terbukti melambatkan penuaan sel kulit dan membantu menghilangkan parut.

 

6. Avocado

 

Avocado

Avocado

 

Sebagaimana kekacang dan ikan, avocado juga sangat baik untuk kulit. Bahan aktifnya glutathione adalah sangat baik untuk melawan penuaan, melambatkan penularan kanser juga mencegah jerawat.

Satu kajian ke atas ekstrak avocado mendapati ia berupaya mengurangkan kerosakan akibat sinar UVB dan dapat meredakan keradangan kulit. Avocado melindungi kulit dari sinar UV dan menambah keupayaan sel serta membantu memperbaiki DNA.

Rawatan ekstrak avocado ke atas kulit manusia mendapati pengurangan ketara kerosakan sel akibat sinar UV.

 

7. Lobak Merah

 

Lobak Merah

Lobak Merah

 

Lobak merah bukan sahaja baik untuk mencegah tetapi ia dikatakan dapat memulihkan kulit yang rosak akibat sinar UV juga.

Kajian ke atas 30 wanita Korea yang dibekalkan dengan 30mg beta-carotena (lebih kurang 6biji lobak merah) setiap hari untuk 3 bulan menunjukkan kandungan antioksidanya bukan sahaja melindungi bahkan memperbaiki sel dari penuaan pra matang (photoaging)

 

8. Madu

 

Madu

Madu

Walaupun secara teknikal madu ialah gula, tetapi madu tidak menyebabkan keradangan   sebagaimana gula biasa. Sifatnya yang antioksida dan anti viral sangat baik untuk kulit.

Dalam mencegah kerosakan kulit akibat radiasi sinaran UV, madu asli menghalang pengoksidaan sel kulit dan meremajakan kulit wajah.

Selain mengkonsumsi nya secara terus dalam diet anda, madu juga baik dijadikan masker wajah.

 

9. Tembikai

 

Tembikai

Tembikai

Tahukah anda, mengkonsumsi makanan berwarna merah mencegah kulit anda dari bertukar merah (sunburn). Sama seperti tomato, lycopene dalam tembikai juga mengurangkan peluang kulit bertukar kemerahan akibat sinaran mentari.

Apa kata anda cuba salad tembikai dengan keju, herba berdaun hijau seperti daun salam, pudina atau ketumbar dan minyak zaitun. Satukan semuanya dan perasakan dengan garam dan lada hitam.

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.

 

10 Tips Kecantikan Dengan Minyak Kelapa Dara

 

10 Tips Kecantikan Dengan Minyak Kelapa Dara

10 Tips Kecantikan Dengan Minyak Kelapa Dara

 

Sesungguhnya minyak yang satu ini sedang mendapat tempat istimewa dalam dunia kecantikan. Popularitinya semakin meningkat dari hari ke hari kerana keberkesanannya. Ramai yang telah mencuba dan amat yakin dengan minyak kelapa dara termasuk saya.

Sebelum ini saya telah kongsikan kegunaan Minyak Kelapa untuk kesihatan oral dengan kaedah oil pulling. Memang terbukti berkesan. Anda boleh rujuk di sini.

Bagi penggemar produk natural dalam merawat tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki, inilah yang anda perlukan. Minyak Kelapa Dara adalah mentah, 100% Organik, diekstrak sejuk (tanpa penggunaan haba), halal dan sihat.

Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan khasiat ini cukup lembut pada kulit yang sensitif, halus, ringan, cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit dengan penggunaan yang betul.

Baunya juga sangat harum seperti candy tetapi akan hilang bila ia telah di serap ke dalam kulit.

 

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk menguji minyak ini di sebahagian kecil kulit selama 24jam untuk mempastikan kesesuaiannya

 

Bagaimana Anda Boleh Menjadi Lebih Cantik Dengan Minyak Kelapa Dara?

 

1. Cleansing Oil /Minyak Pembersih Wajah

Syarat pertama untuk mendapat kulit yang sihat ialah dengan membersihkannya dengan cara yang betul. Minyak Kelapa Dara sangat sesuai untuk membersihkan wajah dengan kaedah double cleansing.

Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang anti bakteria, anti fungal dan anti viral`. Ia membersihkan kulit secara mendalam.  Mekap juga mudah ditanggalkan walaupun dari jenis kalis air.

Tip: Ratakan Minyak Kelapa Dara ke seluruh wajah dan urut secara perlahan lahan untuk menanggalkan kotoran berminyak. Bilas dengan air suam.

Untuk lebih jelas tentang kaedah double cleansing sila klik sini.

 

2. Body Scrub / Lulur

Lulur seluruh badan dengan campuran Minyak Kelapa Dara dan Garam Laut. Gosokkan perlahan2 untuk menanggalkan kulit mati. Ia juga berupaya untuk memudarkan parut dan merawat luka2 ringan.

Tip: Lakukan lulur dua minggu sekali sebelum mandi dengan air suam untuk kulit lebih cerah dan lembut.

 

3. Losyen Tangan Dan Badan

Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sering mengelupas dan merekah, Minyak Kelapa Dara boleh membantu. Tidak perlu penggunaan yang banyak. Satu sudu sudah cukup untuk seluruh badan.

Minyak ini membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadikannya lebih sihat dan lembap.

Tip: Sapukan diseluruh badan selepas mandi untuk melindungi lapisan kulit dari terhidrasi. Letakkan sebekas kecil minyak di sinki dapur dalam botol bermuncung kecil.

Gunakan setitik sebagai losyen tangan sebaik habis mencuci pinggan.

 

4. Rambut Yang Subur, Sihat Dan Mudah Diurus.

Selain membantu menyuburkan rambut, minyak kelapa boleh juga merawat kelimumur dan melambatkan uban. Ia juga membantu menghidratkan rambut yang lama dan rosak.

Tip: Gosokkan minyak kelapa di kulit kepala yang kering dan berkelimumur dan tutupkan dengan shower cap. Cuci rambut seperti biasa selepas sejam.

Titiskan minyak di tapak tangan, gosok dan ramaskan di hujung rambut untuk mengekalkan kesuburan dan mengelakkan rambut berbelah.

 

5. Pelembap Wajah / Moisturiser

Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.

Tip: Sedikit sudah memadai. Hanya satu atau dua titik akan membuatkan wajah anda lembap, bermaya dan bersinar. Jika terasa melekit selepas sapuan bermakna anda sudah terlebih pakai.

 

6. Merawat Jerawat.

Rawatan untuk jerawat ini mungkin ramai yang sangsi. Alasan paling biasa didengar ialah kulit berjerawat kerana sebum yang aktif mengeluarkan minyak. Maka tidak perlulah menambah lagi minyak.

Tapi ramai yang tidak tahu bahawa keadaan kering pada kulitlah yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum.

Minyak Kelapa Dara mengimbangi minyak pada kulit. Ia menghalang kelenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak.

Tambahan pula ia adalah agen anti bakteria. Ia sebenarnya dapat memulihkan jerawat. Vitamin E yang terkandung membantu merawat kesan jerawat yang ditinggalkan.

 

7. Mendapatkan Bentuk Badan Ideal

Minyak ini tiada kolestrol. Ia mengandungi asid emak yang dinamakan triglycerides MCT yang dapat meningkatkan metabolisma badan. Minyak ini amat sesuai untuk menurunkan berat badan.

Maknanya, pengambilan minyak ini dalam diet seharian mempercepatkan pembakaran kalori di samping meningkatkan stamina. Ia juga meningkatkan sistem immuniti badan.

 

8. Melawan Penuaan Pra Matang.

Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut.

Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.

Kajian terbaru juga menemukan keupayaan minyak kelapa untuk melawan sinar UV.

 

9. Mendapatkan Alis Mata Menawan.

Bulu kening yang lebat tersusun dan bulu mata yang panjang melentik adalah idaman wanita. Kini ia boleh dimiliki secara alami dengan Minyak Kelapa Dara.

Tip: Sebaiknya sediakan satu botol kecil yang khas untuk tujuan ini. Titiskan minyak pada  cotton bud dan oleskan pada bulu kening dan bulu mata setiap malam. Nantikan hasilnya.

 

10. Sebagai Highlight Dalam Solekan Untuk Menaikkan Seri Wajah.

Kontur wajah dengan solekan adalah trend yang sedang popular. Dengan Minyak Kelapa Dara, anda boleh memberikan sinar dan keserian pada wajah.

Tip: Sentuhkan sedikit minyak pada kedua tulang pipi wajah yang telah disolek dan ratakan.

 

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi kegunaan Minyak Kelapa Dara. Ia berupaya meredakan psiriosis dan eczema. Selain itu dengan amalan mengambil minyak ini dalam diet seharian mampu melambatkan kalau tidak mengelakkan Alzheimer. Ia juga mampu merawat migrain dan membantu menghindari sakit jantung.

Ia adalah makanan super. Setiap isi rumah patut menyimpan sebotol Minyak Kelapa Dara dan mengamalkan nya secara luaran dan dalaman.

 

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Sumber:  biogreen

 

Selamat Beramal. Semoga Bermanfaat