BENARKAH LIDAH BUAYA BAIK UNTUK ANDA?

APA ITU LIDAH BUAYA?

 

Lidah Buaya atau Aloe Vera adalah sejenis tumbuhan herba. Sehingga kini terdapat lebih dari 400 spesis Aloe di seluruh dunia. Di kebanyakan tempat di Afrika ia merupakan tumbuhan semulajadi. Setelah diperkenalkan di negara tropika, ia didapati mudah untuk hidup dan tumbuh meliar. Di negara Mediterranean juga tumbuhan ini dapat berkembang dengan baik. Selain digunakan secara tradisional sejak ribuan tahun dahulu, Lidah Buaya juga digunakan secara meluas dalam bidang kosmetik dan kesihatan.

Lidah Buaya mempunyai akar serabut yang kuat dan daun hijau ke kelabu-hijau yang banyak, berisi tebal, dan bergerigi. Bahagian yang digunakan dalam perubatan ialah gel dan latex. Latex ialah lapisan kuning yang menyelaputi gel betul2 terleta di bawah kulit daun tersebut.

KANDUNGAN LIDAH BUAYA

96% kandungan daun Lidah Buaya adalah air manakala selebihnya adalah karbohidrat, protein, vitamin, mineral dan enzim yang dikatakan sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Selain itu, Lidah Buaya bermanfaat sebagai anti inflamasi, anti fungal, anti bakteria dan membantu proses regenerasi sel. Di samping membantu menurunkan kadar gula dalam darah bagi penghidap diabetes, ia juga membantu mengawal tekanan darah dan menstimulasi kekebalan tubuh terhadap serangan penyakit.

Salah satu zat yang terkandung dalam Lidah Buaya adalah aloe emodin yang berguna untuk mengurangi ratio gula dalam darah.

Tumbuhan ini mengandungi semua jenis vitamin kecuali vitamin D, mineral yang diperlukan untuk fungsi enzim, saponin yang berfungsi sebagai anti mikrob dan 20 dari 22 jenis asid amino. Dalam penggunaannya untuk perawatan kulit, Lidah Buaya dapat menghilangkan jerawat, melembabkan kulit, membantu detoksifikasi kulit, menghapuskan bekas luka dan tanda, mengurangi peradangan serta membantu peremajaan kulit dan penyuburan rambut.

MANFAAT LIDAH BUAYA

Sejarah tumbuhan ini dalam perawatan telah merentasi zaman dan memakan ribuan tahun. Terlalu banyak penggunaan dalam merawat pelbagai penyakit sehingga digelar “penyembuh senyap” oleh orang India dan “ramuan harmonik” oleh tabib Cina.

  • SECARA TRADISIONAL

Lidah Buaya digunakan secara tradisi dalam perawatan penyakit sembelit, ekszema, psoriasis, kulit terbakar, kesakitan atau kepedihan, kebengkakan, luka, dyspepsia
(ketidakhadaman makanan), batuk, asma, penyakit saraf, leukemia, kanser paru-paru, buasir dan sakit perut.

Ianya juga digunakan sebagai antibiotik, antiseptik (bahan pembasmi kuman), ejen katartis
(melegakan emosi) dan purgatif (ubat pencuci perut yang kuat). Pun begitu, tiada bukti saintifik yang konklusif untuk membuktikan kebanyakan yang dikatakan di atas. Kajian masih lagi dijalankan terhadap tumbuhan ini.

  • SECARA SAINTIFIK

Pada tahun 2009, kajian klinikal mendapati,

” terdapat penemuan awal yang menyokong pengambilan Lidah Buaya secara oral mungkin berkesan untuk mengurangkan glukos dalam darah pada pesakit kencing manis dan mengurangkan lipid dalam darah pada pesakit hyperlipidaemia. Walau bagaimana pun, penggunaan secara topikal tidak berkesan untuk mengelak dari kerosakan kulit akibat terdedah kepada matahari. Bukti berkenaan dengan penyembuhan juga tampak bercanggah. Kajian harus terus di jalankan untuk mengenal pasti keberkesanannya”

Ini bermakna, kajian mendapati Lidah Buaya TIDAK DAPAT MELINDUNGI kulit dari sunburn, suntan, atau kerosakan kulit berpunca dari terdedah pada matahari.

Pada tahun 2007, penggunaan Lidah Buaya pada kesan terbakar menyimpulkan,

” terdapat bukti untuk menyokong keberkesanan Lidah Buaya yang digunakan untuk merawat kesan luka terbakar tahap satu dan tahap dua. Penggunaan secara topikal Lidah Buaya juga berkesan untuk merawat penyakit herpes dan psoriasis.”

Pada tahun 2002 FDA telah menarik balik kebenaran penggunaan latex untuk mengubati sembelit kerana kajian menunjukkan pengambilan latex yang berlebihan boleh mengakibatkan kanser. Tambahan pula untuk memberikan kesan, dos perlu sentiasa ditambah setiap kali.

Kajian untuk mengubati luka juga bercanggah apabila di dalam beberapa kes mendapati sapuan gel pada luka yang dalam telah menghalang luka dari sembuh.

Selain itu, ibu2 yang mengandung ditegah dari pengambilan Lidah Buaya kerana dikhuatiri berisiko untuk kandungan.

Buat masa ini, FDA hanya meluluskan penggunaan latex untuk perasa makanan.

PENGGUNAAN LIDAH BUAYA OLEH SYARIKAT KOSMETIK DAN FARMASEUTIKAL

Memandangkan tumbuhan ini sangat popular, syarikat kosmetik dan farmaseutikal sering menggunakan sap Lidah Buaya dan bahan-bahan terbitan Lidah Buaya yang lain ke dalam produk-produk mereka seperti alat solek, pelembap kulit, sabun, pelindung cahaya matahari, syampu, dan losen. Gel Lidah Buaya dikatakan berguna untuk melembapkan kulit yang kering. merawat ekzema di sekeliling mata serta kulit muka yang sensitive. Selain itu, gel Lidah Buaya telah digunakan untuk merawat jangkitan-jangkitan kulat, seperti kurap.

KESIMPULAN

Nampaknya kebanyakan perkara yang disogokkan berkenaan dengan Lidah Buaya ni agak berlebih2an jika dibandingkan dengan bukti klinikal hasil kajian para saintis. Banyak syarikat kosmetik yang mempromosikan gel lidah buaya sebagai pelindung matahari. Ia tidak benar. Tetapi ia adalah baik untuk meredakan kesan terbakar dan banyak perkara2 lain lagi.

Begitu juga dalam bidang farmasi, banyak syarikat mengatakan produk Sari Lidah Buaya mereka anti kanser dan sebagainya. Kita sebagai pengguna haruslah peka dan buatlah sedikit kajian mengenai apa yang akan kita gunakan. Kita harus tahu kemungkinan mendapat komplikasi yang serius jika menggunakannya tanpa pengetahuan yang cukup. Berhati-hatilah!

Rujukan
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Lidah_Buaya
2. http://www.forestry.gov.my/herba/aloevera.pdf
3. http://id.wikipedia.org/wiki/Lidah_Buaya
4. http://en.wikipedia.org/wiki/Aloe_vera
5. http://www.ehow.com/info_8350527_aloe-veras-scientific-name-uses.html
6. http://www.todayifoundout.com/index.php/2013/01/is-aloe-vera-really-good-for-your-skin/

1 Comment on BENARKAH LIDAH BUAYA BAIK UNTUK ANDA?

  1. mirna zaenab
    September 3, 2015 at 1:48 pm (2 years ago)

    artikel yang menarik , thanks :)

    Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge