6 CARA TERBAIK MERAWAT KULIT DARI BAHAYA CUACA PANAS MELAMPAU

 

6 Cara Terbaik Merawat Kulit Dari Cuaca Panas Melampau

6 Cara Terbaik Merawat Kulit Dari Cuaca Panas Melampau

 

Sekarang pun dah terasa bahang panas. Syukur petang tadi hujan sekejap. Sangat tak selesa dan kalau boleh memang tak nak keluar rumah.

 

Sudah banyak amaran bahaya strok haba dan risiko-risiko lain dikeluarkan pihak kerajaan.

 

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail, fenomena fasa akhir musim tengkujuh diramal berlaku sehingga akhir bulan Mac. Rujuk sini

“Kini penghujung Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang, sekali gus menjurus kepada berlakunya cuaca panas dan kering,” katanya

 

Kulit adalah organ paling besar pada tubuh kita. Tentulah ia yang paling dulu mendapat kesan dari fenomena extreme ini.

 

Tapi jangan risau.. di bawah ni ada cara mudah dan berkesan NFH kongsikan.

 

Mari kita lihat 6 cara terbaik untuk melindungi dan merawat kulit dari cuaca panas dan kering melampau:

 

1. Sunblock Sunblock Sunblock

 

Sinaran UVA dan UVB dari matahari adalah musuh utama kulit kita.

Terdedah pada sinaran UVA yang berpanjangan menjadikan kulit kita kelihatan tua sebelum waktunya.

Sinar UVB pula adalah penyebab sunburn dan punca utama berlakunya kanser kulit.

Gunakan Sunblock yang melindungi kulit dari sinar UVA/UVB dengan SPF15 atau lebih.

 

Sunblock, bukan sahaja harus diguna sebelum keluar rumah walaupun sekejap tetapi harus gunakan berkali2 juga.

 

Cara terbaik gunakan sunblock setiap 2-3jam sekali dengan sapuan yang tebal jika terpaksa bekerja di luar.

 

2. Sentiasa Minum Air Untuk Menggantikan Yang Terhidrasi Dari Tubuh

 

Menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, kurangkan kaffein di musim panas. Rujuk Sini

Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan,” katanya

Jus buah2an juga membekalkan vitamin C secara alami untuk kulit yang yang cantik. Jadi selain mendapat air yang cukup, kulit juga akan menjadi lebih segar. 

 

3. Gunakan Losyen Badan/ Body Lotion.

 

Sebaik lepas mandi dengan keadaan kulit yang masih lembap sapukan losyen badan diseluruh tubuh anda.

Gunakan losyen yang sesuai iaitu yang tidak melekit agar anda selesa sepanjang hari.

Losyen bertindak sebagai lapisan yang menghalang dehidrasi kulit.

 

4. Gunakan Aloe Gel Untuk Melegakan Kulit  Yang Rosak Akibat Sunburn.

 

Aloe Gel dapat meredakan kesan terbakar (sunburn). Gel ini sebaiknya di simpan di dalam peti sejuk untuk rasa nyaman.

Saya pernah ceritakan tentang Aloe Vera dan kebaikannya untuk meredakan kesan terbakar atau sunburn  di posting “Benarkah Lidah Buaya Baik Untuk Anda?”

Pasti kulit anda akan kembali lega dan kembali segar apabila dirawat dengan Aloe Gel. Untuk lebih berkesan boleh rujuk “10 Kegunaan Gel Lidah Buaya”  dan ketahui produk kegemaran NFH.

 

5. Jangan Gunakan Krim Pengelupasan Kulit.

 

Melainkan anda tidak akan keluar rumah pada waktu siang sehingga musim panas berakhir, elakkan penggunaan krim pengelupasan kulit.

Banyak produk pemutih wajah juga mempunyai  kesan pengelupasan kulit. Jadi berhati-hati terutama bagi yang berkulit Sensitif. Jika tidak pasti jenis kulit anda boleh “Kenali Kulit Anda” dahulu.  

Kulit yang mengelupas mempunyai lebih risiko untuk gejala lain di kemudian hari seperti jeragat, noda hitam  dan kanser.

 

6. Gunakan Facial Spray Untuk Melembapkan Kulit

 

Ada pelbagai jenama di luar sana. Saya suka Evian Facial Spray kerana selain melembapkan ia juga mempunyai nilah PH yang seimbang dan pelbagai mineral dari mata air pergunungan Alps yang sangat bermanfaat untuk kulit.

Evian Face Spray

Evian Face Spray

Sentiasa semburkan facial spray kegemaran anda untuk menghidrat semula kulit yang sentiasa hauskan lembapan.

 

Anda ada petua lain untuk dikongsi tak? Sila kongsikan dengan NFH

Terima kasih kerana sudi baca.

6 Comments on 6 CARA TERBAIK MERAWAT KULIT DARI BAHAYA CUACA PANAS MELAMPAU

    • Noor Faiza
      March 3, 2015 at 8:02 am (3 years ago)

      Alhamdulillah…di KL ada juga hujan di sebelah petang. Walau belah tengahari panas terik sekarang ni.

      Reply
    • Noor Faiza
      March 3, 2015 at 7:58 am (3 years ago)

      Sehabis musim panas dan kering boleh saja gunakan produk pemutih atau krim pengelupasan kulit semula.

      Selain itu, semua tips di atas baik untuk semua cuaca dan musim.

      Selamat datang ye ke blog NFH. Terima kasih atas kunjungan

      Reply
  1. wildan
    June 3, 2015 at 4:57 pm (2 years ago)

    Kulit saya jenis kering, bagaimana ya merawatnya agar tidak keriput?

    Reply
    • Noor Faiza
      June 3, 2015 at 10:59 pm (2 years ago)

      Salam Puan Wildan,

      Biarpun kulit yang kering biasanya kelihatan lebih halus (liang pori yang lebih kecil) dan bebas jerawat namun tetap mempunyai kelemahannya.

      Bagi yang berkulit kering, sememangnya masalah paling utama ialah kulit cepat berkedut, berbanding kulit berminyak yang lebih awet muda.

      Ada beberapa tips untuk mengatasi masalah kulit kering:

      1. Jangan terlalu kerap mencuci wajah. Dan pastikan tidak menggunakan foam cleanser. Sebaliknya gunakan oil cleanser.

      2. Sentiasalah memakai pelembap tidak kira masa. Jangan biarkan kulit mengering selepas mengambil wuduk misalnya. Biasakan mengguna pelembap dalam lingkungan 3minit pertama selepas membilas wajah.

      3. Jangan tersalah memilih produk. Pastikan produk yang digunakan sesuai dengan kulit wajah puan.

      4. Minum banyak air.

      Terima kasih dengan soalan puan. Harap dapat membantu ☺

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge