6 CARA TERBAIK MERAWAT KULIT DARI BAHAYA CUACA PANAS MELAMPAU

 

6 Cara Terbaik Merawat Kulit Dari Cuaca Panas Melampau

6 Cara Terbaik Merawat Kulit Dari Cuaca Panas Melampau

 

Sekarang pun dah terasa bahang panas. Syukur petang tadi hujan sekejap. Sangat tak selesa dan kalau boleh memang tak nak keluar rumah.

 

Sudah banyak amaran bahaya strok haba dan risiko-risiko lain dikeluarkan pihak kerajaan.

 

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail, fenomena fasa akhir musim tengkujuh diramal berlaku sehingga akhir bulan Mac. Rujuk sini

“Kini penghujung Monsun Timur Laut yang menyebabkan kebanyakan kawasan kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang, sekali gus menjurus kepada berlakunya cuaca panas dan kering,” katanya

 

Kulit adalah organ paling besar pada tubuh kita. Tentulah ia yang paling dulu mendapat kesan dari fenomena extreme ini.

 

Tapi jangan risau.. di bawah ni ada cara mudah dan berkesan NFH kongsikan.

 

Mari kita lihat 6 cara terbaik untuk melindungi dan merawat kulit dari cuaca panas dan kering melampau:

 

1. Sunblock Sunblock Sunblock

 

Sinaran UVA dan UVB dari matahari adalah musuh utama kulit kita.

Terdedah pada sinaran UVA yang berpanjangan menjadikan kulit kita kelihatan tua sebelum waktunya.

Sinar UVB pula adalah penyebab sunburn dan punca utama berlakunya kanser kulit.

Gunakan Sunblock yang melindungi kulit dari sinar UVA/UVB dengan SPF15 atau lebih.

 

Sunblock, bukan sahaja harus diguna sebelum keluar rumah walaupun sekejap tetapi harus gunakan berkali2 juga.

 

Cara terbaik gunakan sunblock setiap 2-3jam sekali dengan sapuan yang tebal jika terpaksa bekerja di luar.

 

2. Sentiasa Minum Air Untuk Menggantikan Yang Terhidrasi Dari Tubuh

 

Menurut Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman, kurangkan kaffein di musim panas. Rujuk Sini

Seeloknya kita minum jus buah-buahan yang kurang gula. Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan tak semestinya minum sehingga dua liter air kosong, tapi boleh diperoleh daripada sumber lain seperti buah-buahan,” katanya

Jus buah2an juga membekalkan vitamin C secara alami untuk kulit yang yang cantik. Jadi selain mendapat air yang cukup, kulit juga akan menjadi lebih segar. 

 

3. Gunakan Losyen Badan/ Body Lotion.

 

Sebaik lepas mandi dengan keadaan kulit yang masih lembap sapukan losyen badan diseluruh tubuh anda.

Gunakan losyen yang sesuai iaitu yang tidak melekit agar anda selesa sepanjang hari.

Losyen bertindak sebagai lapisan yang menghalang dehidrasi kulit.

 

4. Gunakan Aloe Gel Untuk Melegakan Kulit  Yang Rosak Akibat Sunburn.

 

Aloe Gel dapat meredakan kesan terbakar (sunburn). Gel ini sebaiknya di simpan di dalam peti sejuk untuk rasa nyaman.

Saya pernah ceritakan tentang Aloe Vera dan kebaikannya untuk meredakan kesan terbakar atau sunburn  di posting “Benarkah Lidah Buaya Baik Untuk Anda?”

Pasti kulit anda akan kembali lega dan kembali segar apabila dirawat dengan Aloe Gel. Untuk lebih berkesan boleh rujuk “10 Kegunaan Gel Lidah Buaya”  dan ketahui produk kegemaran NFH.

 

5. Jangan Gunakan Krim Pengelupasan Kulit.

 

Melainkan anda tidak akan keluar rumah pada waktu siang sehingga musim panas berakhir, elakkan penggunaan krim pengelupasan kulit.

Banyak produk pemutih wajah juga mempunyai  kesan pengelupasan kulit. Jadi berhati-hati terutama bagi yang berkulit Sensitif. Jika tidak pasti jenis kulit anda boleh “Kenali Kulit Anda” dahulu.  

Kulit yang mengelupas mempunyai lebih risiko untuk gejala lain di kemudian hari seperti jeragat, noda hitam  dan kanser.

 

6. Gunakan Facial Spray Untuk Melembapkan Kulit

 

Ada pelbagai jenama di luar sana. Saya suka Evian Facial Spray kerana selain melembapkan ia juga mempunyai nilah PH yang seimbang dan pelbagai mineral dari mata air pergunungan Alps yang sangat bermanfaat untuk kulit.

Evian Face Spray

Evian Face Spray

Sentiasa semburkan facial spray kegemaran anda untuk menghidrat semula kulit yang sentiasa hauskan lembapan.

 

Anda ada petua lain untuk dikongsi tak? Sila kongsikan dengan NFH

Terima kasih kerana sudi baca.

TABIAT BURUK PENYEBAB DAGU BERLAPIS

double chin

double chin

source:flickr

Dagu berlapis atau double chin adalah keadaan di mana lemak berkumpul di bahagian dagu. Ia boleh terjadi pada semua golongan tanpa mengenal usia. Ada pelbagai punca yang menyebabkan keadaan ini. Antaranya ialah:

1. Kegemukan.

2. Peningkatan usia

3. Tabiat buruk termasuk kedudukan posture yang tidak betul dan cara pengendalian gadget yang salah.

Tidak semua orang yg gemuk mempunyai dagu berlapis. Tetapi biasanya mereka yang berjaya menurunkan berat badan akan mengalami masalah ini apabila telah kurus. Kulit di bahagian dagu akan mengelebih memberi efek berlapis di bawah dagu.

Sebaliknya,peningkatan usia merendahkan kadar metabolisme membuatkan kita mudah menjadi gemuk. Lebihan lemak akan berkumpul di bawah dagu dan di rahang akibat kulit yang kurang elastik dan kesan graviti.

Tetapi yang lebih penting dan boleh di elakkan adalah tabiat buruk kita sendiri. Tabiat buruk termasuklah mengabaikan kedudukan posture badan seperti membongkok, sering omemandang ke arah bawah dan sebagainya.

Satu masalah di zaman moden ini ialah penggunaan gadget. Ia seringkali menimbulkan masalah dagu berlapis. Penggunaan smartphone, tablet dan laptop yang terlalu lama dengan kedudukan yang salah sudah cukup syarat kenapa dagu menjadi berlapis.

Jika dulu fenomena ini biasa terjadi pada golongan berusia kini kita dengan mudah akan dapati golongan muda di antara umur 18-39 tahun mengalaminya.

Tabiat lain yang di kenal pasti adalah cara tidur seseorang. Tidur terlentang dengan menggunakan satu bantal di kepala adalah salah satu lagi punca kepada masalah ini.

Setelah dikenalpasti punca2 dari tabiat kita sendirilah  yang menyebabkan kita kelihatan kurang menarik dan hilang keyakinan diri. Jadi, haruslah kita berusaha mengubahnya dan sentiasa beringat akan kesan yang menanti akibat dari tabiat kita tadi.

Di bawah adalah cara yang berkesan untuk menghilangkan masalah dagu berlapis:

1. Duduk dan berdiri dengan betul dan tegak.

posture yang betul

posture yang betul

Source: the human solution

2. Gunakan gadget dengan cara yang betul. 

Setiap kali menggunakan gadget seperti smartphone, tablet dan laptop anda biasanya akan memandang ke arah bawah. Fenomena ini di namakan tech-neck oleh dermatologis kerana mereka dapati golongan muda sudah ramai yang bermasalah dagu mengendur dan berlapis disebabkan tabiat ini.

Penyelesaiannya mudah: Pegang gadget anda pada aras mata

3. Jangan terlalu kerap mengadap smartphone

smartphone

smartphone

Sekali lagi ini berkait dengan point ke 2. Menurut pakar kulit, dengan hanya memandang bawah ke arah skrin smarphone anda sebenarnya telah membantu graviti mempercepatkan proses dagu dan leher berlipat.

Penyelesaiannya:  leher dan dagu anda harus dirawat sama seperti anda merawat wajah. Produk yang anda gunakan pada wajah gunakan juga pada leher dan dagu.

4. Tidur tanpa bantal atau tidur dengan 2 bantal

Tidur dengan dua bantal

Dua bantal

Jika anda tak biasa tidur terlentang, biasakan lah kerana selain ia membantu dagu anda dari masalah berlapis, ia juga adalah cara untuk melambatkan kedutan pada wajah.

Anda boleh memilih untuk tidur tanpa bantal. Atau dua bantal dengan kedudukan belakang anda juga sebahagiannya di atas bantal untuk mengatasi masalah dagu berlapis yang anda hadapi.

5. Sentiasa bergerak.

Sebaiknya, anda jangan duduk atau berada pada satu satu kedudukan terlalu lama kerana ia akan mengakibatkan anda lupa untuk membetulkan posture. Jadi lebih baik untuk sentiasa beringat dan bergerak.

Di harap dengan cara di atas dapat menyelesaikan masalah dagu berlapis sekaligus meningkatkan keyakinan diri dan ketrampilan anda.

Cara di atas bukan sahaja dapat mengelakkan dagu berlapis malah ia membetulkan tulang belakang seterusnya menyelesaikan pelbagai masalah lain seperti sakit badan dan pinggang, bongkok dan lebam bawah mata (eye bag) yang menjadikan kita kelihatan tua dari usia sebenar.

Mari sama2 mengubah tabiat buruk penyebab dagu berlapis.

Terima kasih kerana sudi baca.

REVIEW: THE FACE SHOP RICE WATER BRIGHT CLEANSING MILK

Sebelum ini saya ada membincangkan kenapa kita harus mencuci muka dua kali atau  double cleanse. Kaedah pencucian yang menggunakan oil based product diikuti dengan foam cleanser.

 

Selain dari pembersih berasaskan minyak dan juga foam,  terdapat juga pencuci berasaskan air atau lotion atau dalam bentuk krim dan pelbagai lagi. Penggunaannya boleh dijadikan samada peringkat pertama atau kedua pencucian bergantung kepada jenis kulit.

Saya akan menceritakan pengalaman saya  menggunakan Rice Water Bright Cleansing Milk dari The Face Shop.   

 

TheFaceShop Rice Water Briight Cleansing Milk
TheFaceShop Rice Water Bright Cleansing Milk

Saya telah menggunakan produk ini selama 2 bulan.

Hakikatnya ini bukanlah apa yang saya cari pada mulanya. Saya ke The Face Shop dengan satu tujuan iaitu untuk mendapatkan Light Cleansing Oil tetapi hampa kerana menurut sales representative mereka produk itu telah discontinue.

Mungkin kerana cuaca di Malaysia yang panas dan lembap membuatkan cleansing oil kurang mendapat sambutan. Beliau lalu mencadangkan Cleansing Milk sebagai alternatif dan lepas mendapatkan sedikit info saya terus sahaja setuju.

 

Kenapa The Face Shop?

 

TheFaceShop
TheFaceShop

The Face shop adalah produk dari Korea yang amat mementingkan alam semulajadi dalam memberikan yang terbaik untuk kulit anda. Jadi tidak menghairankan sejak mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006, The Face Shop dapat diterima baik dan berkembang  pesat.

Sehingga kini, terdapat lebih dari 40 buah outlet mereka di seluruh Malaysia.  Selain dari produk mereka yang sangat fokus kepada setiap masalah kulit anda, ia juga menawarkan pilihan yang luas dan pengalaman yang unik agar kulit benar2 mendapat manfaat sepenuhnya dari apa yang ditawarkan oleh The Face Shop.

 

Apa itu Rice Water Bright Cleansing Milk?

 

Rice Water Bright Skincare Series
\\\\\\\ Rice Water Bright Series

Ia merupakan salah satu pembersih muka dari rangkaian Rice Water Bright dari The Face Shop. Sesuai dengan namanya, pembersih ini mempunyai tekstur seperti milky lotion. Ia secara lembut dapat menanggalkan solekan, toksik, minyak dan kekotoran lain akibat pencemaran yang melekat di wajah. Ia juga mencerahkan wajah selepas dicuci. Ekstrak dari Rice Bran menyembuhkan kulit yang rosak akibat dari stimulasi luaran

 

Apakah Kandungannya?

Air Beras

Air Beras kaya dengan vitamin, asid amino, asid hydrochloric dan nutrien lain.

Semua khasiat ini kekal di dalam air cucian beras.

Hasilnya, air beras menjadi satu produk perawatan wajah yang semulajadi di mana ia memberikan kesan pelembapan dan pencerahan pada kulit.

 

Minyak Moringa

Kestabilan mengoksida (oxidative stabilazation) yang luar biasa mensucikan kulit  juga dapat memberikan nafas baru pada kulit

Menyah toksik dan kekotoran pada kulit, menjadikan kulit terasa lembut, bersih dan segar

 

Soapwort

Surfactant yang lembut namun sangat berkuasa

Herba yang kaya dengan saponin membersihkan kulit dan melembutkan sel kulit mati

Melembapkan kulit dan mengelakkan kulit mengering.

 

Cara menggunakan Rice Water Bright Cleansing Milk

1. Tidak perlu basahkan muka

2. Tekan 2kali produk pada pump di tapak tangan

3. Ratakan di seluruh wajah dan mulakan putaran kecil dengan jari secara lembut dan mengarah ke atas.

4. Bilas dengan air suam kuku

 

Saya suka produk ini kerana

1. Saya menggunakan pembersih ini sebagai langkah pertama dalam rutin harian double cleansing. Sungguh mudah dan selamat dengan cara ini. Terus sahaja gunakannya tanpa perlu membasahkan wajah terlebih dahulu

2. Botol dengan pump yang digunakan juga sangat mesra pengguna dan lebih bersih. Saya hanya perlukan 2 kali pump untuk meratakan ke seluruh wajah.

3. Dengan gerakan memutar secara lembut saya dapat merasakan kulit mati merenggang dan tertanggal. Tidak perlu menekan kuat hanya dengan hujung jari.

4. Kulit mendapat manfaat dari nutrien2 dari rice water, moringa dan soapwort yang sangat baik untuk kulit. Jadi, produk ini bukan sahaja membersih kekotoran malah dari mula lagi sudah bertindak untuk menyihatkan kulit wajah.

5. Saya berpendapat, ia sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana sifatnya yang lembut

6. Paling penting, selepas cucian dengan Cleansing Milk ini, kulit terasa bersih, lembap dan segar. Tidak langsung terasa tegang dan kesat.

7. Dan setelah menggunakan cleansing Milk ini selama 2 bulan saya rasa kulit saya semakin cerah, sihat  dan bermaya

8.Harganya juga sangat berpatutan.

 

Apa yang saya tidak suka tentangnya

1. Kulit saya masih ditumbuhi jerawat walau kekerapannya agak rendah. Jerawat tetap tumbuh walau cuma satu sahaja pada satu masa.Pun begitu, tidak dapat dipastikan punca sebenar breakout kerana banyak lagi faktor2 lain harus di ambil kira.

2. Setelah beberapa minggu menggunakan produk ini sebagai pencucian pertama saya rasa lebih baik digunakan sebagai pencuci kedua menggantikan foam cleanser. Ia menjadi lebih berkesan pada yang memiliki kulit jenis kering dan aging seperti saya.

 
3. Saya berharap agar The Face Shop kembalikan Rice Water Bright Cleansing Light Oil dan Rice Water Bright Cleansing Rich Oil di outlet2 mereka di Malaysia. Ini kerana cleansing oil adalah lebih sesuai untuk sebagai pencuci pertama dalam kaedah double cleansing 

 

 

Jadi, begitulah ulasan saya untuk produk Rice Water Bright Cleansing Milk. Sebelum ini saya hanya menggunakan kapas muka untuk menarik keluar makeup dengan make up remover.

 

Cara ini tiada salahnya tapi penggunaan kapas muka yang rendah quality boleh mengakibatkan masalah lain pada kulit. Tambahan pula kecenderungan untuk mengesat secara kuat dan berkali2 boleh merosakkan kulit wajah.

Di mana nak dapatkan produk ini?

Ada lebih dari 40 outlet fizikal TheFaceShop di seluruh Malaysia. Saya dapatkan nya dari outlet di Festival City Mall. Dan berita baiknya baru2 ini TheFaceShop telah melancarkan Online Mall mereka. Jadi jika berminat boleh terus sahaja dengan pembelian secara online di http://www.thefaceshop.net.my. Harga RM39.90 sahaja.

Anda bagaimana? Produk apakah yang anda gunakan untuk membersihkan wajah? Kongsikan pengalaman anda di sini.

 

 

 

Penafian: Ulasan produk ini adalah hasil pengalaman unik dari penulis sendiri dan bukan tajaan dari TheFaceShop.

DOUBLE CLEANSING

Memang ramai yang tahu tentang kepentingan membersihkan wajah sebelum tidur.

Solekan beserta dengan minyak semulajadi yang terhasil dari kulit muka ditambah pula dengan pencemaran di luar sana akan membuatkan pori2 tersumbat. Akibatnya ialah masalah kulit seperti jerawat, wajah kusam dan mempercepatkan proses penuaan.

Tapi cukupkah cuci muka sekali sahaja dengan foam cleanser? Apakah cara yang betul untuk mempastikan wajah sudah benar2 bebas solekan dan kotoran?

Jawapannya ialah double cleansing!

image

Banila Co Clean It Zero

Apa itu double cleansing?
Double cleansing atau pencucian dua kali adalah satu rutin yang telah lama di amalkan oleh orang2 Jepun dan Korea. Ia adalah proses di mana wajah di cuci dua kali untuk memastikan kulit mereka benar2 bersih.

Cucian pertama adalah dengan menggunakan pencuci berasaskan minyak.Cucian kedua barulah dilakukan dengan foam cleanser.

Pasti ada yang tertanya2 kenapa membersih wajah dua kali? Bukankah foam cleanser sudah memadai.Toner akan menarik semua lebihan solekan yang masih tertinggal selepas dicuci kan? Tentu leceh dan mana ada masa nak cuci sampai 2 kali. Bukan pakai makeup tebal pun. Hanya sunblock. Takkan kena juga. Sudahlah muka ni pun jenis berminyak, bertambahlah jerawat nanti!

Macam2 alasan dan soalan bermain di fikiran bila kena extra routine kan…
image
Neutrogena Deep Clean Make Up Cleaning Oil

Kenapa harus double cleanse?
Sebenarnya, pencuci berasaskan minyak adalah untuk menanggalkan kotoran berminyak. Ingat asas sains air dengan minyak tidak boleh bersatu.

Jadi sebab itu penggunaan pencuci ini. Semua minyak yang melekat di wajah akan dilarutkan dengan penggunaan oil cleanser ini. Kemudian barulah dibilas dengan air suam kuku.

imported-the-face-shop-rice-water-bright-cleansing-light-oil-150ml-4999-279859-1-product

The Face Shop Cleansing Light Oil

Kepentingan cleansing oil menurut pakar kulit
1. Cleansing oil menggunakan ‘minyak baik’ untuk menyingkirkan ‘minyak tidak baik’ dikulit anda.

Ia adalah situasi menang-menang di mana cleansing oil menarik kekotoran yang menutup pori2 tanpa menghilangkan minyak semulajadi seperti kebanyakan pencuci lain.

Ia meninggalkan kulit dalam keadaan bersih, lembut dan seimbang tidak kering dan kesat.

Keadaan kering dan kesat akan membuatkan sebum menghasilkan lebih banyak minyak,  lebih banyak masalah.

2. Cleansing oil mengandungi bahan antioxidant dan anti penuaan yang memperbaiki tekstur dan keadaan kulit anda.

Cleansing oil biasanya mengandungi bahan aktif dari minyak tumbuh2an (zaitun, bunga matahari, bijan, badam, kesumba (safflower), biji anggur), extraks (teh hijau, jasmine) dan/atau vitamins (E dan C).

Sebaiknya, pilihlah cleansing oil dengan amino asid botanikal bagi yang berkulit berminyak untuk mengimbangkan sebum.

Kulit kering boleh menggunakan kebanyakan jenis minyak kerana kulit anda memerlukan kelembapan yang tinggi.

Kulit kombinasi akan mendapat manfaat dari minyak kesumba (safflower) kerana ia mampu membersih sekaligus melembapkan kulit.

Akhir sekali, kulit sensitif harus menggunakan minyak zaitun kerana sifatnya yang lembut dan menenangkan sesuai untuk mengelakkan iritasi pada kulit.

Bolehkah menggunakan baby oil sebagai cleansing oil?

image
Johnson’s Baby Oil

Baby oil mampu menanggalkan makeup tetapi kurang berkesan sebagai cleansing oil.

Baby oil mengandungi minyak mineral, lanolin dan pewangi sedangkan cleansing oil mengandungi minyak botani, ekstraks dan vitamin.

Baby oil berupaya menanggalkan makeup dan melembapkan tetapi pada masa sama ia menghalang kulit dari bernafas dengan menyumbat pori2.

Ini lah sebab mengapa baby oil kurang berkesan sebagai pembersih.

Pakar2 kulit menyarankan penggunaan cleansing oil kerana ia menghilangkan kotoran sambil mengekalkan lembapan tanpa merosakkan lapisan kulit.

Anda sudah bersedia untuk kaedah pencucian dua kali atau double cleansing?

Kongsikan pengalaman anda di sini.

KENALI KULIT ANDA

image

Sumber: flickr

Sama ada anda mempunyai kulit jenis berminyak, kering, sensitif, kombinasi, mudah berjerawat atau normal, apa yang penting adalah sentiasalah monitor perubahan kulit wajah. Lebih2 lagi jika anda baru sahaja bertukar produk penjagaan kulit.

Sebenarnya, bukan mudah juga nak kenalpasti jenis kulit kita ni.  Agak mengelirukan!. Maklumlah, kulit berubah selari dengan usia, stress level, cuaca, ubat ubatan yang diambil dan diet seharian. Itulah sebabnya kenapa kita harus sentiasa meneliti kulit wajah untuk lebih faham apa yang ia perlukan.

Untuk membantu anda dalam proses ini, di bawah saya senaraikan ciri ciri yang terdapat pada pelbagai jenis kulit. Untuk lebih memahami kulit jenis apakah yang sedang anda alami buat masa ini.

 

JENIS KULITCIRI-CIRI
NORMAL- Anda mempunyai liang roma yang kecil di sekitar hidung dan T Zon

- Anda jarang sekali mendapat jerawat

- Setelah seharian, ada sedikit kesan berminyak atau mungkin tiada langsung

- Anda jarang atau tiada mengalami reaksi pada sebarang produk.
BERMINYAK- Anda kerap mendapat jerawat.
- liang roma anda besar sehingga membawa ke garisan rambut
- Ada kilatan minyak sejak dari awal hari lagi
KERING- Anda hampir tiada liang roma yang jelas kelihatan. Begitu juga dengan blackhead
- Kulit anda agak kasar dan berkeping-keping
- Anda sentiasa rasa tegang dan ketat
- Anda tidak mengalami kesan kilatan minyak
- Jarang2 sekali anda mendapat jerawat
KOMBINASI - Liang roma anda jelas kelihatan di T Zon (hidung, dahi dan sebahagian pipi)
- Kulit anda berminyak di T Zon tetapi kering di bahagian lain
MUDAH BERJERAWAT- Anda sedang alami jerawat sekarang
- Anda juga sering ditumbuhi jerawat di dada dan belakang badan.
- Ahli keluarga anda juga mengalami masalah jerawat
- Masalah jerawat bermula sejak akil baligh
SENSITIF- Kulit anda memberi reaksi pada produk
- Kulit anda merah dan panas
- Kulit anda nipis
- Anda ada alergi, lelah atau telah di diagnos mempunyai ekszema.

 

Kesimpulannya, dengan sedikit ilmu dan penelitian terhadap kulit kita sendiri, ia menjadi lebih mudah untuk kita menangani tanda2 yang ada di kulit dan seterusnya mengambil tindakan yang betul dalam rutin seharian.

Begitu juga dengan pemilihan produk. Sebagai contoh, jika selama ini anda menggunakan sesuatu produk dan ia menyebabkan kulit anda kemerahan atau gatal2, maka jelas anda harus tinggalkan saja produk tersebut kerana ia tidak sesuai dengan anda. Anda juga berkemungknan berkulit sensitif.

Jadi, selidikilah dahulu produk yang akan anda gunakan samada bersesuaian dengan anda. Gunakan cara ini untuk penilaian dan juga sebagai langkah pro aktif  dalam penjagaan kulit wajah.