Diet101: Kembalikan Tenaga Yang Hilang Dengan Green Juice.

Energizing Green Juice

Energizing Green Juice

 

Green juice bukan sahaja sihat malah sedap dan segar. Segelas green juice padat dengan vitamin dan mineral  yang baik untuk tubuh badan.

 

Setelah seharian berpuasa, tentu badan kita kehilangan banyak tenaga. Inilah jus yang dapat memulihkan badan yang lemah dalam sekelip mata.

 

Bagi anda yang baru nak berjinak-jinak dengan green juice macam saya, pasti anda hendak tau lebih lagi tentang minuman sihat ini.

PicsArt_1434794326563

 

Perkara yang perlu anda tahu, secara amnya, nisbah sayur:buah yang biasa digunakan ialah 70:30. Nisbah ini adalah untuk mengimbangi kadar gula dalam darah. Ini penting kerana kandungan gula didalam buah adalah tinggi.

 

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, kandungan gula yang tinggi dalam buah ini boleh menggagalkan usaha anda. Jadi harus berpada-pada ok.

 

Namun, bagi kita yang berpuasa, panduan nisbah sayur:buah ini boleh diubah kepada 50:50. Setelah seharian menahan diri dari makan dan minum, tidak mengapalah mendapatkan semula tenaga yang hilang dengan nisbah ini.

 

Hari ni kita teruskan dengan resepi Green Juice yang lain pula. Resepi dinamakan Energizing Green Juice atau dalam bahasa melayu Jus Hijau Yang Memberi Tenaga.

 

Saya menggunakan sayur yaw mak tam hari ini. Bagi yang tidak mengenali sayur ini, saya letakkan gambar di bawah sebagai rujukan.

Yaw Mak Tam

Yaw Mak Tam

 

Green juice ini cukup untuk 4 hidangan. Sekiranya anda seorang saja yang minum, maka tidak perlu lah menyediakannya setiap hari. Ia boleh disimpan dalam peti sejuk untuk beberapa hari.

 

Energizing Green Juice

 

Bahan-bahannya:

2 pokok Yaw Mak Tam lettuce

3 biji baby cucumber /timun kecil

1 batang celery

2 biji epal hijau

Sepotong nenas Sarawak (sejuk beku)

Air secukupnya

Jus lemon

 

Cara Membuatnya:

Cuci bersih semua sayur dan buah. Buang biji epal. Potong kecil yaw mak tam, celery, timun dan epal hijau. Kisarkan semuanya dengan air sejuk. Perahkan jus lemon. Kacau dan tuang ke dalam gelas. Siap untuk dihidang.

Green Juice Untuk 3Ramadhan

Green Juice Untuk 3Ramadhan

 

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat

 

 

 

Diet101: Green Juice Untuk Beginner

 

Salam 1 Ramadhan..

 

Ini adalah hidangan pertama jus hijau saya untuk Cabaran Green Juice Disepanjang Ramadhan. 

Green Juice Yang Pertama

Green Juice Yang Pertama

 

Tidak susah membuatnya. Untuk permulaan saya tidak meletakkan herba. Saya menggunakan daun hijau, timun, epal hijau dan jus grapefruit menggantikan jus lemon.

 

Sayur Dan Buah Yang Digunakan

Sayur Dan Buah Yang Digunakan

 

Kenapa guna grapefruit? Sebab itulah yang ada dalam peti sejuk sejak lebih seminggu. Buah tersebut terlalu masam untuk di makan begitu saja jadi saya fikir baik digunakan untuk green juice saya yang pertama ni.

 

Hasilnya? Sedap. Rasa segar dan kenyang sementara tiba waktu makan iaitu selepas solat Maghrib.

 

Untuk pengetahuan anda, saya kisarkan saja sayuran dengan blender. Saya tidak ada juicer. Jadi saya tak dapat nak bezakan rasa antara jus menggunakan blender dengan juicer.

 

Potong Sebelum Dikisar

Potong Sebelum Dikisar

 

Saya juga tidak tapis serat dari jus ini. Mungkin sebab itu saya rasa kenyang lebih lama.  Patutlah ramai pengamal jus hijau yang berjaya menurunkan berat badan selepas suatu jangkamasa. ☺

 

Bagi sesiapa yang nak cuba resepi ini, saya kongsikan di bawah. Cubalah untuk berbuka hari ini.

 

 

Green Juice Untuk Beginner

 

Bahan-bahannya:

 

Segenggam green coral lettuce

3 biji baby cucumber / timun kecil

2 biji epal hijau granny smith

Jus dari sebiji grapefruit

Air secukupnya

 

 

Cara Membuatnya:

 

Cuci bersih semua sayur dan buah. Buang biji epal. Potong kecil green coral lettuce, timun dan epal hijau. Kisarkan semuanya dengan air sejuk dari peti ais. Perahkan jus grapefruit. Kacau dan tuang ke dalam gelas. Siap untuk dihidang.

 

Inilah Green Juice Untuk Beginner

Inilah Green Juice Untuk Beginner

 

 

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat

 

 

Diet101: Cabaran Green Juice Sepanjang Ramadhan

Cabaran Green Juice Disepanjang Ramadhan

Cabaran Green Juice Disepanjang Ramadhan

 

Saya kurang makan sayur segar terutamanya sayuran berdaun hijau. Bukan kerana saya tidak suka makan sayur tapi tak berkesempatan nak makan secara konsisten.

 

Stok sayuran di dapur samada tidak mencukupi kerana telah habis sebelum masa tiba masa membeli ataupun terpaksa dibuang kerana telah layu. Maklumlah, sayur berdaun hijau ni biasanya tak tahan lama. Beli lebih pun tak boleh beli kurang pula memerlukan saya kerap perlu ke pasar. Jadi memang dilema.

 

Begitu juga bila di masak, kadangkala tidak dapat dihabiskan. Banyaklah sebab kenapa tak habis adakalanya makan di luar, lupa nak makan, hidangan terlalu banyak dan sebagainya. 😂

 

Apabila tiba bulan Ramadhan, adalah agak mustahil untuk menghabiskan semua juadah yang terhidang di meja walau bagaimana berhemah pun saya menyediakan.

 

Pasar Ramadhan sudah menjadi kemestian. Daripada saja pergi mencuci mata di pasar Ramadhan, pasti ada juga beg2 plastik bakal dijinjing bila keluar dari sana.

 

Inilah sebabnya saya telah mendapat idea untuk mencabar diri sendiri meminum jus segar setiap hari di sepanjang Ramadhan ini.  Cabaran ini saya namakan Cabaran Green Juice.

 

Tujuan utama cabaran Green Juice ini adalah:

 

1.  Untuk mempastikan saya mendapat vitamin, mineral dan lain2 nutrisi yang sepatutnya dari sayur-sayuran dalam diet harian.

 

2. Mengelakkan pembaziran stok sayuran di dalam peti sejuk.

 

3. Mendapat variasi sayur-sayuran di dalam satu gelas jus. Biasanya dalan segelas jus akan ada beberapa jenis sayuran, sedikit buah dan kadangkala herba juga.

 

4. Mendapat khasiat dari sayuran segar. Sebagaimana yang kita tahu sayuran yang dimasak mengurangkan sesetengah kandungan Vitamin dan Mineral juga unsur kimia  aktif lain yang diperlukan oleh tubuh.

 

5. Mengurangkan risiko penambah perisa yang tidak baik untuk kesihatan. Bergantung dengan cara sayuran dimasak, biasanya sayuran yang digoreng lebih terdedah kepada pengoksidaan disamping penambahan perisa tambahan menjadikan ia kurang sihat.  Jadi adakalanya lebih elok jika dimakan mentah atau dibuat jus.

Banyak juga kan sebab untuk meminum jus hijau ni.😊

 

Jadi, apa Yang Dimaksudkan Dengan Green Juice?

 

Menurut Medical Dictionary , definisi Green Juice adalah minuman sayuran hijau yang dikisar bersama herba.

 

Dan menurut Ashley Dentito, seorang wellness educator di dalam blog beliau vixi.com, untuk membuat green juice yang lengkap adalah dengan mengikuti cara di bawah.

1.  Sediakan sayuran2 hijau seperti kale, bayam, swiss chard atau lettuce.

2. Kemudian  ditambah dengan sayuran tinggi kandungan air dan bersifat alkali seperti timun, brokoli atau celeri.

3. Untuk menambah rasa tambahkan pula buah epal hijau atau pear masak

4. Diikuti dengan herba seperti halia.

5. Dan akhiri dengan perahan jus lemon atau limau nipis.

 

InsyaAllah, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana saya melalui cabaran green jus di sepanjang Ramadhan ini. Adakah saya akan berjaya melaluinya? Mungkinkah saya akan berhenti diseparuh jalan? Semuanya bakal terjawab di sini.

 

Mungkin anda ada resepi tertentu yang boleh di sarankan kepada saya. Bolehlah kongsikan di sini. ☺

 

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

REVIEW: Etude House Sunprise Natural Corrector SPF50+ PA+++

 

Rasanya pembaca blog NFH sememangnya sudah tahu akan pentingnya krim pelindung matahari. Kita yang menetap di negara yang panas dan lembap sepanjang tahun adalah lebih terdedah dengan risiko seperti penuaan pra matang, jeragat malah melanoma juga.

 

Pastikan anda menggunakan sunscreen berSPF sekurangnya 15 ditempat terlindung dan SPF30 – SPF50 jika menghabiskan masa di luar bagi mengelakkan kerosakan kulit.

 

[Artikel Berkaitan: Bagaimana Sinar UV Merosakkan Kulit Anda?]

 

Waktu yang paling berisiko adalah dari jam 9 pagi hingga 3petang.

 

Pada pendapat saya, krim pelindung matahari adalah satu kemestian dan memadai bagi saya sebagai produk harian. Maksudnya, saya boleh keluar rumah tanpa solekan tetapi tidak tanpa sapuan sunscreen.

 

Tambahan pula, apabila saya telah mendapat kesan jeragat atau pigmentation akibat mengabaikan krim pelindung matahari pada waktu remaja.

 

Sekarang, dengan umur yang meningkat, tompokan sunspots atau agespots telah menampakkan tanda.

 

[Artikel Berkaitan: Bagaimana Sunspots Terjadi Dan Cara Menghilangkannya Secara Alami?]

 

Namun, jangan risau pada golongan muda. Semua ini boleh dielakkan dengan krim pelindung matahari.

 

Memandangkan kita harus menggunakan krim pelindung matahari ini setiap hari, maka sememangnya pencarian produk yang benar-benar berkesan adalah satu kemestian.

 

Biasanya, sunblock atau sunscreen ini agak berminyak. Awas bagi mereka yang berkulit oily atau acne prone.

 

Lagi satu, krim ini biasanya agak glossy menampakkan seakan melekit. Jadi haruslah anda pilih produk yang benar-benar sesuai dengan jenis kulit. Carilah dari jenis formula yang matte.

 

Namun, dengan kemajuan teknologi cosmeceuticals, banyak sudah produk pelindung matahari yang bukan sahaja dapat disesuaikan dengan kulit, malah sesetengahnya dapat merawat masalah yang dialami.

 

Hari ini saya ingin mengulas berkenan krim pelindung UVA/UVB dari Etude House iaitu Sunprise Natural Corrector SPF 50+ PA+++.

 

1390805124814_large

 

Sedikit Info Tentang Sunprise Natural Corrector SPF50+ PA+++

 

Sunprise Natural Corrector adalah satu lagi produk dari Korea Selatan. Ia merupakan krim pelindung matahari yang melindungi kulit dari broad spectrum UVA  dengan PA+++ dan UVB dengan SPF50+.

 

[Artikel Berkaitan: Pelindung Matahari: Apa Makna SPF dan PA+++?]

 

Harga: RM69

 

Berat: 50ml

 

Kulit: Sesuai untuk semua jenis kulit

 

Etude House: Sunprise Natural Corrector

Etude House: Sunprise Natural Corrector

 

Menurut Etude House, Sunprise Natural Corrector SPF50+ PA+++ Adalah:

 

Makeup Base + Sunblock

Meratakan rona kulit dan melicinkan permukaan wajah iaitu berfungsi sebagai asas solekan atau primer. Ia membantu solekan bertahan lebih lama disamping berkesan sebagai pelindung sinar matahari.

 

Mencerah + Memudarkan Kedutan

Niacinamide dan Adenosine berfungsi untuk mencerahkan dan meratakan tona wajah serta memperbaiki keanjalan kulit

 

Formula Ringan Untuk Pelindungan Matahari Yang Lembut 

Carex Humilis, Acai Berry, Acerola, Aloe Vera, Linden Flower complex melindungi kulit anda dari kerosakan akibat pencemaran agar ia sentiasa sihat.

 

Etude House: Sunprise Natural Corrector

Etude House: Sunprise Natural Corrector

 

 

Nampaknya menurut Etude House di atas, ada banyak lagi kelebihan krim ini selain fungsi utamanya untuk menahan sinar UV.  Saya yang sememangnya sedang mencari produk sunscreen, memang tak sabar nak cuba.

 

Tambahan pula untuk bulan Jun ini ada promosi Sweeties Club dari Etude House. Hampir kesemua produk pelindung matahari mereka ada potongan 50% atau lebih.

 

Sweeties-Club-June-2015-Page-2-Web

 

Contohnya Sunprise Natural Corrector ini harga asalnya ialah RM69. Dengan promosi bulan Jun, ia menjadi RM30 sahaja.

 

 

Ulasan NFH:

 

Etude House: Sunprise Natural Corrector

Etude House: Sunprise Natural Corrector

 

Seperti yang anda nampak dalam pic di atas, krim ini berwarna sedikit putih merah jambu. Tekstur nya pula ringan seperti losyen.

 

Namun, saya dapati ia tidak mudah diratakan pada wajah. Selepas sapuan dan diratakan dengan jari, ia masih meninggalkan kesan garisan putih di bawah mata.

 

Tidak seperti primer yang lain, yang biasanya akan bertindak sebagai filler namun krim ini tidak begitu walaupun dengan sapuan paling nipis.

 

Dan selepas beberapa hari menggunakan produk ini, jerawat sudah mula tumbuh kembali walaupun kulit saya adalah jenis kering dan sudah agak lama juga bebas jerawat.

 

Jerawat tumbuh di bahagian dagu. Inilah yang paling saya kecewa.  Sehingga kini masih belum dapat dipastikan punca jerawat yang tumbuh.

 

Saya tidak rasa krim ini comedogenic. Maknanya saya rasa produk ini tidak menyumbat liang roma. Cumanya, jika produk ini tidak sesuai dengan kulit saya, maka tidak guna untuk saya teruskan.

 

Satu lagi yang harus saya ingatkan anda semua pembaca blog saya ialah produk ini lebih sesuai untuk anda yang berkulit cerah. 

 

Ini disebabkan krim nya yang mempunyai pigmen yang putih merah jambu dan ia meninggalkan kesan pencerahan yang ketara pada kulit.

 

Namun jangan risau, ada pelindung matahari dari rangkaian sama dari Etude House yang colourless dalam bentuk gel sebagai pilihan.

 

 

Terima kasih kerana sudi baca. Semoga bermanfaat.

 

 

Penafian: Ulasan produk ini adalah hasil pengalaman unik dari penulis sendiri dan bukan tajaan dari Etude House.

 

 

 

 

 

 

 

 

Dapatkan Kulit Glowing Dengan Betik Dan Nenas.

Masker Betik Dan Nenas

Masker Betik Dan Nenas

Betik dan nenas? Senangnye nak dapatkan dua buah ni kat Malaysia. Buah-buahan tempatan je pun kan. Namun seperti biasa, ada yang suka makan buah ni dan ada yang tidak.
Pasal makan kita jangan fikir dulu. Sekarang ni saya nak cerita kelebihan buah tropika ni untuk kulit.

Inilah buah yang paling popular dan paling dicari oleh skicare specialist dan facialist di seluruh dunia kerana kandungan enzimya dapat membuatkan kulit glowing. Dalam bahasa kita kulit akan jadi cantik bercahaya. Sekali lagi, tak perlu produk mahal-mahal pun.

Enzimnya yang dinamakan papain dan bromelain dapat melarutkan protein. Apabila disapu pada kulit, enzim2 ini bekerja untuk melarutkan dan mengangkat kulit kering dan bersisik yang bertimbun di permukaan kulit kita.

Sebenarnya himpunan kulit mati di bahagian epidermis inilah yang membuatkan wajah kelihatan kusam. Apabila ia dibersihkan, pori-pori yang tersumbat akan kelihatan mengecil dan ternampaklah kulit yang wajah yang berseri dan bercahaya secara semulajadi.😊

Jadi, tunggu apa lagi. Segera dapatkan buah betik dan nenas untuk cara mudah, murah dan berkesan merawat wajah kusam dan tidak bermaya.

 

DIY Masker Betik Dan Nenas

1/4 cawan betik yang telah masak

1 sk jus nenas

Garfu

Mangkuk kecil

 

Cara Buat:

Dalam mangkuk kecil, hancurkan betik dengan menggunakan garfu. Kemudian tambah jus nenas. Gaulkan bersama dan jadikan pes.

 

Cara Guna:

Bersihkan wajah seperti biasa. Sapukan pes ke seluruh muka dan leher. Baring dengan beralaskan tuala selama 10-15 minit. Biarkan masker bertindak membersihkan liang pori. Bilas dengan air suam dan akhiri dengan memakai pelembap.

 

*Masker ini sesuai untuk semua jenis kulit kecuali kulit yang terbakar, kegatalan dan/atau kepedihan.

 

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat