Jan
2015
10 KEGUNAAN GEL LIDAH BUAYA – ALOE FRESH 99% SOOTHING MOISTURE GEL DARI THE FACE SHOP
Sebelum ini, saya telah membincangkan perihal Lidah Buaya. Tumbuhan ini banyak manfaatnya untuk merawat kulit yang bermasalah. Tetapi ia juga membawa keburukan jika kita kurang pengetahuan mengenainya terutama bagi tujuan rawatan penyakit2 yang serius. Anda boleh pelajarinya sebelum menggunakan Lidah Buaya untuk merawat penyakit anda.
Perkara paling utama yang perlu diketahui ialah Aloe dari species Barbadensis sahaja yang dibuktikan mengandungi medicinal properties. Buat masa ini terdapat lebih dari 400 species Aloe telah dikenalpasti.
Jika tidak pasti samada tumbuhan yang anda gunakan adalah dari species Barbadensis, apa kata terus sahaja ke farmasi atau kedai kosmetik untuk mandapatkan Aloe Gel..
Saya memilih Aloe Fresh 99% Soothing Moisture Gel dari The Face Shop.
Saya kumpulkan 10 kegunaan Aloe Gel ini beserta dengan DIY resepi bagi merawat diri saya dan anda di rumah. Cuba dahulu di kawasan bawah dagu untuk mempastikan tiada kesan negatif pada kulit anda sebelum guna sepenuhnya di wajah atau di kawasan yang bermasalah.
1. SEBAGAI MAKEUP REMOVER BAGI KULIT SENSITIF
Kebanyakan makeup remover di pasaran mengandungi bahan kimia yang mengeringkan kulit dan memedihkan mata. Sebagai alternatif, gunakan Aloe Gel ini untuk menghilangkan sisa alat solek dengan menggunakan kapas muka. Walau bagaimanapun, kaedah ini hanya berkesan untuk alat solek yang bukan kalis air (non waterproof)
2. SEBAGAI SHAVING CREAM
Sifat Aloe Vera sebagai anti bakteria sangat sesuai digunakan untuk tujuan bercukur. Tambahan pula gel ini licin dan melembapkan kulit. Boleh digunakan terus atau gunakan resepi ini untuk lebih manfaat
1/3 cawan aloe gel
1/4 cawan sabun castile
1 sb minyak vitamin E
5 titik minyak kayu putih
Campurkan bahan2 di atas di dalam botol. Simpan dalam peti sejuk. Tahan sehingga 6 bulan.
3. UNTUK MELEGAKAN KULIT YANG CEDERA
Aloe Gel amat baik untuk melegakan kulit yang rosak akibat terdedah pada sinaran matahari berlebihan, terbakar yang ringan, gigitan serangga, poison ivy dan psoriasis. Simpan di dalam peti ais dan gunakan sejuk untuk kesan yang optimal.
4. SEBAGAI PENCUCI MUKA
Caranya ialah campurkan 1sb Aloe Gel dengan 1sk susu badam dan 1sk jus lemon. Sapu pada wajah dan biarkan beberapa minit sebelum cuci. Sekali lagi ia sesuai untuk yang berkulit sensitif, berjerawat dan rosacea (adult acne) kerana sifatnya yang anti bakteria
5. SEBAGAI ANTI AGING BOOSTER (ANTI PENUAAN)
Jika nak awet muda boleh guna cara ni. Campurkan 1sb Aloe Gel dengan 1sk minyak kelapa dara. Tuang dia tapak tangan dan urutkan dengan lembut ke wajah beberapa minit. Cuci muka seperti biasa dan bilas dengan air suam kuku.
6. SEBAGAI AGEN PENGELUPASAN (EXFOLIATOR)
Tidak perlu kerap melakukannya tapi kulit akan menjadi lebih bermaya dan segar dengan kaedah ini.
Jadikan Aloe Gel sebagai asas DIY untuk scrub kerana ia membantu melembutkan wajah, menyalurkan oksigen ke dalam sel dan menguatkan tisu untuk kulit sihat.
Caranya ialah campurkan 1/2 cawan Aloe Gel dengan gula perang ATAU baking soda untuk mendapatkan konsistensi yang dikehendaki. Scrub pada siku, lengan atau pada bahagian2 yang kasar semasa mandi.
7. SEBAGAI MASKER
Ini ada beberapa resepi mask dari dari Aloe Gel. Gunakan selama 15minit di wajah sebelum menanggalkannya dengan air suam diikuti dengan air sejuk.
Mencerahkan wajah – Aloe Gel dan jus lemon
Menghidrat kulit – Aloe Gel dengan kisaran timun dan putih telur.
Mengatasi Kulit berminyak – Aloe Gel dengan madu
Mengatasi Kulit Kering – Aloe Gel dengan Minyak Zaitun dan shea butter
Bagi kulit sensitif – Aloe Gel dicampur dengan kisaran timun, yougurt dan minyak essential pilihan anda.
Menghilangkan noda dan cela – Aloe Gel dan air mawar.
8. SEBAGAI PENYUBUR BULU KENING
Sapukan Aloe Gel pada bulu kening untuk menyuburkannya. Jika anda ingin melebatkan bulu kening, tambahkan satu bahagian minyak castor dgn satu bahagian Aloe Gel dan sapukan pada kening setiap malam dan pasti bulu kening anda akan tumbuh lebih lebat selepas beberapa minggu.
9. UNTUK KULIT KAKI YANG KERING DAN BERKERAK
Campurkan 1/2 cawan oatmeal, 1/2 cawan corn meal, 4sb Aloe Gel dan 1/2 cawan body lotion. Gosokkan pada kaki anda yang kepenatan hingga kulit mati mengelupas
10. SEBAGAI ANTI KELIMUMUR UNTUK RAWATAN RAMBUT
Sifat Aloe Gel yang anti fungal dapat menghilangkan kelimumur. Enzim yang terdapat di dalamnya bertindak dengan mengangkat sel2 mati. Ia menjadikan rambut anda lembut dan bermaya. Ia juga mengimbangi PH di kulit kepala untuk mencegah kelimumur dari kembali menyerang.
Urutkan kulit kepala dengan Aloe Gel dan biarkan selama 10minit sebelum mencuci dengan shampoo.
Atau untuk kesan yang lebih lembut campurkan dengan santan dan minyak wheat-germ, perap seketika pada kulit kepala dan cuci seperti biasa.
SELAMAT MENCUBA
Nur Aneesa
August 12, 2015 at 4:31 pm (4 years ago)Even ini ada alcohol, halal digunakan ke?
diyana
September 5, 2016 at 5:00 pm (3 years ago)Klo ad produk yg ad alcohol bleh dgunakan n bleh bawak Solat … cuma x bleh dminum aje.. mcm mnyak wangi yg ad alcohol tu bleh klo pkai n dbawa solat ..
Noor Faiza
April 5, 2018 at 1:44 am (2 years ago)Tq sis Diyana untuk pencerahan di atas. Salam ukhwah
adinda barbara
August 25, 2015 at 8:48 am (4 years ago)Menarik, terima kasih informasinya 🙂
sekar arum
September 3, 2015 at 1:46 pm (4 years ago)terimakasih nak sudah memberi info ini 🙂
Hebergeur
May 23, 2016 at 12:36 pm (4 years ago)Manfaat lidah buaya yang satu ini untuk membuat rambut jadi lembab, oleh karena itu kalau rambut anda kering. Bisa dengan mengoleskan gel atau jus lidah buaya secara keseluruhan sampai merata di bagian rambut dan juga di bagian kulit kepala. lalu anda tunggu sampai 15 menit. jika sudah bisa keramas dengan shamp hingga bersih. Supaya aroma bau nya bisa hilang.
Noor Faiza
April 5, 2018 at 4:24 pm (2 years ago)Terima kasih atas perkongsian ya. Tapi Aloe vera tidaklah berbau kuat atau tidak menyenangkan. Jika guna produk ini memang baunya agak wangi juga. Jika guna yang asli boleh dicampurkan dengan sedikit lemon bagi kulit kepala yang berminyak. Tq Hebergeur.
Johani
June 23, 2016 at 9:12 pm (3 years ago)Bolih kah JEJU ALOE 99% ini digunkan untuk gel rambut?
Noor Faiza
April 5, 2018 at 4:13 pm (2 years ago)Hai Johani, aloe memang boleh digunakan sebagai hair styling terutama bagi nak nampak wet look. Malah ia juga baik utk kulit kepala sbb Aloe vera mengandungi enzim proteolytic yang akan angkat kulit mati. Ia juga merapikan rambut, menggalakkan pertumbuhan rambut dan mengelakkan gatal pada kulit kepala. So, 2 dalam 1. Tq
toko sepatu safety
November 16, 2016 at 1:18 am (3 years ago)terima kasih telah berbagi informasi Mas, betah sekali membaca tulisan-tulisan disini, saya merasa bertambah wawasan semoga selalu di beri kesehatan dan sukses selalu..
Noor Faiza
April 5, 2018 at 12:57 am (2 years ago)Terima kasih ya kerana singgah di sini. Maaf kerana lambat menjawab komen. Semoga sukses saya ucapkan.
anis
January 14, 2017 at 9:46 am (3 years ago)lain ke gel 99 and gel 92 ?
Noor Faiza
April 4, 2018 at 11:25 pm (2 years ago)Ye ada juga Anis. Merujuk pada peratusan aloe yang digunakan. Tq sis
Dedicated servers
August 16, 2017 at 6:33 pm (2 years ago)Untuk pengetahuan anda, fungsi Aloe Vera Fresh Soothing Moisturising Gel ini adalah untuk melembabkan kulit.
shahmi
September 19, 2017 at 4:01 pm (2 years ago)Muka saya jerawat dan jeragat..sebelum ni dh pakai tapi x berhasil.cara pemakaiannya bagaimana?
Noor Faiza
April 4, 2018 at 9:27 pm (2 years ago)Jika Shahmi memang banyak jerawat aktif, saya cadangkan Shahmi gunakan produk yang membunuh kuman jerawat tu dulu. Aloe ni gunakan untuk melembapkan kulit. Ramai orang yang berjerawat sebenarnya berkulit kering. Mereka takut dengan pelembap. Sebab tu kulit hasilkan lebih banyak minyak. Gunakan produk ni untuk calm down your skin dan melembapkan. Sunblock jangan lupa untuk protect dari lebih berjeragat. Harap membantu