Mar
2015
10 Tips Kecantikan Dengan Minyak Kelapa Dara
Sesungguhnya minyak yang satu ini sedang mendapat tempat istimewa dalam dunia kecantikan. Popularitinya semakin meningkat dari hari ke hari kerana keberkesanannya. Ramai yang telah mencuba dan amat yakin dengan minyak kelapa dara termasuk saya.
Sebelum ini saya telah kongsikan kegunaan Minyak Kelapa untuk kesihatan oral dengan kaedah oil pulling. Memang terbukti berkesan. Anda boleh rujuk di sini.
Bagi penggemar produk natural dalam merawat tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki, inilah yang anda perlukan. Minyak Kelapa Dara adalah mentah, 100% Organik, diekstrak sejuk (tanpa penggunaan haba), halal dan sihat.
Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan khasiat ini cukup lembut pada kulit yang sensitif, halus, ringan, cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit dengan penggunaan yang betul.
Baunya juga sangat harum seperti candy tetapi akan hilang bila ia telah di serap ke dalam kulit.
Peringatan: Anda dinasihatkan untuk menguji minyak ini di sebahagian kecil kulit selama 24jam untuk mempastikan kesesuaiannya
Bagaimana Anda Boleh Menjadi Lebih Cantik Dengan Minyak Kelapa Dara?
1. Cleansing Oil /Minyak Pembersih Wajah
Syarat pertama untuk mendapat kulit yang sihat ialah dengan membersihkannya dengan cara yang betul. Minyak Kelapa Dara sangat sesuai untuk membersihkan wajah dengan kaedah double cleansing.
Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang anti bakteria, anti fungal dan anti viral`. Ia membersihkan kulit secara mendalam. Mekap juga mudah ditanggalkan walaupun dari jenis kalis air.
Tip: Ratakan Minyak Kelapa Dara ke seluruh wajah dan urut secara perlahan lahan untuk menanggalkan kotoran berminyak. Bilas dengan air suam.
Untuk lebih jelas tentang kaedah double cleansing sila klik sini.
2. Body Scrub / Lulur
Lulur seluruh badan dengan campuran Minyak Kelapa Dara dan Garam Laut. Gosokkan perlahan2 untuk menanggalkan kulit mati. Ia juga berupaya untuk memudarkan parut dan merawat luka2 ringan.
Tip: Lakukan lulur dua minggu sekali sebelum mandi dengan air suam untuk kulit lebih cerah dan lembut.
3. Losyen Tangan Dan Badan
Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sering mengelupas dan merekah, Minyak Kelapa Dara boleh membantu. Tidak perlu penggunaan yang banyak. Satu sudu sudah cukup untuk seluruh badan.
Minyak ini membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadikannya lebih sihat dan lembap.
Tip: Sapukan diseluruh badan selepas mandi untuk melindungi lapisan kulit dari terhidrasi. Letakkan sebekas kecil minyak di sinki dapur dalam botol bermuncung kecil.
Gunakan setitik sebagai losyen tangan sebaik habis mencuci pinggan.
4. Rambut Yang Subur, Sihat Dan Mudah Diurus.
Selain membantu menyuburkan rambut, minyak kelapa boleh juga merawat kelimumur dan melambatkan uban. Ia juga membantu menghidratkan rambut yang lama dan rosak.
Tip: Gosokkan minyak kelapa di kulit kepala yang kering dan berkelimumur dan tutupkan dengan shower cap. Cuci rambut seperti biasa selepas sejam.
Titiskan minyak di tapak tangan, gosok dan ramaskan di hujung rambut untuk mengekalkan kesuburan dan mengelakkan rambut berbelah.
5. Pelembap Wajah / Moisturiser
Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.
Tip: Sedikit sudah memadai. Hanya satu atau dua titik akan membuatkan wajah anda lembap, bermaya dan bersinar. Jika terasa melekit selepas sapuan bermakna anda sudah terlebih pakai.
6. Merawat Jerawat.
Rawatan untuk jerawat ini mungkin ramai yang sangsi. Alasan paling biasa didengar ialah kulit berjerawat kerana sebum yang aktif mengeluarkan minyak. Maka tidak perlulah menambah lagi minyak.
Tapi ramai yang tidak tahu bahawa keadaan kering pada kulitlah yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum.
Minyak Kelapa Dara mengimbangi minyak pada kulit. Ia menghalang kelenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak.
Tambahan pula ia adalah agen anti bakteria. Ia sebenarnya dapat memulihkan jerawat. Vitamin E yang terkandung membantu merawat kesan jerawat yang ditinggalkan.
7. Mendapatkan Bentuk Badan Ideal
Minyak ini tiada kolestrol. Ia mengandungi asid emak yang dinamakan triglycerides MCT yang dapat meningkatkan metabolisma badan. Minyak ini amat sesuai untuk menurunkan berat badan.
Maknanya, pengambilan minyak ini dalam diet seharian mempercepatkan pembakaran kalori di samping meningkatkan stamina. Ia juga meningkatkan sistem immuniti badan.
8. Melawan Penuaan Pra Matang.
Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut.
Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.
Kajian terbaru juga menemukan keupayaan minyak kelapa untuk melawan sinar UV.
9. Mendapatkan Alis Mata Menawan.
Bulu kening yang lebat tersusun dan bulu mata yang panjang melentik adalah idaman wanita. Kini ia boleh dimiliki secara alami dengan Minyak Kelapa Dara.
Tip: Sebaiknya sediakan satu botol kecil yang khas untuk tujuan ini. Titiskan minyak pada cotton bud dan oleskan pada bulu kening dan bulu mata setiap malam. Nantikan hasilnya.
10. Sebagai Highlight Dalam Solekan Untuk Menaikkan Seri Wajah.
Kontur wajah dengan solekan adalah trend yang sedang popular. Dengan Minyak Kelapa Dara, anda boleh memberikan sinar dan keserian pada wajah.
Tip: Sentuhkan sedikit minyak pada kedua tulang pipi wajah yang telah disolek dan ratakan.
Kesimpulan
Sebenarnya banyak lagi kegunaan Minyak Kelapa Dara. Ia berupaya meredakan psiriosis dan eczema. Selain itu dengan amalan mengambil minyak ini dalam diet seharian mampu melambatkan kalau tidak mengelakkan Alzheimer. Ia juga mampu merawat migrain dan membantu menghindari sakit jantung.
Ia adalah makanan super. Setiap isi rumah patut menyimpan sebotol Minyak Kelapa Dara dan mengamalkan nya secara luaran dan dalaman.
Sumber: biogreen
Selamat Beramal. Semoga Bermanfaat
myliferia
March 24, 2015 at 5:45 am (5 years ago)Wahhhh, banyaknya khasiat minyak kelapa dara. Thanks for sharing, suka sangat 🙂
Noor Faiza
March 25, 2015 at 12:24 am (5 years ago)Sama-sama myliferia. 😉
islam di dadaku
March 24, 2015 at 9:42 am (5 years ago)ada ya namanya minyak kelapa dara cantik
Noor Faiza
March 25, 2015 at 12:26 am (5 years ago)Namanya minyak kelapa dara saje. Boleh cantik bila amalkannya. ^_~
azimah mohd zainuddin
March 24, 2015 at 2:21 pm (5 years ago)Opah saya suka gunakan sebagai minyak rambut.
Noor Faiza
March 25, 2015 at 12:28 am (5 years ago)Orang lama memang pandai jaga kesihatan dan kecantikan kan azimah.
Mek ila Jual Vitamin
March 26, 2015 at 9:21 pm (5 years ago)Minyak kelapa dara ni memang banyak khasiatnya. Memang standby satu kat rumah untuk kegunaan anak-anak.
Mek ila Jual Vitamin recently posted…2 Tips Penting Agar Gastrik Tidak Berulang Lagi
Noor Faiza
March 27, 2015 at 1:17 am (5 years ago)Samalah kita..ada je sebotol kat rumah ni. Lama pulak tahannya..
SuperNifz
March 26, 2015 at 11:52 pm (5 years ago)Memang tengah mencari minyak kelapa dara yang bersesuaian untuk rambut nih. Boleh mencuba nampaknya nih.
SuperNifz recently posted…Tips Urus Anak Sambil Berniaga Online
Noor Faiza
March 27, 2015 at 1:22 am (5 years ago)Memang tak de bau tengik kalau guna minyak kelapa dara ni. Bau dia mild je..Warna pun jernih dan cair je..cubalah puan rohie
husna
September 1, 2015 at 2:27 pm (4 years ago)nampaknya memang harus dicoba nih 😀 thanks
Yulsic
October 27, 2015 at 6:12 pm (4 years ago)Dekat mana ya boleh dapatkan minyak kelapa dara ni?lagi satu nak tanya,boleh lebatkan rambut x guna minyak ni??
Noor Faiza
April 5, 2018 at 6:32 pm (2 years ago)Salam sis Yulsic, memang terbaiklah pilihan minyak kelapa dara untuk masalah rambut terutama jika ada masalah kulit kepala kering dan kelimumur. Rambut akan keguguran dan nampak kering. Cuba buatkan mask dalam seminggu sekali. Insyallah akar rambut sis akan kuat dan lebat balik rambut.
haidy
November 2, 2015 at 4:52 am (4 years ago)Apa brand yg proven ye utk cuci muka?
Noor Faiza
April 5, 2018 at 6:25 pm (2 years ago)Salam Haidy, untuk pencuci kita biasanya tengok dulu jenis kulit dan masalah nya. Tidak ada satu brand yang fit for all sis. Yang penting bahan yang digunakan sesuai atau menyelesaikan masalah atau sebaliknya. Dalam satu brand tertentu pun, pencuci tak semuanya created equally. Maksudnya ada yang untuk tanggalkan make up waterproof, atau tanggalkan make up biasa sahaja. Kemudian pencuci yang untuk kulit berjerawat atau kulit normal atau kering. Jenis pencuci ada yang cream, gel, foam atau water cleanser. Harap membantu sis.
LILI
December 7, 2015 at 12:02 pm (4 years ago)Minyak kelapa dara memang berangin ye ? boleh dimakan ke ? maksud saya campurkan setitik dalam air dan minum utk kegunaan dalaman ?
ipan
March 29, 2016 at 12:20 pm (4 years ago)boleh, elok utk kuruskan bdn dan mningkatkan metabolisme
Noor Faiza
April 5, 2018 at 6:08 pm (2 years ago)Minyak kelapa dara tidak berangin sis Lili. Dia bukan macam minyak cap kapak tu. Dia memang minyak kelapa yang diekstrak tanpa menggunakan haba. Rasanya pun sedap. Cara makan samaada boleh diambil terus satu sudu sehari atau boleh juga di buats alad dressing atau masukkan dalam smoothy atau oat. Pendekata, boleh buat macam2 dengan minyak ni. Terima kasih sis
Cik Siti
December 18, 2015 at 11:23 am (4 years ago)Kalau jeragat boleh guna untuk hilangkan juga ke ?
Noor Faiza
April 5, 2018 at 6:02 pm (2 years ago)Cik Siti, jeragat kalau disebabkan bekas jerawat atau kecederaan yang dipanggil post hyper pigmentation boleh baik sendiri. Vitamin E dari minyak kelapa dara dapat membantu mempercepatkan penyembuhan dan membantu menghindarkan pembentukan melanin yang baru. Terima kasih cik Siti.
Amar
May 13, 2016 at 9:09 pm (4 years ago)Saya ada menjual vco, voo, primros, habbatus sauda, grape seed jenama halagel. Boleh hubungi saya untuk dapatkan harga promosi dan agent. 011-5279 0273
Linux vps
May 19, 2016 at 10:58 pm (4 years ago)Di pasaran sekarang terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tak menggunakan haba.
KenariPutih
September 28, 2016 at 2:19 pm (3 years ago)Dear selain untuk cantik, minyak kelapa dara juga boleh diminum untuk turunkan suhu badan bila demam dan sebagai antifungal juga.
Noor Faiza
April 5, 2018 at 1:42 am (2 years ago)Wow.. terbaik sis kenari for sharing your tips untuk cepat baikkan demam ni. Nak kena ingat ni. Tq
shafika
October 9, 2016 at 5:52 pm (3 years ago)mohon share puan. terima kasih in advance. semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada puan 🙂
Noor Faiza
April 5, 2018 at 1:11 am (2 years ago)Silakan Puan Shafika. Terima kasih kerana sudi singgah
ummu nuha
October 23, 2016 at 11:04 pm (3 years ago)Artikel yang sangat menarik.
Vitamin C Untuk Kulit Yang Cantik
Noor Faiza
April 5, 2018 at 1:06 am (2 years ago)Terima kasih sis ummu nuha.
Ina
October 24, 2016 at 3:10 pm (3 years ago)Saya pe.gguna tegar minyak kelapa dara. Kalau luka, melecur memang sa.gat berkesan.klo ada anak kecil wajib ada minyak ni.hari ni sapu esok dah nampak luka makin kering.pengalaman sendiri…
Noor Faiza
April 5, 2018 at 1:05 am (2 years ago)Ini dah macam first aid kit pulak kan sis Ina. Pilihan natural memang terbaik bagi ibu2 yang berilmu macam sis.
atiqa
January 19, 2017 at 9:29 pm (3 years ago)assalamualaikum.. nak mintak share tips nie boleh.. saya juga ada produk vco..
Noor Faiza
April 4, 2018 at 11:23 pm (2 years ago)Silakan sis Atiqa
Cantika
January 24, 2017 at 12:06 am (3 years ago)Air kelapa dara, itu apakah kelapa biasa kak?
Noor Faiza
April 4, 2018 at 11:23 pm (2 years ago)Bukan air sayang, minyak kelapa. Ya kelapa biasa. Cold pressed
Melora
August 19, 2017 at 1:30 am (2 years ago)kalau kakak2 semua baru nak cuba vco,
boleh cuba #MeloraCocoOil 100% Minyak Kelapa Dara Asli (premium quality)
cuma RM10/botol (30ml) mudah digunakan dan senang nak bawa pergi mana-mana.
Layari facebook kami https://www.facebook.com/melorabeautycare atau instagram https://www.instagram.com/MeloraBeautyCare/
Cik Jaja
August 19, 2017 at 9:22 am (2 years ago)Banyak rupanya kebaikan minyak kelapa dara nie untuk kecantikan.. Dulu minyak ni adalah subjek kajian sy di tahun akhir pengajian,tapi tu untuk kaji kesan suhu terhadap khasiatnya..hihi. kat mana ye nak cari minyak ni kalau di pasaran?
Noor Faiza
April 4, 2018 at 9:41 pm (2 years ago)Kat supermarket banyak jual kat bahagian organic. So, boleh tak minyak kelapa ni tahan suhu yang tinggi macam minyak kacang Cik Jaja?
cik Jaja
September 14, 2017 at 12:28 pm (2 years ago)Dulu kecik-kecik mak selalu pakaikan minyak kelapa ni kat kepala.. kesan dia rambut memang hitam berkilat. tapi yang tak bestnya bau dia tak berapa sedap..
serius, minyak kelapa memang best kesan dia kat rambut.
tak tau banyak jugak kegunaan minyak kelapa nie ya.. awesome!
Noor Faiza
April 4, 2018 at 9:36 pm (2 years ago)Tapi hasilnya mesti rambut cantik dan lebat kan. Priyanka Chopra pun kalah
Myra
November 28, 2017 at 10:13 am (2 years ago)Memang terbaik ..boleh diminum untuk melegakan bantu , selesema ,asma dan sebagainyaa .. Mmg dh berbotol2 guna .. Murah jee xmahal pon
Noor Faiza
April 4, 2018 at 9:09 pm (2 years ago)Alhamdulillah. Mesti awet muda ni sis Myra
Ecah
December 7, 2017 at 9:34 am (2 years ago)Saya pun amalkan vco ni.. boleh minum. X da pulak berangin.. ada ja yg x boleh diminum. Kena tanya kan yang jual tu.
Saya order ja dengan jiran.
019-203 5395..
Rasa segar sebelum tidur minum satu sudu.
Noor Faiza
April 4, 2018 at 9:08 pm (2 years ago)Terbaik sis Ecah
Zulkarnain
March 30, 2018 at 7:52 pm (2 years ago)Boleh saya tahu dimana terdapat minyak kelapa dara kat kuching?
Noor Faiza
April 4, 2018 at 8:36 pm (2 years ago)Saya percaya memang mudah nak dapatkan di supermarket. Cuba cari di bahagian produk organik