Mengapa Anda Perlu Kerap Tukar Berus Gigi?

Anda Perlu Kerap Tukar Berus Gigi

Anda Perlu Kerap Tukar Berus Gigi

Anda memberus gigi setiap pagi dan malam. Mungkin juga setiap kali lepas makan. Ia membuatkan anda lebih yakin. Anda rasa mulut anda sudah bersih dan nafas pun berbau wangi. Tetapi,  sudah berapa lama anda menggunakan berus gigi tersebut? Bilakah kali terakhir anda mengganti berus gigi?

Menurut satu kajian yang dijalankan di University of  Manchester di England, secara purata berus gigi mengandungi lebih dari 10juta bakteria termasuk E.Coli (bakteria yang hidup didalam usus dan boleh mengakibatkan diarrhea – atau muntah dan kekejangan yang serius  di bahagian abdomen) dan Staph (biasanya tidak merbahaya namun  boleh  berjangkit).

Fakta yang meloyakan, bukan?

Lagi pula, pada satu-satu masa, terdapat 100 ke 200 spesis bakteria yang hidup di dalam mulut anda – ia akhirnya akan berpindah ke berus gigi yang anda gunakan juga.

Dan ini lagi satu fakta yang mengerikan. Menurut profesor microbiolagi di University of Arizona, Charles Gerba, Ph.D, “sekiranya anda biasa menyimpan berus gigi dalam lingkungan tiga kaki dari toilet/jamban, air kumbahan yang terpercik ke atas sewaktu anda flush akan terawang-awang di ruang udara untuk suatu jangka masa sebelum ia kembali ke permukaan bilik air. Malah, ia juga akan berakhir di berus gigi anda!

Ada juga yang suka berkongsi berus gigi dengan pasangan. Kalau anda termasuk golongan ini, mungkin anda perlu tahu kuman yang anda dapat dari berus gigi ini berbeza dari jika anda bercium. Menurut doktor, memberus dan memfloss boleh menyebabkan luka kecil di dalam mulut. Ini membuatkan virus yang dibawa oleh darah seperti Hepatitis B boleh menular ke berus gigi dan seterusnya kepada pasangan anda yang menggunakan berus gigi yang sama.

Rasa cukup ngeri tak dengan fakta di atas?

Ikuti nasihat di bawah ini yang dibawakan khas untuk anda dari Persatuan Pakar-Pakar Pergigian:

1. Bersihkan Berus Gigi Anda SETIAP HARI.

Tujuan memberus gigi ialah untuk menyingkirkan bakteria dari mulut. Sudah tentu berus gigi tersebut mempunyai bakteria yang melekat padanya.  Jadi, cuci berus gigi dengan sempurna setiap kali lepas menggunakannya. 

2. Ganti Berus Gigi Selepas Anda Pulih Dari Sakit.

Tiada bukti yang mengatakan anda akan kembali sakit jika tidak mengganti berus gigi sebaik pulih. Namun lebih baik amalan begini untuk kesihatan dan kebersihan.

3. Ganti Berus Gigi Setiap TIGA Atau EMPAT Bulan

Malah, anda mungkin perlu lebih awal menukarnya jika berus tersebut sudah rosak atau lunyai. Itu tandanya berus gigi tersebut sudah tidak berkesan lagi untuk menanggalkan plak dari gigi dan gusi anda. (Kanak-kanak biasa mengunyah berus gigi mereka – berus gigi mereka harus ditukar lebih kerap)

4. Jangan letakkan Berus Gigi Anda Berdekatan  Dengan Jamban.

Sekiranya anda tiada pilihan, tutup dahulu lubang toilet sebelum anda flush dan jauhkan berus gigi anda dari sinki semasa anda membasuh tangan.

Saya sentiasa meletakkan berus gigi di luar bilik air.

5.  Juga, Jangan Simpan Berus Gigi Di Dalam Bekas Kedap Udara (Travel Case).

Atau mana-mana tempat yang lembap dan sempit.  Tempat sebegini adalah kondusif untuk pembiakan mikrorganisma.

Sebaiknya, berus gigi di tegakkan dan simpan di ruang yang luas cukup untuk mengeringkannya sebelum digunakan semula.

6. Jangan Berkongsi Berus Gigi

Pasangan yang berkongsi berus gigi menanggung risiko mendapat jangkitan. Setiap orang mempunyai jumlah bakteria yang berbeza. Jadi, jangan ambil risiko. Dalam kes ini,  not sharing is caring.

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat

Tingkatkan Kesihatan Oral Anda Dengan Oil Pulling

Kaedah Oil Pulling

Kaedah OIl Pulling

 

Pernahkah anda dengar tentang oil pulling? Oil pulling adalah satu cara kuno orang India untuk membersihkan mulut. Sejarah nya memang panjang iaitu sejak 3000 tahun lalu.  Ianya adalah terapi perubatan Ayurveda. Sehingga kini oil pulling masih lagi diamalkan dan semakin popular dalam dunia moden.

Oil pulling atau dinamakan kavala atau gundusha dalam perubatan ayurveda adalah kaedah di mana minyak digunakan untuk meningkatkan kesihatan oral dan badan keseluruhannya.

 

Cara-Cara

Minyak bijan, bunga matahari atau kelapa biasanya digunakan untuk oil pulling. Caranya ialah kumur-kumur dengan satu sudu besar minyak secara perlahan lahan dengan gerakan tarik (sedut) dan tolak menerusi setiap gigi. Lakukan selama 20minit kemudian buang. Jangan di telan. Sebaiknya dilakukan di waktu pagi semasa perut kosong.

 

Cara2  Oil Pulling

Cara2 Oil Pulling

 

Manfaat

Banyak kebaikan diperolehi dengan kaedah ini yang dilaporkan antaranya:

  • Merawat halitosis (mulut berbau)
  • mengelakkan cavity dan gingivitis,
  • menguatkan gusi,
  • memutihkan gigi,
  • merawat sinus,
  • meneutralkan PH mulut,
  • mengurangkan bakteria dan microorganisma lain seperti  streptococcus mutans
  • mengurangkan plak,
  • meredakan bengkak gusi,
  • merawat gusi berdarah,
  • melegakan sakit tekak,
  • melembapkan bibir yang kering dan merekah,
  • menyembuhkan ulcer mulut

 

Konsep Yang Sama Dengan Double Cleansing

Anda tahu kaedah double cleansing di mana wajah dicuci dengan minyak untuk cucian pertama. Tujuannya adalah menarik keluar kotoran berminyak di wajah. Minyak melarutkan minyak. Konsep yang sama digunakan dalam kaedah oil pulling. 

DI dalam mulut kita terdapat berjuta kalau tidak berbilion sel microorganisma yang diselaputi lipid atau membran yang berlemak bertindak sebagai kulit sel. Jadi unuk mengangkat sel yang diselaputi lemak ini, minyak digunakan

 

Tips NFH

1. Gunakan minyak kelapa dara. Walau minyak-minyak lain juga mampu melawan bakteria tetapi minyak kelapa dara mempunyai manfaat tambahan iaitu asid laurik dan monolaurin yang sememangnya terbukti agen anti microb dan anti fungal

.2. Minyak kelapa juga dibuktikan secara saintifik dapat mengelakkan kerosakan gigi selain dari zat A, D, E dan K yang baik untuk sistem pertahanan badan.Vitamin E mempunyai tahap antioxidant yang tinggi, Vitamin D membantu membina tulang dan gigi yang sihat. Vitamin K baik untuk pembekuan darah.

3.Dan sekiranya anda rasa tidak mampu untuk bertahan 20minit, mulakan dengan perlahan lahan. Mungkin 10minit dengan 1sudu teh dahulu. Dan kemudian tambah dos dan masa pada hari2 seterusnya.

4. Jangan telan minyak selepas digunakan. Minyak tersebut mempunyai toxin. Bakteria, kemungkinan darah, sisa makanan dan pelbagai lagi. Buangkannya di dalam tong sampah.

5.Teruskan dengan memberus gigi. Oil pulling adalah terapi tambahan bukan untuk menggantikan apa yang anda amalkan selama ini.

 

Kesimpulan

Walau apa pun, kita masih lagi perlu melakukan rutin harian memberus gigi dua kali sehari, floss dan cucian mulut (mouth wash) serta berjumpa doktor gigi setiap enam bulan.

Namun tidak salah mencubanya. Perlu diingatkan oil pulling harus diamalkan untuk mendapat kesan yang diingini dan bukan dengan hanya sekali atau seminggu sahaja.

Yang pasti kita cuba dulu. Anggaplah ia sebagai terapi untuk menambah baik kesihatan oral kita. Mana tahu cara ini dapat menghilangkan phobia anda untuk berjumpa doktor gigi kerana anda yakin gigi dan gusi anda semakin sihat dengan oil pulling.

 

 Selamat Mencuba. Semoga bermanfaat

 

BENARKAH FLORIDA/FLOURIDE MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

 

Florida Dalam ubat Gigi

Florida Dalam ubat Gigi

 

Banyaklah kita baca tentang pro dan kontra florida atau flouride untuk kesihatan.

Ada yang kata florida adalah senjata Yahudi untuk melemahkan umat Islam. Tapi tidak pula  diterangkan bagaimana.

Florida seringkali di kaitkan dengan ubat gigi. Bila ramai yang was-was dengan florida, maka alternatif akan di cari. ‘Janji tidak ada florida’, kata mereka

Menurut blog cheeseslave yang mengambil fakta dari flouride action network, terdapat 10 sebab kenapa florida merbahaya utk kesihatan.

 

Secara ringkasnya 10 sebab itu adalah:

 

1. Pengumpulan florida di dalam badan
Tidak semua florida dapat disingkirkan dari badan. Jumlah ini sentiasa bertambah dengan pengambilan florida.

2. Kandungan florida yang di ambil oleh bayi yang menyusu botol.

3. Merosakkan kesuburan lelaki

4. Merosakkan fungsi otak dikaitkan dengan alzeimer.

5. Merendahkan IQ

6. Mempercepatkan akil baligh bagi kanak2 perempuan.

7. Mengganggu keseimbangan kelenjar thyroid.

8. Mungkin faktor penyebab arthritis.

9. Kolerasi antara pesakit flourisis (tompok2 pada gigi akibat florida berlebihan) dengan kerosakan tulang.

10. Retak tulang di kalangan warga tua.

Anda boleh baca selanjutnya di sini.

Perlu di pertimbangkan di sini kajian yang dilakukan di US ini adalah berdasarkan jumlah florida di dalam air minuman mereka yang tinggi iaitu antara 1.5-6.0 ppm (part per million) mengikut negeri.

 

Bagaimana pula dengan pendapat doktor2 pergigian di Malaysia?

 

Dr Leen, di dalam soal jawab bersama pembaca blog beliau drleen.wordpress.com menjelaskan florida adalah baik untuk kesihatan gigi.

Menurut beliau, Florida di dalam ubat gigi dapat membantu mencegah gigi berlubang atau cavity. Ia menghalang asid yang dirembeskan oleh bakteria di dalam plak dan juga asid dari makanan atau minuman mereputkan gigi anda.

Walau bagaimana pun di kalangan kanak2 yang baru belajar memberus gigi, terdapat kes di mana mereka menelan ubat gigi dengan kerap dan banyak. Maka terjadilah flourosis iaitu gigi kekal yang bertompok2 putih atau kuning atau coklat. Ia menjejaskan penampilan. Pun begitu, ada kaedah untuk memulihkannya.

Menurut Dr Afzan pula di dalam blog beliau klinikpergigiandrafzan.blogspot.com , florida juga digunakan dalam prosedur fissure sealant . Ia adalah kaedah untuk membantu mencegah permukaan gigi yang berlekuk2 dari berlubang.

 

FISSURE SEALANT

Sebelum dan Selepas FISSURE SEALANT

sumber: Dr Afzan

 

 

Untuk pengetahuan anda, florida di dalam kandungan air di Malaysia 1ppm adalah di tahap yang minima dan selamat.

Saya yakin dengan penjelasan doktor2 gigi kita.

Yang penting, Florida di dalam ubat gigi bukanlah untuk di telan. Flourisis yang terjadi di kalangan sebahagian rakyat Malaysia disebabkan mereka menelan ubat gigi berflorida sewaktu kanak2 dengan banyak.

Tidak di nafikan penggunaan herba, neem, cengkih dan siwak telah digunakan sejak lama dan terbukti berkesan juga untuk kesihatan gigi.

Tetapi ini tidak bermakna florida di dalam ubat gigi adalah merbahaya. Florida dalam ubat gigi memang terbukti berkesan untuk mengurangkan karies pada gigi. Ia menguatkan struktur gigi untuk kesihatan dan keyakinan diri.

Jadi bagaimana? Anda pro atau kontra dengan florida?