Kenapa Anda Harus Gunakan Air Beras Untuk Rambut Dan Kulit Yang Cantik

 

Kita makan nasi setiap hari. Oklah, tak lah semua orang kita makan nasi setiap hari. Maklumlah, masyarakat moden hari ini dihidangkan dengan pelbagai jenis pilihan.

Tetapi kenyataannya, kalau tak makan nasi beberapa hari sahaja sudah seperti ada yang tak kena rasanya. Memang nasi makanan ruji kita. Dan banyak pula khasiat yang boleh dimanfaatkan dari bijirin ini. Salah satunya dan yang akan kita kupas dalam artikel ini ialah Air Beras.

 

Petua Air Beras

Tahukah anda, air yang digunakan semasa memasak nasi atau air basuhan beras adalah sangat baik untuk kesihatan rambut dan kulit kita. Pasti ramai yang dah tau petua ni kan tetapi berapa kerat saja yang mengamalkannya.

Saya adalah salah sorang darinya. Dari kecil saya dah mencuba pelbagai petua tradisi tapi sukar untuk mengamalkannya. Biasanya saya mencuba petua tradisi untuk pengetahuan tetapi kemudiannya beralih ke produk lain yang ada dipasaran atau mencuba pula petua lain.

Memandangkan telah ramai yang beralih kepada produk di pasaran yang bersifat organik dan bebas kimia, saya rasa terpanggil pula untuk kembali kepada natural. Saya telah kembali mengamalkan air beras dalam rutin penjagaan diri. Hasilnya memang terbaik di mana rambut saya yang tak bermaya dan menipis telah kembali kukuh dan elastik serta keguguran rambut juga berkurangan. Hanya dalam beberapa minggu saja dah nampak hasilnya. Totally no side effects. Lagipun senang sangat nak mengamalkan petua ni. Teruskan membaca kalau nak tau cara nak dapatkan rambut dan kulit glowing dengan air beras.

 

Sejarah Penggunaan Air Beras.

Amalan mandi dengan air beras adalah petua tradisional masyarakat di Asia. Pun begitu ia telah juga dibuktikan secara saintifik sebagai bahan yang berkesan dalam memelihara rambut dan merawat masalah kulit

Ada sebuah kampung orang asli etnik Yao yang telah berusia 2000tahun yang dikenali  oleh masyarakat moden hari ini sebagai ‘The village of Rapunzels‘. Dalam masyarakat petani di perkampungan Huangluo China ini, kaum wanita mereka rata-ratanya memilki rambut yang panjang melebihi 3 kaki. Rambut mereka juga lambat beruban dan kekal hitam sehingga berusia lewat 80an. Rahsia mereka tak lain tak bukan, air beras.

 

Etnik Yao yang memiliki rambut panjang dan sihat hasil basuhan dengan air beras

 

Kaum wanita Yao berbangga dengan rambut mereka yang sihat

 

Apatah lagi dalam masyarakat Jepun yang memang terkenal sebagai masyarakat yang mempopularkan air beras dalam kecantikan. Dicatitkan dalam sejarah sejak 800AD, wanita nobel di zaman Hsein memiliki rambut yang panjang dan kulit yang halus. Ini adalah hasil dari amalan menggunakan air beras.

 

Khasiat Air Beras

Air beras mempunyai beberapa komponen yang sangat baik antaranya:

1. Inositol
Kajian membuktikan air beras mempunyai kandungan Inositol, sejenis karbohidrat yang membantu memperbaiki rambut yang rosak.
Inositol kekal dalam rambut walau setelah dibilas. Ia membentuk satu lapisan yang melindungi rambut dari kesan geseran. Rambut akan menjadi lebih kuat dan elastik.

 

2. Asid Amino
Asid amino pula memperkuatkan akar rambut, melebatkan, melembut serta mengilatkan rambut.

 

3. Pitera
Pitera adalah komponen yang terhasil dari penapaian air beras pada suhu bilik. Pitera kaya dengan vitamin, mineral, asid amino dan asid organik. Oleh kerana ia dihasilkan dari penapaian, maka bacaan PH nye sedikit berasid dan hampir sama dengan PH asal kulit dan rambut. Pitera mempromosi pertumbuhan sel dan mengoptimumkan kesihatan kulit dan rambut.

 

4. Vitamin B1, C dan E dan mineral
Kandungan vitamin dan mineral dalam air beras dapat mengecilkan pori, mencerah dan menegangkan kulit.

 

5. Antioksidan
Beras merupakan sumber yang tinggi kandungan asid linoleic dan squalene, dua sumber antiosidan yang menggalakkan penghasilan kolagen dalam kulit. Squalene melindungli dan mencegah kulit dari kedutan. Mencegah premature aging. Jadi anda boleh jadi awet muda. Air beras juga mengandungi pelembap semulajadi, sangat baik bagi mengimbangi kulit yang berminyak.

 

6. Asid Para-Aminobenzoic (PABA) dan Asid Ferulic
Ini merupakan bahan pelindung UV apabila dikombinasikan dengan vitamin. Cumanya ia hanya berfungsi dengan air basuhan beras yang pertama. Jadi mungkin tidak begitu poten pelindungan UV nya. Dengan kata lain, anda masih perlu pakai sunbock.  😉

 

 

Bagaimana Cara Membuat Air Beras

Air Beras siap untuk digunakan

 

Ada beberapa cara menyediakan air beras antaranya:

1 Air Didihan Beras
Bila anda masak nasi, lebihkan sukatan airnya. Tunggu sehingga mendidih. kemudian kaup air didihan lapisan atas sebanyak mana yang anda lebihkan tadi. Biarkan sejuk

2. Air Tapaian Rendaman Beras
Rendam beras yang telah dibasuh dalam air 15-30minit. Tapis air beras tersebut dan biarkan ia menapai pada suhu bilik selama 1-2hari. Pindahkan ke dalam petisejuk untuk hentikan penapaian. Air beras ini harus dicairkan lagi dengan air masa nak guna kerana ianya sangat pekat dan kuat.

3. Air Basuhan Beras
Rendam beras yang telah dibasuh dalam air selama 15-30minit. Asingkan air beras tadi dan sedia untuk digunakan.

 

Penggunaan Air Beras

1. Sebagai Mask – facial rejunevation
Gunakan 3 sudu air didihan beras. Tambah 1 sudu susu dan 1 sudu madu. Kacau dan jadikan kepekatan sesuai untuk mask. Gunakan mask ini sehingga agak kering di wajah. Cuci muka dengan lebihan air beras yang didihkan tadi.

 

2. Sebagai Conditioner
Gunakan air tapaian rendaman beras untuk mencantik dan menguatkan rambut. Basahkan seluruh rambut dengan air beras ini dan urut kulit kepala selama 5minit. Biarkan selama beberapa minit. JIka banyak masa boleh dibiarkan selama 20minit dan bilas.

 

3. Sebagai Toner
Basahkan kapas muka dengan air beras dan sapukan pada kulit wajah selepas mencuci muka untuk mengecilkan liang pori dan kulit yang lebih tegang. Toner yang natural ini akan meningkatkan pertumbuhan sel, stimulasikan perjalanan darah dan membantu kulit menjadi lebih lembut dan cerah.

 

4. Sebagai Pembersih Dari Pangkal Rambut Hingga Hujung Kaki.
Mandi dengan menggunakan air basuhan beras untuk mendapat faedah segala kebaikannya pada seluruh tubuh. Air beras dapat menghilangkan parut dan membantu mencerahkan kulit  dan meningkatkan perjalanan darah.

 

5. Meredakan Eczema
Gunakan air didihan beras dan sapukan pada kulit yang bermasalah 2-3 kali sehari. Pelembap semulajadi dan juga kandungan kanji pada air beras membantu meredakan kegatalan, kemerahan dan keradangan pada dry eczema 

 

Nah, sekarang anda dah tau betapa mudah dan murahnya untuk mendapatkan kulit dan rambut idaman. Air beras adalah jawapan bagi kebanyakan masalah anda. Lepas ni jangan lagi dibuang air basuhan beras anda.

Cuma dah nama pun amalan, makanya untuk dapat result haruslah bersabar dan consistent. Ini adalah cara paling natural dan chemical free yang boleh kita adaptasikan dalam ritual harian. Insyallah hasilnya amat memberangsangkan.

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.

10 Tips Kecantikan Dengan Minyak Kelapa Dara

 

10 Tips Kecantikan Dengan Minyak Kelapa Dara

10 Tips Kecantikan Dengan Minyak Kelapa Dara

 

Sesungguhnya minyak yang satu ini sedang mendapat tempat istimewa dalam dunia kecantikan. Popularitinya semakin meningkat dari hari ke hari kerana keberkesanannya. Ramai yang telah mencuba dan amat yakin dengan minyak kelapa dara termasuk saya.

Sebelum ini saya telah kongsikan kegunaan Minyak Kelapa untuk kesihatan oral dengan kaedah oil pulling. Memang terbukti berkesan. Anda boleh rujuk di sini.

Bagi penggemar produk natural dalam merawat tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki, inilah yang anda perlukan. Minyak Kelapa Dara adalah mentah, 100% Organik, diekstrak sejuk (tanpa penggunaan haba), halal dan sihat.

Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan khasiat ini cukup lembut pada kulit yang sensitif, halus, ringan, cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit dengan penggunaan yang betul.

Baunya juga sangat harum seperti candy tetapi akan hilang bila ia telah di serap ke dalam kulit.

 

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk menguji minyak ini di sebahagian kecil kulit selama 24jam untuk mempastikan kesesuaiannya

 

Bagaimana Anda Boleh Menjadi Lebih Cantik Dengan Minyak Kelapa Dara?

 

1. Cleansing Oil /Minyak Pembersih Wajah

Syarat pertama untuk mendapat kulit yang sihat ialah dengan membersihkannya dengan cara yang betul. Minyak Kelapa Dara sangat sesuai untuk membersihkan wajah dengan kaedah double cleansing.

Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang anti bakteria, anti fungal dan anti viral`. Ia membersihkan kulit secara mendalam.  Mekap juga mudah ditanggalkan walaupun dari jenis kalis air.

Tip: Ratakan Minyak Kelapa Dara ke seluruh wajah dan urut secara perlahan lahan untuk menanggalkan kotoran berminyak. Bilas dengan air suam.

Untuk lebih jelas tentang kaedah double cleansing sila klik sini.

 

2. Body Scrub / Lulur

Lulur seluruh badan dengan campuran Minyak Kelapa Dara dan Garam Laut. Gosokkan perlahan2 untuk menanggalkan kulit mati. Ia juga berupaya untuk memudarkan parut dan merawat luka2 ringan.

Tip: Lakukan lulur dua minggu sekali sebelum mandi dengan air suam untuk kulit lebih cerah dan lembut.

 

3. Losyen Tangan Dan Badan

Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sering mengelupas dan merekah, Minyak Kelapa Dara boleh membantu. Tidak perlu penggunaan yang banyak. Satu sudu sudah cukup untuk seluruh badan.

Minyak ini membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadikannya lebih sihat dan lembap.

Tip: Sapukan diseluruh badan selepas mandi untuk melindungi lapisan kulit dari terhidrasi. Letakkan sebekas kecil minyak di sinki dapur dalam botol bermuncung kecil.

Gunakan setitik sebagai losyen tangan sebaik habis mencuci pinggan.

 

4. Rambut Yang Subur, Sihat Dan Mudah Diurus.

Selain membantu menyuburkan rambut, minyak kelapa boleh juga merawat kelimumur dan melambatkan uban. Ia juga membantu menghidratkan rambut yang lama dan rosak.

Tip: Gosokkan minyak kelapa di kulit kepala yang kering dan berkelimumur dan tutupkan dengan shower cap. Cuci rambut seperti biasa selepas sejam.

Titiskan minyak di tapak tangan, gosok dan ramaskan di hujung rambut untuk mengekalkan kesuburan dan mengelakkan rambut berbelah.

 

5. Pelembap Wajah / Moisturiser

Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.

Tip: Sedikit sudah memadai. Hanya satu atau dua titik akan membuatkan wajah anda lembap, bermaya dan bersinar. Jika terasa melekit selepas sapuan bermakna anda sudah terlebih pakai.

 

6. Merawat Jerawat.

Rawatan untuk jerawat ini mungkin ramai yang sangsi. Alasan paling biasa didengar ialah kulit berjerawat kerana sebum yang aktif mengeluarkan minyak. Maka tidak perlulah menambah lagi minyak.

Tapi ramai yang tidak tahu bahawa keadaan kering pada kulitlah yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum.

Minyak Kelapa Dara mengimbangi minyak pada kulit. Ia menghalang kelenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak.

Tambahan pula ia adalah agen anti bakteria. Ia sebenarnya dapat memulihkan jerawat. Vitamin E yang terkandung membantu merawat kesan jerawat yang ditinggalkan.

 

7. Mendapatkan Bentuk Badan Ideal

Minyak ini tiada kolestrol. Ia mengandungi asid emak yang dinamakan triglycerides MCT yang dapat meningkatkan metabolisma badan. Minyak ini amat sesuai untuk menurunkan berat badan.

Maknanya, pengambilan minyak ini dalam diet seharian mempercepatkan pembakaran kalori di samping meningkatkan stamina. Ia juga meningkatkan sistem immuniti badan.

 

8. Melawan Penuaan Pra Matang.

Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut.

Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.

Kajian terbaru juga menemukan keupayaan minyak kelapa untuk melawan sinar UV.

 

9. Mendapatkan Alis Mata Menawan.

Bulu kening yang lebat tersusun dan bulu mata yang panjang melentik adalah idaman wanita. Kini ia boleh dimiliki secara alami dengan Minyak Kelapa Dara.

Tip: Sebaiknya sediakan satu botol kecil yang khas untuk tujuan ini. Titiskan minyak pada  cotton bud dan oleskan pada bulu kening dan bulu mata setiap malam. Nantikan hasilnya.

 

10. Sebagai Highlight Dalam Solekan Untuk Menaikkan Seri Wajah.

Kontur wajah dengan solekan adalah trend yang sedang popular. Dengan Minyak Kelapa Dara, anda boleh memberikan sinar dan keserian pada wajah.

Tip: Sentuhkan sedikit minyak pada kedua tulang pipi wajah yang telah disolek dan ratakan.

 

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi kegunaan Minyak Kelapa Dara. Ia berupaya meredakan psiriosis dan eczema. Selain itu dengan amalan mengambil minyak ini dalam diet seharian mampu melambatkan kalau tidak mengelakkan Alzheimer. Ia juga mampu merawat migrain dan membantu menghindari sakit jantung.

Ia adalah makanan super. Setiap isi rumah patut menyimpan sebotol Minyak Kelapa Dara dan mengamalkan nya secara luaran dan dalaman.

 

Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara

Sumber:  biogreen

 

Selamat Beramal. Semoga Bermanfaat